Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Fighting, PC, PS5, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sesi hands-on kami, kami berpeluang menemu bual pasukan pembangunan bagi membincangkan kepulangan Robert Richards dalam Tekken 8… atau lebih dikenali dalam komuniti sebagai Bob.

Dalam perbincangan ini, pihak pembangun berkongsi tentang usaha dan pendekatan mereka dalam membawa watak heavyweight ikonik ini ke era baharu Season 3 yang lebih agresif.

Kisah Bob, Rekaan Kostum, dan Motif Onigiri dalam Combat

Perjalanan Bob melangkau jauh daripada tujuan asal sebagai ahli seni bela diri jalanan yang melindungi orang awam. Dalam Tekken 8, jalan ceritanya melangkah setapak ke hadapan ke arah keusahawanan, wira masyarakat, dan keadilan undang-undang.

Asas cerita bermula sewaktu dia dirawat di hospital suatu ketika dahulu; rasa tidak puas hatinya terhadap makanan hospital telah mencetuskan inspirasi untuk mencipta resipi burger terbaiknya sendiri.

Eksperimen di dapur itu kemudian berkembang menjadi francais makanan segera yang sangat berjaya, sebelum memperkenalkan menu “Bob’s Onigiri” yang mencetuskan fenomena di seluruh Amerika Syarikat.

Apabila Kazuya Mishima dan G Corporation menawan bandar New York, Bob memanfaatkan kejayaan perniagaannya untuk membantu masyarakat dengan menubuhkan bank makanan yang mengedarkan burger dan onigiri secara percuma.

Inisiatif murni itu memberikannya gelaran “Onigiri Savior” dalam kalangan masyarakat serta menarik perhatian Manhattan District Attorney’s Office, yang kemudian melantik Bob sebagai penyiasat rasmi.

Menurut pasukan pembangunan, perubahan naratif ini direka untuk memberi tujuan yang lebih bermakna kepada Bob tanpa mengetepikan daya tarikan lucunya:

“Sambil menghargai unsur jenaka Bob, dalam judul kali ini kami ingin memaparkan dengan lebih mendalam tentang semangat keadilan tinggi yang sentiasa dimilikinya. Melalui kejayaan restoran burgernya, aktiviti bank makanan, dan peranan baharunya sebagai penyiasat di Manhattan District Attorney’s Office, kami menggambarkan dirinya menggunakan kekuatan dan kejayaannya demi membantu orang lain. Kami yakin interaksi istimewanya dengan Kazuya juga akan membolehkan anda merasai semangat keadilan Bob sebagai seorang wira.”

Evolusi ini dipaparkan melalui rekaan visual Bob. Pakaian lalainya, Costume 1, direka sebagai pakaian latihan santai untuk hari cutinya, menampilkan logo “Bob’s Onigiri” yang terpampang jelas di bahagian perut sebagai bentuk promosi diri yang bersahaja.

Untuk penampilan yang lebih profesional, pemain boleh memilih Costume 3, iaitu sut formal kemas yang diilhamkan daripada tugas penyiasatannya bersama pejabat DA, atau memilih pakaian preset klasiknya daripada Tekken 7.

Malah, kecederaan lampau turut diambil kira dalam penceritaan. Selepas pertembungan sengitnya dengan Bryan Fury dan insiden runtuhan bangunan yang menyebabkannya dimasukkan ke hospital, Bob telah pulih sepenuhnya.

Pengaruh empayar makanannya turut diterapkan ke dalam medan perang. Selain serangan melompat yang dinamakan “Onigiri Bomber”, pemain yang berjaya melakukan input yang frame-perfect untuk Heat Smash dan attack reversal miliknya akan mengaktifkan kesan visual serta animasi khas bermotifkan burger dan onigiri.

Mengapa Bentuk ‘Heavyweight’ Dikekalkan Berbanding ‘Slim Bob’

Falsafah combat Bob sentiasa berkisarkan usaha mencapai “Perfect Body”; tahap fizikal yang menggabungkan berat badan, kuasa, dan kelajuan.

Pihak pembangun menegaskan bahawa apa yang dikejarnya bukanlah saiz badan semata-mata, sebaliknya menguasai keseimbangan di mana ketiga-tiga elemen tersebut mencapai tahap kemuncak secara serentak.

Walaupun peminat sering membandingkan gaya heavyweight akrobatiknya dengan legenda seni bela diri Sammo Hung, pasukan pembangun menjelaskan bahawa Bob tidak diasaskan daripada mana-mana individu tertentu.

Sebaliknya, barisan animator dan pereka sistem combat mengambil inspirasi daripada pelbagai disiplin seni bela diri serta gaya aksi lagak ngeri, sambil sentiasa meletakkan identiti asas Bob sebagai keutamaan.

Falsafah rekaan itu diterjemahkan secara langsung kepada gameplay. Walaupun berbadan seberat 210 kg, pergerakan Bob masih responsif, memiliki sidestep yang kemas, serta rasa hitbox yang kompak agar saiz badannya tidak menjadi beban.

Apabila ditanya sama ada pasukan pembangun ada mempertimbangkan untuk mengembalikan “Slim Bob”, mereka menyatakan bahawa walaupun pelbagai konsep visual diteroka pada awal fasa produksi, mereka sepakat untuk mengekalkan fizikal heavyweight ikoniknya yang paling menepati semangat Bob dalam Tekken 8.

Pemilihannya untuk Season 3 didorong oleh permintaan komuniti, data kekerapan guna daripada game terdahulu, serta kesedaran bahawa gaya heavyweight dengan mobility tinggi sangat sesuai dengan tempo agresif Tekken 8.

Cabaran utama dalam mereka bentuk watak ini adalah menerapkan mekanik sistem moden tanpa menghilangkan rasa unik yang telah menjadi kebiasaan pemain tegar sejak bertahun-tahun lamanya.

Sistem Heat, Mekanik ‘Perfect Frame’, dan Status ‘The Fourth Mishima’

Kemasukan Bob ke dalam ekosistem berasaskan sistem Heat dalam Tekken 8 memerlukan pelarasan yang teliti agar serangannya tidak terlalu mendominasi roster lain.

Walaupun mempunyai tekanan ofensif yang hebat, pihak pembangun sengaja mengekalkan ruang counterplay dan kesusahan execution, terutamanya input mencabar yang diperlukan untuk aspek punishment.

Sistem Heat telah distrukturkan untuk menutup kelemahan defensif tersebut buat sementara waktu, membuka serangan susulan eksklusif, dan memberikan penguasaan yang lebih handal ketika pertukaran serangan neutral di atas lantai. Seperti yang dijelaskan oleh pihak pembangun:

“Kami memberi fokus untuk memastikan pemain dapat merasa sepenuhnya moto khas Bob iaitu ‘Speed. Weight. Power.’ Pada masa yang sama, kami mereka bentuknya dengan keseimbangan risiko dan ganjaran yang teliti, supaya sistem Heat tidak membolehkan kekuatannya dipaksa secara berat sebelah ke atas lawan.”

Diberi gelaran mesra “The Fourth Mishima” oleh komuniti fighting game kerana pergerakan langkah khas dan tahap execution yang tinggi, Bob mengukuhkan lagi identiti tersebut dalam Tekken 8.

Langkah ikoniknya, “United Step”, kembali semula dan pasukan pembangun telah meluaskan mekanik just-frame menerusi Heat Smash miliknya, Prix Fixe Justice Beat.

Melaksanakan input “Perfect frame” pada serangan ini bukan sahaja memberi bonus damage, malah mengubah animasi dan dialog suaranya secara dramatik.

Tujuannya adalah untuk mencipta petunjuk visual dan audio yang jelas sebagai ganjaran kepada pemain, di samping membolehkan para penonton menyedari serta-merta bahawa teknik tersebut telah berjaya dilakukan dengan sempurna.

Dari sudut defensif, Bob menggunakan Perfect Body, sebuah attack reversal khusus yang direka untuk membalas tumbukan lawan dengan timing yang tepat.

Digabungkan pula dengan counter kick yang peka terhadap frame bagi menghasilkan damage lebih tinggi dan kesan visual yang lebih gah, kit defensif sangat menghargai keupayaan membaca pergerakan lawan.

Apabila ditanya tentang serangan “Hell Sweep” ikoniknya dan sama ada ia akan diselaraskan untuk memulakan combo juggle penuh pada masa hadapan, pihak pembangun mengesahkan bahawa pergerakan tersebut akan kekal tanpa kebolehan memulakan combo demi menjaga keseimbangan keseluruhan watak, walaupun mereka akan terus memantau data perlawanan dari semasa ke semasa.

Rombakan Spinner Ball dan Perubahan Penting pada ‘Stealing Home’

Senarai serangan Bob telah melalui penilaian bagi memastikan pergerakan klasiknya serasi dengan corak serangan agresif Tekken 8. Tumpuan utama rombakan ini diberikan kepada Spinner Ball, iaitu stance berguling ikonik miliknya.

Stance ini telah direka semula untuk peralihan yang lebih lancar dan intuitif, membolehkan pemain menyelitkannya dengan mudah dalam fasa neutral jarak sederhana, serangan, dan combo yang lebih panjang.

Pada masa yang sama, pihak pembangun menjelaskan bahawa parry dan serangan susulan stance baharu Bob adalah alat khusus yang direka untuk toolkit miliknya, bukannya mekanik sistem generik yang diguna pakai ke atas semua watak.

Pemain veteran akan sedar beberapa pelarasan penting pada pilihan stance biasanya. Paling ketara, serangan susulan Stealing Home tidak lagi menembusi tubuh lawan apabila hit.

Pelarasan ini menamatkan keupayaannya untuk menetapkan semula kedudukan di belakang pihak lawan sesuka hati, lantas menggalakkan pemain menggunakannya dengan tujuan yang lebih jelas dalam situasi tekanan.

Pihak pembangun menekankan bahawa perubahan ini bertujuan menghidupkan semula gameplay neutral miliknya:

“Sambil mengekalkan ciri khas watak Bob daripada game terdahulu, kami telah menyemak semula prestasi dan kelakuan pergerakan sedia ada supaya pemain dapat menikmati combat yang lebih dinamik dan agresif dalam TEKKEN 8. ‘Spinner Ball’ juga telah dirombak agar ia dapat diserapkan secara lebih aktif ke dalam gameplay neutral dan combo. Kami berharap pemain veteran dapat merasa keterujaan menemui taktik dan combo baharu, termasuk menyedari kelainan berbanding gaya permainan Bob yang mereka kenali sebelum ini.”

Mudah Dipelajari oleh Pemula, Mempunyai Cukup “Depth“ untuk Pemain Pro

Dalam gambaran keseluruhan Season Pass (yang mempunyai watak kompleks dan penuh dengan pilihan aksi seperti Kunimitsu bersama watak yang lebih terus-terang), pasukan pembangunan meletakkan Bob sebagai watak all-rounder terunggul.

Digambarkan oleh pembangun sebagai jenis watak “standard dan terbaik dalam kelasnya”, Bob menawarkan toolkit yang stabil dan lengkap dengan serangan poke jarak jauh serta asas yang kukuh, mengelakkannya daripada mudah di-hard-counter dalam matchup yang sukar.

Pemain baharu boleh terus menikmati asas gameplay neutral berkonsepkan ‘batu-gunting-kertas’ Tekken menggunakan serangan asasnya yang ringkas namun berimpak tinggi, manakala pemain kompetitif berpengalaman boleh memanfaatkan stance cancel, input just-frame, dan teknik punish yang tepat.

Apabila ditanya tentang pembangunan untuk arena esports peringkat tinggi, mereka menjelaskan bahawa walaupun setiap watak diuji ketahanannya untuk kesesuaian kejohanan, falsafah rekaan mereka tetap mengutamakan keseronokan yang mudah diakses di samping integriti kompetitif.

Mereka mengaku bahawa pemain hebat sering kali menemui taktik luar jangka dan combo baharu yang melangkaui rancangan pihak pembangun sebaik sahaja watak tersebut dilancarkan secara rasmi.

Bagi mengekalkan keseimbangan berterusan, pihak studio akan sentiasa menilai data perlawanan kompetitif, keputusan kejohanan, serta maklum balas terus daripada komuniti melalui TEKKEN DEV FEEDBACK PORTAL, bagi memastikan Bob kekal sebagai watak yang seimbang dan dinamik untuk semua peringkat kemahiran pemain.

Tags: interviuTekken 8
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
[Khabar Angin] Spider-Man Tobey Maguire, Wolverine & Deadpool Akan Muncul Dalam Avengers: Doomsday
Khabar angin

[Khabar Angin] Spider-Man Tobey Maguire, Wolverine & Deadpool Akan Muncul Dalam Avengers: Doomsday

August 19, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd