Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RPG Fantasi Gelap ‘The Blood of Dawnwalker’ Bakal Dilancarkan Pada 3 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
RPG Fantasi Gelap ‘The Blood of Dawnwalker’ Bakal Dilancarkan Pada 3 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun Rebel Wolves telah mengumumkan bahawa RPG open-world baharu ‘The Blood of Dawnwalker‘ akan dilancarkan pada 3 September 2026. Anda boleh mendapatkannya di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC melalui Steam serta Microsoft Store.

The Blood of Dawnwalker berlatarkan Eropah pada abad ke-14. Di tengah-tengah peperangan yang tiada kesudahan dan wabak Black Death yang meragut nyawa, umat manusia berada di ambang kehancuran.

Golongan vampire mengambil kesempatan ini untuk keluar dari tempat persembunyian demi merebut kuasa dan menakluki populasi yang masih terselamat.

Anda akan bermain sebagai Coen, seorang pemuda yang secara paksa ditukar menjadi “Dawnwalker”; kacukan manusia pada waktu siang dan vampire pada waktu malam. Coen mempunyai masa terhad, iaitu selama 30 hari (in-game day) untuk menyelamatkan keluarganya, terutamanya adik perempuannya yang sakit, Lunka.

Mereka perlu diselamatkan daripada seorang raja vampire kejam bernama Brencis yang memerintah Pergunungan Carpathian.

Game ini memfokuskan kepada pilihan dan akibat. Dunia dalam game ini tidak akan menunggu anda. Setiap tindakan yang diambil, sama ada membantu orang yang tidak dikenali atau melakukan side quest, akan menggerakkan masa ke hadapan. Masa keluarga anda benar-benar semakin suntuk.

Anda tidak akan dapat menyelamatkan semua orang atau melihat segala-galanya dalam satu playthrough. Oleh itu, anda perlu berfikir masak-masak tentang siapa yang ingin dibantu dan siapa yang terpaksa ditinggalkan.

Anda boleh meluangkan masa untuk membina pakatan yang tidak dijangka, atau terus merempuh bahaya demi membalas dendam.

Kitaran siang dan malam turut mengubah cara kita bermain. Pada waktu siang, Coen bergantung kepada kebolehan manusia, menggunakan pedang dan magik untuk melawan musuh. Apabila matahari terbenam, sisi vampire akan mengambil alih.

Pada waktu malam, anda boleh berlari di atas dinding, menggunakan serangan cakar, dan teleport sekitar tempat. Kedua-dua bentuk ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing, yang bermakna anda perlu mengubah strategi bergantung kepada waktu siang atau malam.

Pre-order kini dibuka secara rasmi. Anda boleh memilih antara dua versi:

  • Standard Edition: Termasuk base game.
  • Eclipse Edition: Didatangkan bersama base game, Digital World Compendium, runut bunyi digital, dan buku komik digital.

Jika terlepas siaran “Road to Launch”, anda boleh menonton trailer gameplay open-world yang baru dilancarkan serta sesi soal jawab bersama pembangun di atas.

Tags: The Blood of Dawnwalker
ShareTweetSend
Previous Post

Total Football Online – Tersedia Secara Free-To-Play Di PC Steam!

Next Post

Monster Hunter Outlanders – Bukan Pay-To-Win, Radiant Monster, & Aksi Multiplayer Co-op! Rumusan Lengkap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
Monster Hunter Outlanders – Bukan Pay-To-Win, Radiant Monster, & Aksi Multiplayer Co-op! Rumusan Lengkap!

Monster Hunter Outlanders - Bukan Pay-To-Win, Radiant Monster, & Aksi Multiplayer Co-op! Rumusan Lengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd