Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Total Football Online – Tersedia Secara Free-To-Play Di PC Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2026
in Artikel, Berita, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
Total Football Online – Tersedia Secara Free-To-Play Di PC Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

2P Games dan pembangun Gala Sports secara rasmi telah mengumumkan Total Football Online, sebuah free-to-play simulator bola sepak yang bakal dikeluarkan untuk PC melalui Steam.

Memandangkan Liga Juara-Juara UEFA 2025/26 bakal menghampiri finale dan Piala Dunia 2026 hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, Total Football Online hadir pada waktu yang sangat tepat. Malah, ia membawa pengalaman berlesen sepenuhnya, termasuk kontrak rasmi dengan FIFPRO, Manchester City, dan Pasukan Kebangsaan Jerman.

Pemain berpeluang membina pasukan “Ultimate XI” impian mereka daripada pangkalan data yang mengandungi lebih 4,000 pemain profesional aktif. Namun, game ini bukan sahaja fokus kepada bintang masa kini. Pemain legenda seperti Ronaldinho, Rivaldo, Cafu, dan Andrea Pirlo turut disertakan.

Total Football Online dibina menggunakan Motion Matching Engine. Berbeza dengan sistem animasi tradisional yang kadang-kala terasa kaku atau tidak lancar, enjin ini menggunakan full-body motion capture bagi memastikan setiap langkah, dan sepakan kelihatan lancar serta natural.

Tahap realistik ini dibantu lagi dengan sistem Neural Network AI, yang memastikan rakan sepasukan dan pihak lawan kawalan AI tidak hanya mengikut corak yang sama; sebaliknya mereka akan menyesuaikan diri dengan gaya permainan kita dan melakukan perubahan taktikal secara real-time.

Walaupun kebanyakan game bola sepak dibina untuk konsol terlebih dahulu, pihak pembangun mengesahkan bahawa versi Steam ini dilengkapi dengan rendering khas untuk PC. Pemain boleh menjangkakan:

  • Global Illumination: Menghasilkan pencahayaan realistik yang berubah mengikut kedudukan matahari semasa perlawanan berlangsung.
  • Enhanced Physics: Pergerakan jersi pemain yang lebih realistik dan interaksi bola di atas rumput yang lebih baik.
  • Atmosfera Stadium: Model wajah yang sangat terperinci dan sistem penonton dinamik yang memenuhkan stadium sehingga 50,000 orang, lengkap dengan tifo khas dan sorakan unik kelab.

Selain daripada aspek gameplay, Total Football Online menawarkan pilihan customization yang luas. Dari mereka bentuk jersi dan logo sendiri sehinggalah mengubah stadium serta tekstur padang, tahap personalisasi ini direka supaya setiap kelab terasa unik dan tersendiri.

Phak pembangun turut komited untuk menggunakan model “live-service”. Ini bermakna kandungan baharu akan dikemas kini secara berkala mengikut peristiwa penting bola sepak dunia.

Anda boleh melayari Steam sekarang untuk memasukkan Total Football Online ke dalam Wishlist.

Tags: Total Football Online
ShareTweetSend
Previous Post

Xiaomi Malaysia Lancar Siri REDMI Pad 2 9.7 – Harga Bermula RM569!

Next Post

RPG Fantasi Gelap ‘The Blood of Dawnwalker’ Bakal Dilancarkan Pada 3 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
RPG Fantasi Gelap ‘The Blood of Dawnwalker’ Bakal Dilancarkan Pada 3 September!

RPG Fantasi Gelap 'The Blood of Dawnwalker' Bakal Dilancarkan Pada 3 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd