Dua tahun selepas menamatkan manga My Hero Academia, pencipta Kohei Horikoshi telah kembali ke halaman majalah Weekly Shonen Jump. Diterbitkan semalam, karya terbaharu beliau merupakan sebuah manga one-shot seram setebal 61 muka surat bertajuk Quit Laughing, Shijima (dikenali di Jepun sebagai Warawanaide yo, Shijima-san).
Berlatarkan sebuah pekan tepi pantai, ceritanya mengisahkan seorang pelajar lelaki bernama Azumi. Dia mula tertarik kepada Shijima, seorang gadis periang yang sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana gelak tawanya yang menceriakan.
Namun di sebalik kedamaian ini, wujudnya satu ancaman menakutkan yang bersembunyi di perairan pekan tersebut. Seekor dewa laut purba (yang hanya dapat dilihat oleh Azumi) memerlukan korban manusia, dan Shijima telah dipilih sebagai mangsa seterusnya. Sedar akan bahaya itu, Azumi bertekad untuk mematahkan tradisi gelap pekan tersebut dan menyelamatkan Shijima dengan apa cara sekalipun.

Bagi pembaca manga di Malaysia, anda boleh membaca Quit Laughing, Shijima secara digital dan percuma menggunakan aplikasi serta laman web rasmi Manga Plus.
Walaupun karya ini dikeluarkan sebagai cerita one-shot sahaja, keunikan latar dan rekaan wataknya telah pun menimbulkan spekulasi di kalangan peminat bahawa Shueisha mungkin akan mengembangkannya menjadi sebuah siri pada masa hadapan.

![[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Hiroaki-Nagashima-TOEI_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Bukan Isekai Biasa! Bagaimana Creator Chronicles Mengaburkan Dunia Realiti & Maya](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Creator-Chronicles_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Usaha Sedekad Mengangkat Game Indie, Itulah Misi Isabella Seo Jungsook](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Isabella-Seo-Jungsook_BIC_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post