Cheating ataupun hacking dalam Tournament adalah satu perkara yang sangat berdosa dan bukan satu benda yang boleh main secara “suka-suka” terutamanya lagi dalam Tournament yang besar lagi grand. Dan kau decide nak cheat dimata dunia yang tentang memerhati korang, bad idea hombre jadi saya nak kumpulkan 5 pemain yang didapati menipu dalam tourament/streaming.
5. KiD x – Overwatch
Overwatch adalaha satu game yang berjaya dalam dunia game sejak pelancarannya, yang berjaya mencatat lebih 15 Juta pemain yang jatuh cinta dengan game multiplayer itu. Game itu juga sangat kompetetif yang ramai pemain sanggup buat apa sahaja asalkan mereka menang walaupun melibatkan penipuan dalam match. Ada satu kes yang streamer dari Korean iaitu KiD x yang selalu stream dia main Overwatch dan ada satu kes yang dia menggunakan “Aimbot” yang obvious sangat, dia kena ban.
4. SF, KQLY, & SMN – Counter Strike: Global Offensive
Pada tahun 2014, satu tournament di DreamHack yang melibatkan KQLY, SF dan SMN yang terlibat dalam satu kes yang mengenakan KQLY dikeluarkan dari pasukan Titan, SF pula dikeluarkan dari Epsilon Esports dan SMN dari pasukan ALTERNATE aTTaX. Mereka bertiga yang telah mendapat VAC ban yang sangat lama, ianya sehingga di mendapat perhatian media yang mengatakan mereka menipu dan merosakan career mereka.
3. Flex – Counter Strike: Global Offensive
Flex yang hanya stand-in untuk pasukan ESP yang mereka berlawan dengan Grandpa Berets dan ketika dalam match tersebut, Flex yang sedang control game itu tiba-tiba dia kena ban dari ESEA ketika dalam perlawanan tersebut. Flex yang mengaku dia menggunakan cheat di server ESEA beberapa minggu lepas dan akhirnya dia kena ban sepanjang dalam match dan kebanyakan tournament lain juga ban dia.
2. Cuhris, Liammm, DevowR, Tefl0n dan lagi 12 Pro Player lain. – PUBG
PUBG yang mengambil serius tentang penipuan dalam PUBG yang mahukan permainan yang bersih dan mengenakan anti-cheat yang kuat lagi utuh, dan ada satu update yang PUBG telah memperkuatkan lagi anti-cheat dalam game itu yang mendapat BANYAK nama naik yang didapati menggunakan cheat dalam career mereka, 4 pemain iaitu Cuhris, Liammm, DevowR, Tefl0n yang dikenakan 3 tahun ban kerana menggunakan aimbot dan radar rack, mana kala lagi 12 pro player lain seperti PlayerJones, TEXQS, Cageman dan banyak lagi dikenakan hukuman yang lain.
1. Forsaken aka Word.exe – Counter Strike: Global Offensive.
Player in question tersebut adalah dari team OpTic India iaitu Nikhil “Forsaken” Kumawat. Dia kantoi masa match dengan team Revolution dari Vietnam. Diorang ni tengah bertanding kat Extremeland Zowie Asia Tournament kat Shanghai. Yang tak boleh terima adalah ini bukan kali pertama dia menipu dalam kejohanan, sebelum ini dia menipu di ESL India Premiership yang dimenangi oleh OpTic India iaitu bekas pasukan mereka. Dengan kes itu, Forsaken yang dikenakan gantung selama 5 tahun dari menyertai mana-mana pertandingan.
The exact moment when admins at #eXTREMESLAND2018 caught forsaken and he attempted to delete the hack pic.twitter.com/rZG7aYBdbD
— CSGO2ASIA (@CSGO2ASIA) October 19, 2018
Jadi apa yang kita belajar kat sini? Jadi menipu dalam Tournament ataupun streaming, nanti kena tembak dengan geng bawang internet. Ingat bukan malu je dapat, feymes dalam internet pun sama. Banyak lagi saya nak bukak tapi kita tutup sampai sini je eh. 🐸☕️
@gamersantaimy
Discussion about this post