Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiket TableCon Quest 2024 Kini Dijual – Menyeru Semua Peminat Permainan Tabletop!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 9, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tabletop
0 0
0
Tiket TableCon Quest 2024 Kini Dijual – Menyeru Semua Peminat Permainan Tabletop!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiket untuk TableCon Quest 2024, acara konvensyen permainan tabletop akan datang di Singapura, kini tersedia untuk dibeli. Diumumkan di media sosial, kini anda boleh membeli tiket untuk TableCon Quest 2024 di laman web rasmi bermula dengan harga bermula SGD$12.

Tiket akan dijual mulai sekarang hingga 7 malam pada tarikh acara 22 Jun dan 23 Jun 2024. Selain itu, Pek VIP hanya tersedia untuk beli sehingga 22 Jun 2024, jam 7 malam, atau sementara stok masih ada.

Pilihan tiket adalah seperti berikut:

  • Kemasukan 1 Hari – 22 Jun (Sabtu)
    • SGD$12 + Yuran SGD$1.56
  • Kemasukan 1 Hari – 23 Jun (Ahad)
    • SGD$12 + Yuran SGD$1.56
  • Pek VIP
    • SGD$100.00+ Yuran SGD$5.56

Selain daripada tiket masuk, anda juga boleh “add-on” untuk pelbagai Sesi Permainan, di mana selepas pembelian, anda akan menerima tiket melalui e-mel untuk gerai atau meja sesi permainan tersebut semasa hari acara.

Pilihan add-on termasuk:

  • Dungeons & Dragons Beginner Session
    • SGD$20.00 + Yuran SGD$1.92
  • TableCon Quest Cat Painting
    • SGD$20.00 + Yuran SGD$1.92

Jika anda seorang pelajar yang ingin menyertai konvensyen, anda boleh mendapatkan diskaun pelajar sebanyak 50% dengan menghantar e-mel foto ID pelajar anda ke emel [email protected] dengan nama dan tarikh lahir anda. Selepas pengesahan, anda akan menerima e-mel dengan kod diskaun, yang sah untuk pembelian sehingga 5 tiket.

Setiap e-mel boleh membeli sehingga 10 tiket dan untuk kumpulan yang lebih besar daripada 10, anda boleh menghubungi emel [email protected].

Tentang TableCon Quest

Kredit: © Eliphant Pte Ltd.

TableCon Quest ialah konvensyen tabletop selama dua hari yang akan diadakan di Suntec Convention Hall 403, Singapura, pada 22 Jun dan 23 Jun 2024, dari 10 pagi hingga 8 pagi untuk kedua-dua hari.

Kredit: © Eliphant Pte Ltd.

Acara ini dianjurkan oleh Eliphant, penganjur GameStart Asia, acara gaming utama di Singapura dari 2014 hingga 2019, dan Genesis Frontier, pengedar rasmi permainan kad Jepun yang popular di Asia, seperti Cardfight!! Vanguard.

Kredit: © Eliphant Pte Ltd.

Semasa acara itu, peserta dapat mengambil bahagian dalam pelbagai sesi permainan papan, dan mengalami “tabletop gaming” sama ada sebagai peminat berpengalaman atau pendatang baru. Pelbagai demo permainan papan terkini dan menarik juga akan disediakan melalui pelbagai pameran peserta.

Lebih banyak pengumuman akan didedahkan, jadi mereka yang berminat untuk mengikuti acara itu boleh melihat laman web rasmi mereka, Facebook dan Instagram.

Tags: TableCon Quest 2024Tabletop
ShareTweetSend
Previous Post

Gundam Breaker 4 Akan Lancar 29 Ogos – Gameplay didedahkan!

Next Post

Sonic Rumble Diumumkan Untuk iOS & Android – Game Battle Royale Di Dunia Sonic!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Sonic Rumble Diumumkan Untuk iOS & Android – Game Battle Royale Di Dunia Sonic!

Sonic Rumble Diumumkan Untuk iOS & Android – Game Battle Royale Di Dunia Sonic!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd