Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pictonico! – Game Mobile Di Mana Anda Tukar Gambar Peribadi Jadi Minigame Kelakar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 19, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Pictonico! – Game Mobile Di Mana Anda Tukar Gambar Peribadi Jadi Minigame Kelakar!
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo hari ini memperkenalkan Pictonico!, sebuah aplikasi mobile terbaru untuk iOS dan Android yang mampu mengubah koleksi gambar peribadi anda menjadi beberapa minigame yang lucu dan unik.

Aplikasi ini akan dikeluarkan pada 28 Mei 2026 di Apple App Store dan Google Play. Walaupun tarikh tersebut disahkan untuk pasaran Jepun, pemain di Malaysia biasanya tidak perlu menunggu lama. Ini kerana judul-judul mobile Nintendo selalunya dilancarkan secara global dalam tempoh yang sangat singkat.

https://www.youtube.com/watch?v=Pl-Y_BMRL_w

Kenangan Hidup Dalam Bentuk Permainan

Tarikan utama Pictonico! terletak pada gameplay yang “kelakar dan sukar diramal.” Berbeza dengan game biasa, anda tidak akan menggunakan watak asing. Sebaliknya, gambar sendiri (seperti gambar selfie) akan diletakkan ke dalam pelbagai senario yang pelik.

Antara cabaran unik yang boleh dijangkakan termasuk:

  • Menjadikan kawan baik sebagai “final boss” yang perlu dielak.
  • “Men-zip” mulut anak yang tidak berhenti bercakap.
  • Mencabut bulu hidung pada gambar emak yang sedang marah.
  • “Mencuci” memori zaman sekolah yang memalukan.
  • Mendedahkan rahsia cikgu pendiam yang rupa-rupanya mempunyai badan sasa ahli bina badan.

Anda juga boleh menangkap gambar secara terus untuk dijadikan game, sekali gus memeriahkan lagi suasana ketika sedang melepak bersama rakan-rakan atau keluarga.

Nintendo mengekalkan model “free-to-start.” Ini bermakna anda boleh memuat turun aplikasi secara percuma dan mencuba beberapa demo minigame untuk merasai sendiri keseronokannya.

Jika mahukan pengalaman penuh, anda boleh membeli “game volume.” Pembelian ini akan membuka akses kepada koleksi lengkap sehingga 80 jenis minigame, bermula daripada ujian refleks sehinggalah teka-teki yang lebih mencabar.

Bagi mereka yang bimbang tentang privasi data. Nintendo memberi jaminan bahawa gambar-gambar anda tidak akan dihantar ke server mereka. Segala proses pengubahan gambar berlaku secara dalaman di dalam peranti pemain sendiri.

Selain itu, anda tidak perlu sentiasa bersambung dengan Wi-Fi untuk bermain. Walaupun sambungan internet diperlukan ketika kali pertama melancarkan aplikasi dan semasa membeli game volume, game ini boleh dinikmati secara offline.

Tags: MobilePictonico!
ShareTweetSend
Previous Post

Where Winds Meet – Info Expansion “Imperial Palace” & Pelan Kandungan Baharu!

Next Post

[UPDATE] Jangan Terlepas Filem ‘Umamusume: Pretty Derby – Beginning of a New Era’ – Akan Datang 28 Mei!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
[UPDATE] Jangan Terlepas Filem ‘Umamusume: Pretty Derby – Beginning of a New Era’ – Akan Datang 28 Mei!

[UPDATE] Jangan Terlepas Filem 'Umamusume: Pretty Derby – Beginning of a New Era' - Akan Datang 28 Mei!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd