Honor memang sangat terkenal untuk keluarannya dalam kategori peranti berharga murah dan berpatutan. Peranti-peranti ciptaan mereka membawa spesifikasi bertaraf tinggi atau flagship pada harga yang lebih bawah berbanding peranti lain, lantas membenarkan pengguna untuk memegang peranti yang kualitinya hampir sama tinggi pada nilai harga yang selesa.
Peranti-peranti ini telahpun menetapkan posisi mereka di pasaran kini. Di sini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi peranti baru daripada Honor yang ciri utamanya ialah Triple Rear Camera. Hah, yang minat ambil gambar mesti nak tahu lebih kan? Peranti ini boleh mengambil gambar dengan kualiti yang hampir sama hebat dengan smartphone Triple Camera lain. Saya memperkenalkan Honor 20 Lite ya tuan-tuan dan puan-puan. Nampak gayanya Honor telah menambah satu lagi peranti hebat pada portfolio mereka.
REKAAN
Saya ingin memulakan review ini dengan rekaan dahulu. Sebab itu yang korang semua tengok dulu kan. Yang menarik tentang rekaan atau bentuk Honor 20 Lite sudah semestinya efek gelas badan ala-ala aurora kan. Bergabung dengan campuran warna gradient pula, memang memberi satu corak yang boleh dikatakan agak classic atau mewah.
Selain daripada itu, Honor 20 Lite juga sangat selesa pegang di tangan dengan ukuran saiz 6.21 inci dan berat 164 g. Ia sangat ringan dan masuk dalam poket seluar pun tidak menganggu. Seperti model Honor yang lain, peranti ini tidak mempunyai butang di halaman depan kerana butang Home dan Back Button terletak di dalam skrin. Di belakang pula, kami boleh melihat Triple Rear Camera yang merupakan fokus utama peranti ini dan juga fingerprint sensor.
Satu lagi perkara yang saya sangat minat ialah rekaan notch yang berbentuk seperi air mata. Rekaan notch ini tidak menganggu seperti rekaan notch yang biasa anda lihat dan ia meningkatkan user experience saya, lantas menghasilkan pengalaman yang lebih baik daripada segi kemudahan dan keselesaan.
Di bawah, anda boleh lihat standar USB port, speaker, dan 3.5m jack. Max volume mempunyai kelantangan yang sesuai dan speakernya memberi efek depth mengejutkan yang membuat pengalaman menonton video atau bermain game lebih imersif atau mendalam.
PAPARAN
Daripada segi spesifikasi paparan pula, Honor 20 Lite mempunyai display 6.21 inci full-HD+ iaitu 1080×2340 dengan aspek ratio 19.5.9 dan di atas adalah notch berbentuk air mata yang baru sahaja disebut. Notch tersebut mengandungi selfie camera 32MP dan skrinnya pula ialah 6.2” IPS LCD yang memang memberi skrin kita sebuah warna yang lebih natural dan tidak terlalu saturated.
Bergabung dengan rekaan bezel yang nipis dan notch airmata, skrin memberi efek besar dan luas. Perkara ini sangat-sangat sesuai untuk menonton video atau bermain game. Ia jelas, vibrant, dan sangat bagus untuk melihat apa-apa sahaja media. Kecerahan skrin juga cukup tinggi dan boleh diubahsuai ikut keselesaan pengguna. Di samping itu, Honor 20 Lite mempunyai colour depth yang bagus dan sentiasa menyerlah tidak kisah daripada mana-mana sudut.
BATERI
Baterinya tidak besar pun dengan saiz sebesar 3400 mAh tetapi di sini ia berbeza. Saya bagi pencerahan dulu ya. Bersama chip Hisilicon Kirin 710F serta battery optimization setting, bateri stamina untuk Honor 20 Lite memang tahan lama. Tidak tipu.
Chipset ini direka untuk menguruskan segala performance di dalam peranti. Kalau nak lagi tahan lama, anda boleh pergi ke battery settings dan pilih power saving mode yang membuang background app syncing dan menurunkan efek visual di skrin bagi mengurangkan kadar penggunaan bateri. Anda juga boleh pilih untuk gelapkan interface dan membiarkan peranti ini memeriksa dan optimize prestasi bateri untuk anda.
Selepas sejam saya main PUBG di setting grafik paling tinggi pun hanya makan dalam 15-20% nyawa bateri. Jadi ini berita yang sangat bagus untuk mereka yang suka meluangkan masa berjam-jam untuk mobile gaming tanpa perlu risau peranti mereka mati.
KAMERA
Okay, mari ke main attraction-nya ya. KAMERA. Memang highlight peranti ini ialah setup Triple Rear Camera nya, yang mengandungi kamera utama 24MP f/1.8 untuk segala pengambilan gambar atau rakaman video utama, kamera kedua 8MP f/2.2 sebagai kamera wide-angle, dan kamera 2MP f/2.4 untuk depth effect.
Kita mula dengan kamera utama. Imej yang ditangkap pada siang hari dah memang cukup taraf gambar flagship lah saya kata. Ada banyak butiran, dynamic range pun hebat, warna yang tepat dan menyerlah, contrast yang bagus dan keseluruhannya ialah satu interpretasi yang cemerlang sedangkan ini peranti yang dianggap sebagai mid-tier.
Kami juga mengambil gambar 8M menggunakan kamera wide angle. Pada pendapat saya, butirannya sudah cukup memadai, warna di gambar pun agak tepat, hampir dengan yang sebenar, noise level yang boleh ditolak ansur, dan dynamic range nya pun patut dipuji.
Tetapi bukan semuanya indah. Ada beberapa perkara yang kami tidak puas hati seperti corner softness di hujung gambar serta beberapa kes di mana warna gagal di ditumpukan. Masalah ini memang dijangka. Isu seperti ini tidak merosakkan ganbar anda dan sebenarnya agak susah nak perasan pun masalah ini. Korang hanya boleh jumpa jika korang zoom in gila-gila pada gambar.
Telephoto-nya pula hanya 2MP tetapi gambar yang kami peroleh seperti 5MP. Saya syak kanta 24MP membantu melalui teknik image stacking kerana gambar tele-nya memang lawa tanpa ada langsung tanda upscaling. Gamba cukup sharp dan detail. Warna, contrast dan dynamic range juga sangat bagus, walaupun noise level sedikit tinggi.
Pada bahagian video pula, anda boleh merakam sehingga 60fps pada 1080p sahaja. Video yang dirakam juga kelihatan amat bagus dan auto focus melakukan kerjanya dengan sempurna supaya anda tidak hilang subjek walaupun dalam keadaan low-light.
Apa yang membuat smartphone ini istimewa ialah fakta bahawa peranti Honor tidak berada di harga yang terlampau mahal, jadi dengan teknologi seperti ini dalam seksyen harga yang lebih murah dan berpatutan menang akan menarik ramai peminat dan memudahkan mereka yang ingin mengambil gambar lawa di peranti yang mereka sendiri mampu beli.
PERISIAN
Honor 20 Lite menggunakan EMUI 9 serta dilengkapkan dengan Android 9 Pie. Ia lebih kemas dan tidaklah kacau bilau seperti versi EMUI yang sebelum ini dengan penambahan menu settings yang lebih kemas dan notifications panel yang lebih membantu. Kini lebih mudah untuk ke pilihan settings yang anda mahu dan advanced settings pun terletak di bawah dengan elok.
Aplikasi Gallery juga mempamerkan foto dan video di dalam bentuk yang tersusun dan aplikasi Themes ada pelbagai pilihan untuk mengubai suai UI. Fingerprint scanner membuka peranti dengan kadar laju di bawah satu saat tetapi pilihan yang saya suka ialah Face Recognition. Ia tidak selamat seperti fingerprint tetapi lebih cepat dan lebih mudah.
Sebenarnya, waktu saya dengan peranti ini cukup selesa dengan EMUI 9. Tiada gangguan atau apa-apa jenis lagging walaupun ketika itu peranti ini sedang menjalankan aplikasi yang banyak makan kuasa dan pada masa yang sama, multi-tasking pelbagai aplikasi.
PRESTASI GAMING
Honor 20 Lite menggunakan chip HiSilicon Kirin 710. Chip ini direka di peranti menggunakan proses 12nm dan menjanjikan kuasa yang banyak dan kecekapan yang bagus. Kirin 710 menggunakan rekaan CPU 8-core serta dilengkapi 4×2.2 GHz Cortex-A73 dan 4×1.7 GHz Cortex-A53. Chip ini juga mempunyai Mali-G51 MP4 (quad-core) yang sepatutnya menjanjikan prestasi yang tinggi dan ketepatan yang laju.
EMUI 9 GPU Turbo 2.0 membenarkan setiap game untuk berjalan pada 60 fps full resolution dan dilengkapi pula dengan 4GB RAM yang sudah cukup baik untuk bermain game high end seperti Mortal Kombat X yang memerlukan ram yang tinggi. Internal Storage sebesar 128GB memastikan sentiasa ada ruang untuk aplikasi game, foto, dan video anda. Jadi jangan risau. Ambillah gambar banyak mana dan muat turun semua game yang anda ingin main.
Kami mencuba pelbagai mobile game pada Honor 20 Lite seperti PUBG, Mobile Legends, Bleach Mobile 3D, dan Laplace M. Prestasi ketika sesi bermain ini – tidak kisah pendek atau lama, dan pada settings grafik tertinggi memang sangat menakjubkan dan berjalan lancar. Kami tidak mengalami sebarang frame drop atau input lag. Skrin-nya yang luas tanpa banyak halangan membenarkan kita untuk mempunyai lebih banyak ruang untuk pengalaman bermain yang lebih menyeronokkan.
Phone ini memang akan menjadi panas dalam tempoh 10 minit lebih gaming, terutamanya pada bahagian atas di mana chipset terletak tetapi panasnya lebih rendah berbanding peranti lain yang pernah kita cuba. Walaupun selepas berjam-jam bermain, kami tidak merasa kepanasan yang melampau. Jujur, perkara ini memang dah cukup hebat bagi saya.
KESIMPULAN
Honor 20 Lite kini menjadi pewaris terbaru trend Honor iaitu mengeluarkan peranti yang berbeza, menyeronokkan dan penuh dengan teknologi masa kini. Ini ialah antara budget phone paling lawa dan penuh dengan kuasa serta diisi dengan pelbagai feature unik yang selalunya anda hanya boleh jumpa pada flagship phone.
Honor 20 Lite memang direka khas untuk peminat kamera dan mobile gaming yang pada masa sama juga ingin yang terbaik daripada peranti mereka dan mempunyai teknologi yang terbaru dan hebat dalam pasaran. Setup Triple Camera memang antara yang terbaik di pasaran dan boleh cabar kemampuan kamera peranti lain, skrin yang tiada sempadan dan halangan serta bateri yang tahan lama sangat sesuai untuk media consumption dan proccessor yang handal ini membuat peranti anda jalan lancar dan smooth walaupun peranti dalam situasi yang memerlukan banyak tenaga.
Untuk pendekkan cerita, Honor 20 Lite mempunyai prestasi yang tinggi dan boleh tahan sekurangnya sehari walaupun setiap saat digunakan. Kehidupan bateri boleh dipanjangkan jika anda menggunakan power saving dan yang paling penting ialah ia boleh mengambil gambar yang memang sangat-sangat hebat, warna-warni dan penuh dengan butiran.
Ia berharga lebih murah berbanding flagship phone yang spesifikasinya lebih kurang sama dan merupakan satu alternatif yang bagus untuk peminat kamera dan digital media. Jadi jangan tunggu lama-lama. Saya amat sarankan korang semua beli angkat peranti ini!
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
@gamersantaimy
Discussion about this post