Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peruntukan sebanyak RM500,000 akan diusahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk e-sukan

Majulah e-sukan demi negara!

Wakambing by Wakambing
April 16, 2019
in Artikel, Berita, Esports
0 0
0
Peruntukan sebanyak RM500,000 akan diusahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk e-sukan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 14 April lalu, Yang Berhormat Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, merasmikan pelancaran Esports Kuala Lumpur (ESKL) dan menandatangani pelbagai perkongsian strategik dengan organisasi sukan tempatan bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Platform itu diwujudkan untuk menaik taraf e-sukan dalam negara sambil mengeratkan hubungan antara pemain tanpa sempadan.

Selepas She Run KL dan Program bersama OKU di Putrajaya, lancarkan pula Persatuan ESports KL di Palace of Golden Horses. Sukan yang berkembang cepat sehingga terdapat pertandingan peringkat antarabangsa dengan hadiah lumayan. Mungkin ke Olimpiks! Tahniah pada penganjur! pic.twitter.com/NWKWkX6TnV

— Khalid Samad (@KhalidSamad) April 15, 2019

Menurut Presiden ESKL, Hisham Daus, “Sukan elektronik adalah popular dalam kalangan generasi muda hari ini dan terdapat banyak peluang untuk mereka bersaing di peringkat tertinggi. Sasaran kami adalah selaras dengan matlamat Esports Malaysia (eSM) untuk menghantar kontinjen Malaysia yang terbaik ke Sukan SEA Filipina pada November 2019.” Menurut YB Khalid, beliau berkata:

“Jika kita tidak membuang kesilapan-kesilapan ini [bahawa sukan itu secara semula jadi memudaratkan individu dan masyarakat], ia akan menjadi beban besar bagi generasi akan datang. Kita perlu menolak stigma bahawa pemain e-sports ini adalah kelompok anti-sosial dan tidak pandai untuk bergaul dengan orang ramai.

Dalam ucapannya, beliau juga berpendapat bahawa e-sukan boleh menyumbang kepada pembangunan teknologi dan memainkan peranan penting dalam Revolusi Perindustrian ke-4. Beliau menyimpulkan ucapannya:

“Genre sukan baru ini sudah menjadi kenyataan. Kita perlu menyokongnya supaya ia dapat mencapai potensi sepenuhnya.”

Sumber: Esports Kuala Lumpur Association

Beliau juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 akan diusahakan kementerian beliau untuk diperolehi dari sektor swasta secara berperingkat bagi tujuan inisiatif penggalakan e-sukan. Ini secara langsung akan membuka peluang kepada kemajuan dan persaingan sihat demi pembangunan sukan elektronik di Malaysia secara amnya.

Sumber: Esports Kuala Lumpur Association

Selain upacara pelancaran rasmi, Memorandum Persefahaman (MOU) juga ditandatangani antara ESKL dan beberapa pemain industri sukan tempatan, termasuk Mineski, Axis E-Sports, ServerDNA, Gamesbond, The Pantheon dan Blvckbox. Tujuan perkongsian ini adalah untuk organisasi-organisasi ini menyokong usaha ESKL dalam membangunkan tempat e-sukan tempatan. Kita berharap dengan kerjasama dari semua pihak, pembangunan Esports di Malaysia akan terus maju dan tidak dipinggirkan pada masa akan datang! YB Khalid juga berkata, e-sukan ini mungkin mampu ke Olimpik!

Sumber: Esports Kuala Lumpur Association / Utusan

Tags: E-SukanEsportsklperuntukansukan elektronikyb khalid
Previous Post

Vivo V15 Pro 8GB RAM boleh didapati bermula 20 April 2019 dengan harga RM1,899!

Next Post

Panduan lengkap kepada pre-order bonus Star Wars Jedi: Fallen Order’s!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Panduan lengkap kepada pre-order bonus Star Wars Jedi: Fallen Order’s!

Panduan lengkap kepada pre-order bonus Star Wars Jedi: Fallen Order's!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd