Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tfue Menggesa FaZe Clan Untuk Lepaskan Kontraknya

Drama pemain Pro Fortnite ini bersambung...

Wakambing by Wakambing
May 23, 2019
in Artikel, Berita, Esports, PC
0 0
0
Tfue Menggesa FaZe Clan Untuk Lepaskan Kontraknya
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau korang ada mengikuti kes mengenai saman-menyaman antara pemain professional Fortnite, Tfue dan pasukan organisasi eSports terkenal, FaZe Clan, kini Tfue membalas semula dengan memberikan penjelasan dari pihaknya dan kenapa dia berbuat demikian. Turner “Tfue” Tenney mengeluarkan video berdurasi dua minit di YouTubenya, di mana dia menggesa FaZe Clan untuk “melepaskan kontrak” yang ditandatangani bersama sejak dia memfailkan tuntutan undang-undang terhadap FaZe.

Tfue memfailkan tuntutan undang-undang terhadap FaZe Clan itu kerana FaZe Clan didakwa membatasi keupayaannya untuk meneruskan kerjaya dan ia telah melanggar undang-undang California. Katanya lagi, dia menandatangani kontrak tiga tahun apabila dia “tidak tahu apa-apa yang lebih baik,” dan setiap kontrak, menurut tuntutan Tfue, FaZe boleh mengambil pendapatannya pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun. Dia juga mengatakan bahawa dia cuba memberikan “keadilan” kepada e-sukan dengan memberitahu bahawa organisasi tidak sepatutnya mengeksploitasi pemain dengan kontrak sebegitu.

By the way we ARE indeed releasing the contract. Just got off the phone with the hirer ups and we're preparing it for you guys now. I have nothing to hide and everything I've said throughout all of this is the truth. We tried for a straight year to come to a new agreement.

— FaZe Banks (@Banks) May 23, 2019

Dia juga mengatakan bahawa dia cuba untuk keluar dari kontraknya “beberapa kali selama berbulan-bulan,” tetapi setelah gagal berbuat demikian, inilah yang perlu dilakukannya. Selepas mendengar rintihan dari pemain itu, pemilik bersama FaZe, Ricky Banks, berkata bahawa organisasi mereka sedang dalam proses untuk melepaskan kontrak Tfue. Malah, beliau juga berkata yang FaZe pernah menawarkan $1 juta setahun tanpa sebarang peratusan yang akan diambil organisasi tersebut. Namun, apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Kita tunggu apa penakhirannya antara kedua-dua belah pihak ini!

Sumber: Faze Banks / Youtube Tfue

Tags: FaZe ClanFortnitekeskontraksamanTfue
Previous Post

Gaming Konsol Android, OUYA Akan Diberhentikan Perkhidmatannya

Next Post

Tinggal Setahun Untuk Hidup, Gamer Ini Diberi Peluang Untuk Bermain Borderlands 3 Lebih Awal

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Tinggal Setahun Untuk Hidup, Gamer Ini Diberi Peluang Untuk Bermain Borderlands 3 Lebih Awal

Tinggal Setahun Untuk Hidup, Gamer Ini Diberi Peluang Untuk Bermain Borderlands 3 Lebih Awal

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd