Dengan menggabungkan processor terbaru AMD Ryzen™ dan graphic NVIDIA GeForce GTX™ pada display warna-warni NanoEdge, muncullah siri baru ASUS TUF Gaming FX505_DU yang menjanjikan pengalaman gaming yang high-performance dan sangat immersive pada harga yang berpatutan!
ASUS TUF Gaming FX505_DU memberi prestasi gaming terbaik untuk kebanyakkan situasi gaming termasuk streaming dan game recording. Selain itu, ia dilengkapi dengan storage SSD, yang membuat game dan aplikasi load dengan kadar lebih laju.
Kualiti rekaan yang teguh.
ASUS TUF Gaming FX505_DU mempunyai dua rekaan menarik yang memberi aura kekuataan dan kuasa. Cover Stealth Black-nya mempamerkan rekaan X dengan sentuhan berus yang sama warna. Design hexagon di bawah badan memberi lebih banyak kestabilan kepada struktur laptop, dan melengkapkan rekaan modern tetapi agresifnya.
Manakala, rekaan di bahagian Keyboard juga menggunakan rekaan X, yang memberi keselasaan dan penampilan clean-cut kepada laptop. Permukaan ASUS TUF Gaming FX505_DU diliputi dengan cover plastik yang juga membuat model ini kelihatan garang dan mewah pada masa yang sama.
Kuasa untuk menguruskan apa-apa saja tugas!
ASUS TUF Gaming FX505_DU dilengkapi bersama GeForce GTX™ 1660 Ti GPU terbaru untuk gaming dan live-stream yang lancar, serta ditambah processor quad core dan eight thread AMD Ryzen 7 yang membuat aktiviti multitasking dan produktiviti setiap hari cepat dan sangat cekap. Dengan gabungan kedua-dua processor ini, memang korang semua siap lah nak uruskan apa-apa hal di luar atau dalam dunia gaming.
Laptop ini juga menggunakan display IPS Level NanoEdge sehingga 120Hz/60Hz untuk pengalaman gaming lancar serta ditambah dengan teknologi wide-view yang memastikan warna konsisten apabila korang melihat skrin daripada sudut yang ekstrem.
ASUS TUF Gaming FX505_DU telah lulus ujian gred militari U.S. bagi mengesyorkan laptop ini mampu bertahan kerosakan kepada situasi seharian yang bahaya seperti laptop terjatuh dan sebagainya. Selain itu, komponen laptop ini masih tersemat dengan kemas walaupun menerima ketukan mengejut atau risiko lain. Ini sangat penting kerana ini menjamin badan laptop boleh melindungi intergriti sistem storage daripada dirosakkan.
Teknologi HyperStrike dilengkapi pada Keyboard RGB.
Keyboard RGB ASUS TUF Gaming FX505_DU membolehkan pengguna memilih efek lighting berbeza untuk keyboard mereka melalui software TUF Aura Core. Laptop TUF Gaming juga menggunakan rekaan keyboard berinspirasi daripada desktop di mana butang “Enter”. “Backspace”, dan “Space” lebih panjang dan lebar untuk kawalan yang lebih tepat.
Di samping itu, keyboard TUF Gaming Laptop juga mempunyai kelebihan lain seperti FN Key Function, rekaan butang WASD yang sangat unik dan direka khas untuk pemain FPS, serta Power Button dan Directional Key bebas untuk mengoptimumkan pengalaman gaming para pengguna.
Rekaan Thermal HyperCool.
ASUS TUF Gaming FX505_DU bukan sahaja menggunakan rekaan dual-fan placement, malah juga mengimplementasikan sistem Anti-Dust Cooling (ADC) yang menggunakan kuasa centrifigal untuk mengeluarkan debu dan habuk keluar daripada badan laptop melalui lorong anti-dust yang boleh dijumpai di hujung kipas untuk memastikan sistem yang lebih tahan lama dan masih tinggi keupayaannya.
Teknologi HyperCool mengandungi “Turbo Mode” yang meningkatkan prestasi cooling laptop. Pengguna boleh menekan FN + F5 untuk bertukar antara mode kipas di mana mode Silent sesuai untuk web browsing dan menguruskan tugas ofis, mode default Balanced membuat sistem menyesuaikan diri kepada kelajuan kipas secara automatik, dan mode Turbo yang meningkatkan kelajuan kipas untuk proses penyejukan sistem yang menyeluruh.
DTS Audio Enhancement
Audio ialah satu-satunya cara untuk benar benar immerse di dalam game. Tempo yang semakin rancak, bunyi kuat yang muncul tiba-tiba dan kejutan bom meletup membenar gamers untuk betul-betul menikmati game mereka bermain.
Tidak kisahlah jika memakai headphone atau internal speaker, ASUS TUF Gaming FX505_DU menggunakan DTS Audio Enhancement untuk membuat para gamers menghayati 7.1-Channel Surround Sound yang immersive. DTS juga menyediakan beberapa mode audio, seperti menambahbaikan efek bunyi pada muzik, movie, atau game untuk membuat ia lebih realistik. Jika pengguna mempunyai pilihan audio mereka sendiri, sebuah equalizer yang boleh diubah mampu memuaskan telinga yang memilih ini.
Konfigurasi I/O bagi para gamers.
ASUS TUF Gaming FX505_DU ada pelbagai port I/O termasuk satu port USB 2 Gen 1 Type-A dan dua port USB 3.1 Gen 1 Type-A untuk perisian gaming pengguna serta HDMI 2 untuk menyambung ke external display. Setiap port terletak pada bahagian kiri laptop, jadi tiada gangguan untuk gamers apabila bermain game.
Wi-Fi yang lebih pantas dan lebih luas coverage bersama Intel 802.11ac Wave 2!
Sebagai salah satu standard Wi-Fi terpantas di dunia kini, Intel 802.11ac Wave 2 mempunyai data transfer rate setinggi 1.7Gbps! Ini 12X lebih laju berbanding baseline 802.11b/g/n. Tambahan pula, konfigurasi 2×2 MIMO memberi 30% lebih besar coverage dengan setup 1×1. Korang boleh je stream filem kegemaran anda dalam high-resolution atau bermain online tanpa perlu risau tentang masalah connection atau internet spike walaupun FX505 jauh daripada router.
Kesimpulan
ASUS TUF Gaming FX505_DU memang ialah gaming laptop terbaik abad ini! Dengan spesifikasi seperti ini, sesiapa pun pasti akan terkejut. Itu sahaja untuk review kami tentang FX505Du. Dengan harga RM3,499, laptop ini disertakan sekali bersama TUF Gaming Backpack dan dua tahun Global Warranty. Korang boleh layari laman web rasmi ASUS untuk maklumat lanjut dan di mana untuk membeli laptop hebat ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post