Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2026
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas juara WWE dan bintang Hollywood, Dave Bautista, telah dipilih untuk memegang watak Kratos dalam siri live-action God of War yang bakal ditayangkan di Prime Video, menurut Variety. Beliau menggantikan pelakon Ryan Hurst yang terpaksa berundur selepas mengalami kecederaan parah di set penggambaran.

https://twitter.com/Variety/status/2090560255885283370

Pertukaran ini berlaku selepas Hurst mengalami kecederaan koyak otot bisep ketika melakonkan aksi lagak ngeri untuk siri tersebut. Disebabkan tempoh pemulihan memakan masa lama, pihak Amazon MGM Studios dan Sony Pictures Television mengambil keputusan untuk mencari pelakon baharu bagi watak ikonik itu daripada menangguhkan keseluruhan jadual penggambaran.

Bautista cukup terkenal dengan wataknya sebagai Drax the Destroyer dalam filem Marvel, Guardians of the Galaxy, serta penampilan dalam Dune dan Blade Runner 2049. Walaupun pelakon berusia 57 tahun itu pernah mencuri tumpuan pada penghujung 2024 kerana mengurangkan berat badan sekitar 34 kg (75 paun) demi watak-watak drama, beliau dijangka akan membina semula otot badannya bagi menampilkan susuk tubuh Kratos yang sasa.

Adaptasi live-action ini diarahkan oleh showrunner terkenal, Ronald D. Moore (Battlestar Galactica, Outlander), dan telah pun mendapat kelulusan untuk dua musim.

Daripada memulakan kisah Kratos di era Yunani purba, siri televisyen ini mengadaptasi jalan cerita daripada saga Norse tahun 2018. Kisahnya berkisar tentang Kratos bersama anak lelakinya, Atreus (dilakonkan oleh Callum Vinson), yang memulakan pengembaraan berbahaya di Nine Realms demi menunaikan hajat menabur abu mayat mendiang isteri serta ibu mereka, Faye.

Selain Bautista dan Vinson, barisan pelakon turut menampilkan nama-nama hebat lain seperti Mandy Patinkin (Homeland) sebagai Odin dan Ólafur Darri Ólafsson sebagai Thor.

God of War is coming. pic.twitter.com/GzbyutRO2k

— Prime Video (@PrimeVideo) December 14, 2022

Siri God of War akan ditayangkan secara eksklusif di Prime Video Malaysia. Tarikh tayangan rasminya bagaimanapun masih belum diumumkan.

Tags: Dave BautistaGod Of War
ShareTweetSend
Previous Post

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Reviu Metal Gear Solid: Master Collection Vol.2 – Pakej Berbaloi Buat Peminat Tegar Atau Sekadar Nostalgia?
Review

Reviu Metal Gear Solid: Master Collection Vol.2 – Pakej Berbaloi Buat Peminat Tegar Atau Sekadar Nostalgia?

Borderlands 4 – Story Pack 2 Akan Tampilkan FL4K, Vault Hunter Baru & Bounty Pack 5 Pada 10 September 2026
DLC

Borderlands 4 – Story Pack 2 Akan Tampilkan FL4K, Vault Hunter Baru & Bounty Pack 5 Pada 10 September 2026

August 21, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd