Borderlands 3 adalah salah satu game yang tidak dapat dinafikan kemunculannya pada tahun ini dan ia bakal keluar pada 13 September untuk PC, PS4 dan Xbox One. Daripada apa yang kita dapat lihat setakat ini, Gearbox Software masih dalam proses penambahbaikan untuk game tersebut dan kita hanya perlu menunggu dengan sabar sehinggalah bulan September ini. Namun demikian, seorang gamer bernama Trevor Eastman, yang telah didiagnosis dengan penyakit kanser esophageal peringkat 4, perut, dan hati tidak lagi perlu menunggu lama kerana dia akan dapat bermain game Borderlands 3 dengan lebih awal.
Eastman menulis di Reddit Borderlands kira-kira sebulan yang lalu, menjelaskan keadaannya dan bagaimana dia telah menjadi “peminat Borderlands untuk masa yang lama sehingga sekarang.” Dia bertanya sama ada sesiapa boleh mencari jalan untuk dia dapat bermain dengan lebih awal , dan nampaknya fanbase Borderlands 3 tidak mengecewakan. Dia baru-baru ini memaparkan kemaskini yang mengesahkan bahawa seseorang dari 2K Games telah berhubung dengannya.
Menurut Eastman, wakil dari 2K akan menghantar seseorang ke rumahnya, yang berkemungkinan besar untuk memberikan dia satu salinan permainan. Tidak jelas sama ada game tersebut hanya sementara untuk bermain selama beberapa hari, atau jika Eastman benar-benar disediakan dengan salinan pra-pelancaran awal Borderlands 3. Dia juga berkata terima kasih kepada semua kerana “membuat impian ini menjadi kenyataan”.
Ini bukanlah kali pertama syarikat permainan-permainan gergasi merealisasikan permintaan peminat yang mempunyai sakit tenat. Tahun lepas, Bethesda membenarkan seorang pemain yang mempunyai penyakit terminal bermain Fallout 76 dengan lebih awal malah Nintendo juga membenarkan peminatnya bermain Super Smash Bros. Ultimate seperti demikian. Setiap situasi menunjukkan bagaimana pemain yang bersatu padu dan pengaruh positif games boleh mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan gamers serta syarikat permainan ini.
Sumber: Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post