Code Vein II bakal menerima expansion pertama pasca-pelancaran, “Mask of Idris,” pada 9 September 2026. Expansion ini akan dilancarkan serentak dengan Update percuma Version 2.0 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Pemain yang memiliki Deluxe atau Ultimate Edition bagi Code Vein II akan menerima DLC ini tanpa sebarang bayaran tambahan, manakala pemilik edisi standard boleh membeli secara berasingan sebaik sahaja ia dikeluarkan.
Selepas pengembaraan merentasi masa dalam kempen utama, Mask of Idris membawa kita ke Forsaken World; sebuah dunia yang tercipta daripada sisa-sisa dan emosi yang hilang akibat perubahan garis masa lampau.
Di dimensi yang retak ini, ada satu pusaran gergasi yang berputar dan menyerap tenaga emosi mentah daripada era masa lalu dan masa kini, yang sekarang mengancam untuk memberi kesan kepada dunia nyata. Semasa pemain meneroka lebih jauh ke dalam anomali ruang ini, mereka akan bertemu dengan Liv Voda, seorang penjaga masa dan ruang yang memikat namun bersemangat juang tinggi, yang memainkan peranan penting dalam krisis yang sedang melanda.

Mask of Idris direka sebagai post-game content. Jika anda bercadang untuk terus memulakan jalan cerita baharu pada hari pelancaran, anda perlu memenuhi dua syarat:
- Tamatkan main story dan capai ending “Luna Fraterna”.
- Selesaikan sub-quest bertajuk “Valentin’s Request”.
Pemain yang masih berada dalam playthrough masing-masing mempunyai masa beberapa minggu lagi untuk menyelesaikan objektif ini sebelum DLC dilancarkan pada 9 September.

Walaupun tidak membeli expansion ini serta-merta, semua pemain tetap akan menerima Update percuma Versi 2.0 pada 9 September.
Bandai Namco mengesahkan bahawa update ini membawakan beberapa penambahbaikan quality-of-life, serta kandungan percuma baharu yang membolehkan pemain meneroka dunia selepas kempen secara bebas bersama rakan AI mereka. Pihak studio merancang untuk berkongsi patch note penuh dan ciri-ciri tambahan dalam masa terdekat.

Dilancarkan pada 30 Januari 2026 yang lalu, Code Vein II dibina berasaskan formula soulslike bertema anime daripada game pertama. Pemain mengawal watak Revenant Hunter yang boleh diubah suai sepenuhnya; lengkap dengan pelbagai pilihan gaya, dan Photo Mode khusus.
Gameplay bertumpu kepada manipulasi masa, penggunaan Blood Code, kelengkapan senjata serta gear unik yang dikenali sebagai Jails, dan menyerap darah musuh untuk mengaktifkan pelbagai skill. Sekuel ini turut memperkenalkan Partner System baharu, membolehkan pemain bertukar antara dua gaya lawan berbeza semasa bertarung.








Discussion about this post