Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Fighting, PC, Preview, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan roster Tekken 8 semakin berkembang dalam Season 3 dengan Robert Richards… atau lebih dikenali oleh peminat fighting game sebagai Bob.

Terkenal kerana mengubah persepsi tentang “heavyweight archetype” menerusi kelincahannya dan serangan mix-up yang mengelirukan lawan, Bob kembali dengan pilihan stance yang dirombak semula, mekanik Heat berasaskan ketepatan, serta game plan yang sangat serba boleh.

Dengan Early Access bermula pada 20 Ogos 2026 dan pelancaran penuh pada 25 Ogos 2026, berikut adalah kupasan tentang kit terbaharunya, potensi combo, dan bagaimana watak ini menyesuaikan diri dalam meta semasa.

Bob, Makanan Segera, dan Misinya Menumpaskan Kazuya

Bob merupakan seorang pengamal Freestyle Karate dari Amerika Syarikat dengan ketinggian 190 cm dan berat 210 kg. Di sebalik penampilannya yang menonjol, dia mempunyai sebuah misi peribadi: iaitu membina “Perfect Body”—tubuh yang menggabungkan kekuatan fizikal serta berat badan dengan kepantasan luar biasa.

Cita-cita ini bermula semasa dia dirawat di hospital. Akibat tidak suka makanan di sana, dia mengambil keputusan untuk mencipta resipi burgernya sendiri bagi menghasilkan burger terbaik.

Selepas keluar dari hospital, dia membuka rangkaian restoran burger yang berjaya dan kemudian menambah menu “Bob’s Onigiri”, mencetuskan fenomena onigiri yang cukup popular di seluruh Amerika Syarikat.

Apabila G Corporation pimpinan Kazuya Mishima mengawal bandar New York, Bob membuka bank makanan untuk mengedarkan burger dan onigiri secara percuma, lalu menerima gelaran “Onigiri Savior”.

Statusnya sebagai wira masyarakat telah menarik perhatian pejabat Manhattan District Attorney, yang kemudian melantiknya sebagai penyiasat. Jawatan ini diterima oleh Bob dengan rela hati demi membawa Kazuya ke muka pengadilan.

Pilihan kostum yang dimilikinya turut menonjolkan dua sisi kehidupan ini:

  • Costume 1: Pakaian latihan santai untuk hari cutinya dalam warna merah dan oren terang, dihiasi tulisan di bahagian pinggul, paha, dan sarung tangan.
  • Costume 3: Sut formal yang kemas, diilhamkan daripada tugasnya sebagai penyiasat di pejabat DA.

Semangat keadilan Bob turut dipaparkan di dalam permainan. Apabila berhadapan dengan Kazuya, dia memulakan pertarungan dengan dialog intro istimewa: “Cause ‘onigiri’ also means to slay devils.” (Kerana ‘onigiri’ juga bermaksud membunuh iblis).

Ini merupakan permainan kata bahasa Jepun yang bijak, menghubungkan perkataan onigiri (bebola nasi) dengan oni-giri (pembunuh syaitan/gergasi).

Cara Bob Bertarung: Pukulan Berat, Kelincahan Luar Biasa, dan Sistem ‘Perfect Input’

Keunikan utama Bob terletak pada cara dia bergerak. Walaupun berbadan super heavyweight, dia langsung tidak rasa berat atau kaku. Dia menggabungkan serangan kuat berimpak tinggi bersama kelincahan akrobatik yang tidak dijangka untuk tubuh sebesar itu.

Keseimbangan antara kelajuan dan berat badan inilah yang menjadi asas kepada keseluruhan game plan serangannya.

Keistimewaan ini paling jelas dilihat melalui Heat Smash miliknya, Prix Fixe Justice Beat. Serangan ini mempunyai dua tempoh timing untuk “Perfect Input”; satu mewakili kelajuan, dan satu lagi mewakili berat.

Sekiranya pemain berjaya melakukan kedua-dua input tersebut pada masa yang tepat, serangan ini akan menghasilkan damage yang lebih tinggi serta mengubah kesan visual, memberikan ganjaran dalam gameplay kepada pemain yang mahirkan ritma serangannya.

Untuk merapatkan jarak dan mengenakan tekanan kepada pihak lawan, Bob bergantung kepada dua alat pergerakan utama:

  • United Step: Pergerakan melangkah ke hadapan yang menutup jarak dengan pantas dan beralih terus kepada serangan mix-up aras mid/low berbahaya, disokong oleh pilihan susulan seperti Gambero Spin Heel, Cutting Coppa, dan Toe Smash.
  • Spinner Ball: Stance berguling ikonik Bob daripada game dahulu. Stance ini telah dilaraskan semula untuk Tekken 8; serangan susulan Stealing Home kini tidak lagi menembusi tubuh lawan apabila hit. Perubahan ini mengubah cara pemain menggunakannya untuk menyusun semula spacing atau mengekalkan tekanan.

Menurut pasukan pembangunan, matlamat utama mereka adalah untuk mengekalkan identiti asal Bob sambil menyelaraskan serangannya agar bersesuaian dengan corak gameplay moden:

“Sambil mengekalkan ciri khas watak Bob daripada judul-judul terdahulu, kami telah menyemak semula prestasi dan kelakuan pergerakan sedia ada supaya pemain dapat menikmati combat yang lebih dinamik dan agresif dalam TEKKEN 8.”

Pasukan pembangun juga menambah bahawa mereka berharap pemain veteran akan teruja meneroka variasi combo baharu, mencari taktik segar, serta alami perbezaan berbanding gaya permainan Bob yang mereka kenali sebelum ini.

Untuk aspek defensif, Bob turut dilengkapi dengan sejumlah teknik, terutama sekali Perfect Body; sebuah counter yang membolehkannya membaca dan membalikkan serangan tumbukan pihak lawan dengan timing yang tepat.

Dia juga mempunyai counter kick, yang memberikan damage lebih tinggi serta kesan visual yang dipertingkatkan apabila dilakukan pada masa yang tepat.

Secara keseluruhan, Bob bertindak sebagai watak all-rounder yang serba boleh dan mampu menyesuaikan diri dalam hampir mana-mana situasi matchup.

Daripada bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata atau muslihat teknikal, kit miliknya memberi ganjaran kepada ketepatan “execution” (bermula daripada rombakan Spinner Ball dan pendekatan berasaskan stance, hinggalah kepada mekanik Perfect Input pada Heat Smash dan counter miliknya) sambil mengekalkan mobility yang tinggi dan serangan mix-up yang sukar dijangka.

Pendapat

Kepulangan Bob dalam Season 3 menguatkan lagi kontras unik yang sentiasa menjadi identitinya: seorang fighter “heavyweight” dengan kelincahan “lightweight”.

Falsafah rekaan ini diterapkan ke dalam setiap aspek kit miliknya, terutamanya pada Heat Smash dan counter Perfect Body, di mana kedua-duanya memerlukan timing yang tepat berbanding button mashing.

Disokong pula oleh teknik gap-closer menerusi United Step dan Spinner Ball, Bob merupakan seorang fighter fleksibel yang mampu mengubah strategi mengikut rentak perlawanan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: BobDLCpreviuTekken 8
ShareTweetSend
Previous Post

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

Next Post

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
[Khabar Angin] Spider-Man Tobey Maguire, Wolverine & Deadpool Akan Muncul Dalam Avengers: Doomsday
Khabar angin

[Khabar Angin] Spider-Man Tobey Maguire, Wolverine & Deadpool Akan Muncul Dalam Avengers: Doomsday

August 19, 2026
Next Post
Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay 'Speed, Weight, Power' Untuk Bob - Fighter Terbaru Dalam Season 3

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd