Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TableCon Quest 2024 Bakal Berlangsung Pada Jun Ini di Singapura!

Maira by Maira
April 8, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Game, Pameran/Expo, Tabletop
0 0
0
TableCon Quest 2024 Bakal Berlangsung Pada Jun Ini di Singapura!
Share on FacebookShare on Twitter

Melihat populariti game Tabletop semakin meningkat secara global dan rantau Asia Tenggara, penganjur Eliphant bersama Genesis Frontier akan mengadakan sebuah acara yang dipanggil TableCon Quest 2024. Acara ini akan menjadi satu acara tahunan baru di Singapura. Kami pasti ramai peminat game Tabletop ingin menghadirinya. Jom kita lihat lebih lanjut mengenai acara ini.

© Eliphant Pte Ltd.

“Sebagai pemain tabletop, kami telah melihat peningkatan minat di peringkat global dan tempatan, kerana orang ramai cenderung kepada lebih banyak aktiviti bersemuka dan interaksi sosial. Kepelbagaian kandungan yang tersedia juga meluas dan boleh memenuhi keperluan kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan dan banyak lagi. TableCon Quest menyasarkan untuk menjadi acara untuk sesiapa sahaja yang ingin berseronok di sekeliling meja, dengan rakan-rakan, atau ingin mencari rakan baharu yang boleh mereka mainkan.

Akan ada pelbagai sesi game, aktiviti dan demo untuk dicuba oleh orang ramai, dan pentas aktiviti dan ceramah untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang industri ini.” kata Elicia Lee, co-founder dan pengarah urusan Eliphant Pte Ltd.

Elicia Lee, co-founder dan pengarah urusan Eliphant Pte Ltd.

Untuk pengetahuan anda, TableCon Quest 2024 akan berlangsung pada 22 dan 23 Jun 2024 di Suntec Convention Hall, Singapura. Kalau anda ingin sertainya, anda perlu membeli tiket yang akan dijual tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat mengenai harga tiket dan kelebihan yang anda boleh dapatkan.

  • 1 Day Entry — SGD 12
    • Diskaun 50% tiket 1 Day kepada:
      • Pelajar (muat naik pas pelajar dan lakukan pengesahan di pintu)
      • Ahli dan tetamu SGGA — rakan Industry Day, sekolah
      • Ahli BushiNavi (peluang mendapat kad promo eksklusif acara)
  • Gamer Pack — SGD 50
    • Kemasukan 2 hari
    • 2 sesi game (boleh pilih game yang didaftarkan)
    • 3x sewaan game library (bernilai $15)
    • Item eksklusif acara
  • VIP — SGD 100
    • Kemasukan 2 hari
    • Kemasukan awal pada jam 9 pagi
    • TableCon Quest Playmat (bernilai SGD 20)
    • Sesi mewarna figura TableCon Quest (bernilai SGD 20)
    • 3 sesi game (boleh pilih game yang didaftarkan)
    • 4x sewaan game library (bernilai $20)
© Eliphant Pte Ltd.

Senarai aktiviti yang bakal diadakan

Terdapat pelbagai aktiviti, kejohanan serta pameran yang akan berlangsung. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang anda boleh sertai di acara nanti:

  • Sesi game (daftar untuk main)
  • Kejohanan
  • Kawasan Open Play
  • Pameran
  • Mewarna figura
  • Zon Indie

Selain itu, ada juga persembahan serta jemputan yang akan menyampaikan persembahan di pentas. Anda juga berpeluang untuk mendengar beberapa perkongsian daripada jemputan terpilih.

© Eliphant Pte Ltd.

SGGA Industry Day

Turut berlangsung di TableCon Quest 2024 adalah SGGA Industry Day. Kalau anda ingin tahu SGGA (Singapore Games Association) merupakan persatuan perdagangan utama untuk industri game Singapura. Misi dan visinya berakar umbi dalam menyokong syarikat gaming yang berpangkalan di Singapura, pencipta game, penyedia perkhidmatan gaming, penerbit dan pelabur.

Sumber: SGGA

Melalui acara ini juga, pelajar, graduan baru dan mereka yang mencari peluang kerjaya baru, boleh melihat segala peluang yang tersedia dalam industri. Terdapat juga pakar dan veteran daripada industri game yang akan dijemput.

Ada banyak lagi pengumuman baharu akan datang mengenai acara ini. Anda boleh lawati laman web rasmi serta akaun media sosial di bawah untuk sebarang pengumuman baru pada masa akan datang.

  • Laman web rasmi
  • Facebook
  • Instagram

Untuk mendapatkan segala berita lain mengenai acara daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: TableCon Quest 2024Tabletop game
ShareTweetSend
Previous Post

Negai no Astro — Manga Terbaharu oleh Pencipta Tokyo Revengers Akan Tiba di Manga Plus!

Next Post

Sudah Tiba Masa Untuk Hasilkan Final Fantasy Tactics Baharu, Menurut Yoshi-P

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Sudah Tiba Masa Untuk Hasilkan Final Fantasy Tactics Baharu, Menurut Yoshi-P

Sudah Tiba Masa Untuk Hasilkan Final Fantasy Tactics Baharu, Menurut Yoshi-P

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd