Game fighting free-to-play, 2XKO, akan menamatkan pembangunan aktif pada penghujung Disember 2026.
Walaupun kemas kini aktif dan seasonal content akan berakhir, game ini tidak akan ditutup sepenuhnya. Riot mengesahkan bahawa server akan kekal beroperasi di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S, membolehkan para pemain bermain secara online mahupun offline.
Riot juga akan memulangkan semula wang bagi setiap pembelian yang dibuat dalam game pada atau sebelum 20 Ogos 2026, di samping membenarkan pemain mengekalkan semua content yang telah dibuka.
2XKO membawa para champion daripada League of Legends ke dalam sebuah fighting game 2v2 tag-team. Game ini dilancarkan melalui PC Early Access pada Oktober 2025 sebelum pelancaran penuh di konsol dan PC pada Januari 2026.
Walaupun mendapat pujian daripada peminat tegar kerana netcode yang lancar, ciri duo-play, serta penambahan roster seperti Akali, Senna, dan Thresh, Riot menjelaskan bahawa game ini berdepan kesukaran dari segi “player retention” jangka panjang.
Mengendalikan sesebuah game live-service memerlukan “player base” aktif yang konsisten dan besar. Menurut Riot, kos berterusan untuk membangunkan content baharu jauh melebihi pendapatan yang masuk, membuatkan pembangunan tidak lagi mampan.
Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti, Riot melaksanakan beberapa perubahan yang berkuat kuasa serta-merta:
- Pemulangan Wang: Semua pembelian KO Points dan 2XKO Starter Edition yang dibuat sebelum 20 Ogos akan dipulangkan semula mengikut kaedah pembayaran asal. Pemulangan wang untuk pemain PC akan diproses dalam beberapa minggu akan datang sehingga November, manakala pemain PlayStation dan Xbox akan menerimanya melalui pihak sokongan platform masing-masing.
- Semua Champion Dibuka: Bermula dengan kemas kini seterusnya, setiap champion dalam roster akan dibuka secara kekal untuk semua pemain tanpa sebarang bayaran.
- Tiada Lagi Microtransaction: Pembelian KO Points menggunakan wang sebenar telah pun dilupuskan. Item avatar, stage, dan kosmetik profil boleh dibuka menggunakan Credits yang diperoleh hanya dengan bermain game.
Riot akan melancarkan baki content yang telah siap sebelum menamatkan fasa pembangunan aktif pada bulan Disember:
- 8 September (Patch 1.3.1):
- Champion Baharu – Lux: Menyertai roster dengan membawakan moveset berasaskan cahaya yang mudah dipelajari dan mesra pemain baharu.
- Perubahan Matchmaking: Mod Ranked akan dialih keluar supaya semua pemain aktif dapat disatukan ke dalam sistem matchmaking Casual berasaskan tahap kemahiran bagi memendekkan masa menunggu.
- Peningkatan Private Lobby: Private lobby mampu menampung sehingga 40 pemain bersama ciri voice chat.
- Ultimate Bundle: Pakej bundle kosmetik pilihan dengan bayaran sekali sahaja yang mengandungi hampir kesemua skin dan finisher yang pernah dikeluarkan setakat ini akan dibuka untuk pemain yang inginkan koleksi lengkap.

- Oktober (Patch 1.3.3):
- Champion Terakhir – Samira: Membuat kemunculan sulung sebagai watak terakhir yang boleh dimainkan, membawakan gaya lawan yang menggabungkan serangan pedang dan dual pistol.

- Disember (Patch 1.3.5):
- Patch terakhir yang memberi tumpuan kepada aspek game balance, pembaikan pepijat, serta kestabilan jangka panjang.








Discussion about this post