Akan dikeluarkan seawal 23 Ogos 2024 untuk Windows dan macOS, World of Warcraft: The War Within merupakan expansion pack, berikutan Dragonflight. Bakal menjadi bahagian pertama dalam pengembangan trilogi ‘Worldsoul Saga‘, anda kini boleh membuat pra-pesan untuk World of Warcraft: The War Within, yang merangkumi Base Edition, Heroic Edition, Epic Edition, dan juga 20th Anniversary Collector’s Edition.
Kebetulan, kami diberi World of Warcraft: The War Within 20th Anniversary Collector’s Edition oleh Blizzard Entertainment, jadi ayuh kita lihat pakej istimewa ini dengan lebih mendalam, yang penuh dengan khazanah berharga dan juga item untuk membantu anda meneroka keajaiban dan bahaya yang tersembunyi di Khaz Algar.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah unboxing kami untuk World of Warcraft: The War Within 20th Anniversary Collector’s Edition!
Hard Cover Untuk Buku Seni
Pertama sekali pasti adalah hard cover untuk buku seni, yang dihiasi dengan motif The War Within.
Buku Seni
Jom selidik seni latar belakang dan perkembangan visual The War Within, serta konsep yang menghidupkan tamadun purba dan dunia bawah tanah dalam buku seni khas. Buku ini setebal 208 muka surat.
Patung Gryphon Rider
Gryphon Rider dihidupkan dalam bentuk patung. Komander ini menggunakan tukul besi yang mengancam dan bersedia untuk melayang ke langit atas Azeroth. Patung ini berukuran 9.5Ix 9x 13, diperbuat daripada PVC/ABS dan beratnya lebih kurang 4.5 paun.
Collector’s Pin
Paparkan pin komemoratif ini dengan bangga, yang menampilkan Anduin, Alleria dan Thrall. Ketiga-tiga watak ini memainkan peranan penting dalam The War Within.
Kod Game Epic Edition
Akhir sekali, kod digital turut disertakan untuk The War Within Epic Edition yang termasuk: Enhanced Level 70 Character Boost; 3 Hari Akses Awal dan 30 Hari Game-Time; Algarian Stormrider Mount; Set Transmog Stormrider’s Attire; Efek Deepdweller Earthen Hearthstone, Squally – Storm Hatchling Pet, dan Sandbox Storm Gryphon Toy; dan 1000 Trader’s Tender.
Tentang The War Within
Premis utama untuk The War Within ialah Khaz Algar, dibahagikan kepada empat zon berbeza: Isle of Dorn, The Ringing Deeps, Hallowfall dan Azj-Kahet. Level cap dalam The War Within telah dinaikkan kepada 80, membolehkan pemain mengembangkan lagi watak mereka dengan abiliti dan talent baharu.
Bermula pada level 71, pemain boleh membuka Hero Talent baharu untuk setiap kelas dan specialization, memberikan lebih banyak pilihan kepada character customization dan strategi pertempuran.
Ciri gameplay dalam The War Within termasuk Dynamic Flying, ciri yang pada mulanya diperkenalkan dalam Dragonflight, membolehkan pemain meneroka zon baharu sambil menunggang pelbagai makhluk.
‘Delves’ menyediakan permainan solo atau cooperative sehingga empat orang, bersama dengan rakan NPC, membolehkan pemain mengalahkan bos dan mendapatkan loot end-game. Akhir sekali ialah Warbands, ialah sistem perkembangan yang melibatkan semua watak untuk seluruh akaun.
Bagi mereka yang berminat, World of Warcraft: The War Within akan dikeluarkan pada 27 Ogos, tetapi mereka yang pra-pesan Epic Edition boleh bermain seawal 23 Ogos. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post