Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch 2, Open World, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Di siaran PlayStation State of Play hari ini, Square Enix telah mengeluarkan gameplay deep dive untuk Final Fantasy VII Revelation, serta mengesahkan tarikh pelancaran global pada 8 April 2027.

Sebagai penutup kepada trilogi moden yang bermula dengan Final Fantasy VII Remake dan diteruskan dengan Rebirth, action RPG ini akan dilancarkan di PlayStation 5, Nintendo Switch 2, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Menyambung kisah daripada pengakhiran emosional Rebirth, jalan ceritanya mengikuti Cloud Strife dan rakan-rakannya yang sedang berduka atas kehilangan seorang rakan seperjuangan, sambil berlumba dengan masa untuk menghalang Sephiroth daripada menyeru Meteor.

Aspek eksplorasi melangkah jauh dengan dunia tanpa sempadan, memberikan pemain kawalan penuh ke atas kapal udara Highwind, untuk terbang bebas ke mana-mana sudut dunia.

Pergerakan di darat juga lebih lincah dengan pengenalan grappling gun yang membolehkan ahli party memanjat tebing tinggi serta bumbung bangunan dengan pantas. Peneman Chocobo anda, Piko, boleh level up bersama pasukan, membuka kemahiran pergerakan baharu dan turut bertarung bersama anda dalam combat.

Selain itu, pilihan ahli party yang anda hantar untuk menyelesaikan side quest tertentu akan mempengaruhi perkembangan dialog, cutscene, serta senario gameplay secara dinamik.

Siaran tersebut turut mendedahkan penambahan watak yang sekian lama dinantikan ke dalam barisan utama, dengan mengesahkan Cid Highwind dan Vincent Valentine sebagai watak boleh dimainkan.

Sistem combat diperluaskan lagi menerusi sistem Function-Integrated Tactical Suitwear (FITS), yang membolehkan ahli party memakai pakaian khas yang berfungsi seperti job class klasik: Warrior, Knight, Black Mage, dan Summoner.

Pakaian ini bukan sahaja mengubah rupa watak, malah merombak fungsi mereka; seperti Cid yang bertindak sebagai tank di barisan hadapan dengan perisai Knight, atau Vincent yang melancarkan sihir dengan jubah Summoner.

Synergy Abilities baharu turut ditunjukkan, termasuk gandingan antara Yuffie dan Cid, Red XIII dan Vincent, serta Cloud dan Tifa.

Square Enix turut mengesahkan lokasi ikonik seperti Rocket Town serta boss battle berskala gergasi melawan Diamond Weapon. Bagi peminat permainan kad, mini-game Queen’s Blood akan kembali dengan kempen jalan cerita baharu berpusat pada Red XIII, lengkap dengan peraturan dan lawan yang lebih mencabar.

Pra-tempah telah dibuka di pelbagai platform, manakala pre-order digital bagi Nintendo Switch 2 akan dibuka tidak lama lagi. Setiap pre-order akan menerima Summon Materia: Mecha-Chocobo & Moogle sebagai bonus awal.

Bagi pengumpul edisi fizikal, Standard / Day 1 Edition boleh didapati di kedai-kedai terpilih dengan tawaran kad promo eksklusif Magic: The Gathering – FINAL FANTASY, manakala edisi Day 1 di Amazon mempunyai poster berlipat eksklusif.

Edisi fizikal Deluxe Edition pula disertakan bersama mini-soundtrack, artbook, kad promo, dan bekas steelbook.

Bagi pengumpul tegar, Collector’s Edition eksklusif di Square Enix Store mengandungi patung figura premium menampilkan Cloud, Zack, dan Sephiroth, perisai serta aksesori dalam game, summon Polydroid Alexander, dan Story Expansion Pass.

Notis: Sila semak dengan kedai game terdekat sama ada mereka mempunyai semua item yang disenaraikan atau menggantikannya dengan barangan lain.

Untuk pembeli edisi digital, Digital Premium Edition mempunyai Story Expansion Pass, item permulaan dalam game, serta akses awal 24 jam sebelum hari pelancaran. Digital Premium Plus Edition pula menambah soundtrack digital, artbook digital, dan peralatan bonus dalam game seperti Nymphwing Bracelet serta Risk Taker’s Choker.

Square Enix mendedahkan bahawa Story Expansion Pass akan memberikan akses kepada dua episod DLC selepas pelancaran yang akan keluar antara Winter 2027 dan Spring 2028, memfokuskan kepada Sephiroth serta Vincent bersama kumpulan Turks.

Pemain baharu juga boleh mendapatkan edisi digital Remake Series Trilogy Edition yang memberikan akses serta-merta untuk memainkan Remake Intergrade dan Rebirth hari ini sambil membuat pre-order untuk Revelation.

Pemain di Malaysia yang memiliki save data daripada dua game terdahulu akan membuka ganjaran istimewa: save data Intergrade memberikan summon Chocobo & Moogle serta FFVII Remake Weapon Skin Set eksklusif, manakala save data Rebirth dihadiahkan summon Phoenix dan FFVII Rebirth Weapon Skin Set.

Kedua-dua game tersebut boleh dimainkan sekarang dengan ciri “Streamlined Progression”; yang menawarkan HP/MP tanpa had, tolok ATB sentiasa penuh, serta kemahiran yang lebih mudah.

Tags: Final Fantasy VII Revelation
ShareTweetSend
Previous Post

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past
Eksklusif

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past

September 3, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd