Penambahan baru Vivo V15 Pro di dalam siri peranti Vivo akhirnya diperkenalkan dengan spesifikasi 8GB RAM dan 128 GB ROM pada harga RM1,899.
Dengan membawa visi Vivo ‘Enjoying the Extraordinary’, Vivo V15 Pro yang dilengkapi 8GB RAM ini akan memberi pengalaman gaming yang sebenar dan lain daripada yang lain kepada pemain mobile. V15 Pro memastikan pengalaman bermain yang lebih lancar kerana gabungan Super AMOLED Ultra FullView™ Display tanpa bezel dan Competition Mode baru yang memperuntukkan system resources bagi mengutamakan game performance serta Dual-Turbo, yang mengurangkan frame-drop sebanyak 300% dan meningkatkan gameplay yang lebih lancar dan smooth.
Seperti rakan 6GB nya, versi 8GB mempunyai Ultra FullView TM Display yang secara keseluruhan memberi impak yang lebih besar, dengan ratio 90.95% screen-to-body, display 6.53-inci, resolution 1080×2340 dan fifth-generation Corning Gorilla Glass. Ini memberi perasaan menonton yang lebih real dan jelas yang membuat gaming dan video lebih imersif dan menyeronokkan.
Peranti ini mempunyai sesuatu yang wajib ada di dalam siri V15, iaitu 32 Megapixel Front Elevating Camera yag pertama di dunia khas untuk menangkap gambar muka kalian semua dalam cara yang paling lawa dan cantik sekali. Sangat hebat dan lengkap dengan features yang mudah untuk digunakan seperti AI Face Beauty yang bantu slim-kan muka dan licinkan kulit agar flawless. Potrait lighting effects juga memberi sentuhan artistik kepada gambar, tanpa kalian perlu buat apa-apa sebarang post-editing.
Vivo V15 Pro 8GB telah dilancarkan pada minggu lepas di Malaysia sempena event rakan rasminya Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile National Championships (PMNC) 2019. Jadi nampak tak memang siapa yang tegar PUBG tuh, korang kene cuba main pakai phone ni. Untuk maklumat lebih, kalian boleh lawat laman web rasmi Vivo atau FB rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post