Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 10, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Game, Trading Card Game
0 0
0
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Bandai Namco mendedahkan bahawa jenama Digimon telah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah. Pencapaian ini malah mengatasi rekod terdahulu yang dicatatkan pada tahun 2000, iaitu sewaktu siri anime pertama mula mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

Berita ini dikongsikan oleh Nao Udagawa selaku Presiden Bandai Namco Entertainment dalam temu bual bersama majalah gaming Weekly Famitsu.

Meskipun Bandai Namco tidak mendedahkan jumlah keuntungan secara khusus, Udagawa mengesahkan bahawa rekod ini melibatkan prestasi jenama Digimon secara menyeluruh di bawah syarikat tersebut.

Apa yang mendorong lonjakan kewangan yang luar biasa ini? Menurut Udagawa, kejayaan ini adalah hasil pelancaran permainan video baharu dan pasaran trading card game yang semakin mendapat sambutan hangat.

Penyumbang utama pertumbuhan ini ialah RPG konsol dan PC, Digimon Story: Time Stranger. Selepas dilancarkan pada Oktober 2025, game tersebut terjual lebih 1 juta unit di seluruh dunia dalam masa dua bulan sahaja; lantas menjadikannya game yang paling cepat terjual dalam sejarah Digimon Story. Ia terus meluaskan pasaran selepas dilancarkan di Nintendo Switch dan Switch 2 pada 9 Julai 2026.

Bagi produk fizikal pula, Digimon Card Game masih menarik minat pemain dan oara pengumpul. Laporan pasaran terkini menunjukkan rantau Asia-Pasifik menjadi antara pasaran terbesar untuk francais, di mana ia menyumbang lebih 43% daripada keseluruhan hasil global.

Tags: digimon
ShareTweetSend
Previous Post

BRINGER – Sebuah ARPG Dari China Yang Viral Kerana Grafik Memukau

Next Post

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd