Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Open World, PS5, Roguelike
0 0
0
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Ghost of Yōtei pasti menerima kejutan besar semasa siaran State of Play terbaru apabila Sucker Punch Productions memperkenalkan Jin Sakai (watak utama Ghost of Tsushima) sebagai salah satu watak yang boleh dimainkan dalam mod survival Most Wanted.

Akan tiba pada 1 Oktober 2026 untuk PlayStation 5, Ghost of Yōtei Complete Edition menandakan ulang tahun pertama pelancaran game tersebut. Selain mod survival, pakej ini turut menambah expansion cerita Echoes of Sekigahara, bersama pelbagai kemas kini quality-of-life percuma untuk semua pemain.

Bukan skin kosmetik, Jin Sakai dibina semula menggunakan enjin Ghost of Yōtei lengkap dengan keseluruhan set bertarungnya. Pemain yang mengawal Jin boleh menggunakan kesemua empat stance pedang miliknya (Stone, Water, Wind, dan Moon) bagi memecahkan pertahanan musuh tertentu sama seperti dalam Tsushima.

Jin turut dilengkapi dengan busur pendek (hankyu) dan Sticky Bomb. Peminat lama juga pasti gembira dengan kepulangan skil Dance of Wrath (Ultimate beliau dalam game original) yang mampu menyerang beberapa musuh serentak sambil melucutkan senjata mereka. Melengkapkan kemahirannya, Kill Streak milik Jin akan mengaktifkan Ghost Stance yang menakutkan musuh di sekeliling serta membolehkan pemain menumpaskan mereka dengan hanya satu serangan maut.

Most Wanted ialah tambahan baharu daripada Sucker Punch. Dalam mod survival roguelike single-player ini, pemain akan memilih bounty daripada papan buruan untuk mencari ahli Yōtei Six, mengharungi gelombang musuh dan mini-boss sebelum berdepan Lord Saito.

Di antara setiap gelombang musuh, pemain boleh memilih perk rawak untuk menguatkan build masing-masing. Perk ini menambah baik pelbagai abiliti, daripada tempoh parry dan set kelengkapan, sehinggalah kepada peningkatan damage, seruan pembantu, serta ketahanan watak.

Setiap sesi permainan yang berjaya diselesaikan akan memberikan ganjaran mata wang Mon. Mata wang ini boleh digunakan di luar combat untuk membuka naik taraf teknik kekal, charm, dan barangan kosmetik. Semua kosmetik yang dibuka dalam Most Wanted boleh dibawa masuk ke kempen cerita utama Atsu dan juga expansion Echoes of Sekigahara.

Pemain boleh memilih daripada empat watak dalam Most Wanted, setiap satunya menawarkan gaya pertempuran tersendiri:

  • Atsu, protagonis utama, bertarung menggunakan dua bilah katana bersama peralatan Ghost seperti serbuk pembuta mata Metsubushi dan Blind Bomb. Kebolehan Ultimate beliau, Call of the Pack, menyeru dua ekor serigala untuk menyerang sasaran, manakala Kill Streak Onryō’s Howl pula menakutkan musuh sehingga memaksa mereka melarikan diri.
  • Oyuki ialah pejuang lincah bersenjatakan kusarigama (sabit berantai), kunai, dan senapang tanegashima. Kebolehan Ultimate miliknya, Shadow Killer, menghasilkan kepulan asap untuk membunuh dua sasaran secara senyap serta-merta, manakala Kill Streak Shadow Shinobi menyeru sekutu Nine Tails untuk bertarung dan melakukan pembunuhan hendap.
  • Nagato pakar dalam serangan jarak jauh dan mengawal ruang, lengkap dengan yari (tombak), tanzutsu (pistol), serta dua jenis busur panah. Ultimate miliknya, Gambler’s Mark, mengunci dua sasaran untuk tembakan headshot, manakala Kill Streak Blast Arrow memulihkan bar Concentration dan memuatkan anak panah letupan.
  • Jin Sakai melengkapkan senarai watak sebagai pakar pedang ulung dengan kebolehan menukar stance untuk mengawal musuh yang ramai serta handal dalam combat jarak dekat.

Sekiranya memilih untuk tidak membeli Complete Edition atau DLC ini, Sucker Punch masih menyediakan kemas kini percuma untuk semua pemilik Ghost of Yōtei pada 1 Oktober:

  • Sistem Transmog: Mengekalkan rupa set perisai kegemaran sambil menggunakan statistik daripada set lain.
  • Mod Beauty of Yōtei: Mod eksplorasi dan fotografi untuk menikmati serta merakam pemandangan indah Ezo tanpa sebarang gangguan musuh.
  • Trek Audio Watanabe Mode: Lagu-lagu baharu yang boleh dinikmati sepanjang bermain.
  • Tetapan Kebolehaksesan: Pilihan paparan kontras tinggi untuk kejelasan visual lebih baik.
Tags: Ghost of Yōtei
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past
Eksklusif

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past

September 3, 2026
[Eksklusif] Action RPG TARAE: The Unbound Mempunyai 80 Boss Unik, Semuanya Tiada Rekaan Kitar Semula
Eksklusif

[Eksklusif] Action RPG TARAE: The Unbound Mempunyai 80 Boss Unik, Semuanya Tiada Rekaan Kitar Semula

September 3, 2026
SteamDB Diserahkan Kepada Nexus Mods, Pengasas ‘Burnout’ Kerana Urus Laman Seorang Diri
Berita

SteamDB Diserahkan Kepada Nexus Mods, Pengasas ‘Burnout’ Kerana Urus Laman Seorang Diri

September 3, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd