Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Bleach Menjelaskan Perbezaan Antara ‘Shikai’ & ‘Bankai’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Pencipta Bleach Menjelaskan Perbezaan Antara ‘Shikai’ & ‘Bankai’
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Bleach tidak memerlukan apa-apa pengenalan, dan merupakan antara siri manga anime paling popular di dunia. Kini dalam proses mengadaptasikan finale Thousand-Year Blood War, akhirnya peminat boleh melihat kesimpulan siri ini dalam bentuk anime. Disebabkan semua orang sedang riuh tentang Bleach, baru-baru ini pencipta Tite Kubo memberi info tambahan dengan menjelaskan tentang perbezaan antara teknik Shikai dan Bankai.

Info ini dijawab oleh Tite Kubo menerusi blog miliknya di mana beliau menjawab beberapa soalan daripada peminat. Secara khusus lagi, dia menjelaskan perbezaan antara Shikai dan Bankai; kedua-duanya adalah teknik yang terikat kepada Zanpakuto (pedang/katana) milik seorang Shinigami.

Kredit: © 久保帯人/集英社・テレビ東京・dentsu・ぴえろ

Menurut penjelasan rasmi oleh Kubo:

“Shikai adalah status di mana kuasa pemegang dipantulkan ke dalam pedang,” kata Kubo. “Bankai adalah keadaan di mana ego pedang yang dilahirkan, telah berkembang dan bermanifestasi.”

Shikai

Kredit: © 久保帯人/集英社・テレビ東京・dentsu・ぴえろ

Shikai ialah bentuk kedua Zanpakuto. Untuk mengaktifkannya, Shinigami perlu mempelajari nama Zanpakuto mereka. Ini tidak semudah memilih nama, kerana roh yang hidup di dalam Zanpakuto sudah mempunyai namanya sendiri. Shinigami mesti berkomunikasi dan berharmoni dengan Zanpakuto mereka, yang memerlukan mereka bercakap dengan roh tersebut dalam dunianya.

Apabila tercapai, kuasa pemegang akan dipantulkan ke pedang mereka.

Bankai

Kredit: © 久保帯人/集英社・テレビ東京・dentsu・ぴえろ

Bankai ialah bentuk terakhir Zanpakuto yang dinaik taraf. Untuk mencapai Bankai, seseorang mesti dapat mewujudkan dan menjinakkan roh Zanpakuto mereka. Daripada dibawa ke dunia dalaman roh tersebut, kini pengguna perlu menyeru roh Zanpakuto itu ke dunia fizikal.

Inilah maksud Kubo apabila menjelaskan bahawa ego pedang perlu dilahirkan, lalu bermanifestasi [ke dunia sebenar].

Tags: animebleach
ShareTweetSend
Previous Post

Ubisoft Membalas Kritikan Assassin’s Creed Shadows, Mempertahankan Yasuke & Francais

Next Post

Unboxing World of Warcraft: The War Within 20th Anniversary Collector’s Edition!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Unboxing World of Warcraft: The War Within 20th Anniversary Collector’s Edition!

Unboxing World of Warcraft: The War Within 20th Anniversary Collector's Edition!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd