Hari ini, SEGA telah mengumumkan Sonic Rumble, game battle royale seramai 32 pemain berdasarkan siri Sonic the Hedgehog, yang dibangunkan dengan kerjasama Rovio.
Pengumuman ini disertakan bersama trailer yang anda boleh lihat di bawah:
Walaupun tiada tarikh pelancaran rasmi, tetapi game ini dijangka akan dilancarkan untuk iOS dan Android pada musim sejuk ini (sekitar Disember hingga Mac tahun depan). Ujian beta tertutup akan dijalankan dari 24 hingga 26 Mei, dan bagi sesiapa yang berminat, anda boleh pra-daftar sekarang melalui laman web rasmi.
Game mobile Sonic akan datang ini menjemput pemain untuk memasuki dunia mainan jahat yang dicipta oleh Dr. Eggman. Dalam Sonic Rumble, pemain akan mengawal mainan figura untuk bersaing dalam perlawanan battle royale seramai 32 pemain yang mendebarkan, dengan berlumba sesama sendiri untuk mengumpul cincin terbanyak dan membuktikan diri mereka adalah yang terpantas dalam dunia itu.
Dengan watak ikonik dari universe Sonic the Hedgehog yang tersedia untuk customize, pemain juga boleh mencipta avatar unik mereka sendiri bagi menambah keasyikkan.
Berikut adalah antara watak yang pasti akan muncul dalam game ini:
- Amy Rose
- Big the Cat
- Blaze the Cat
- Charmy Bee
- Cream the Rabbit
- Death Egg Robot
- Dr. Eggman
- Espio the Chameleon
- Jet the Hawk
- Knuckles the Echidna
- Metal Sonic
- Miles “Tails” Prower
- Rouge the Bat
- Shadow the Hedgehog
- Silver the Hedgehog
- Sonic the Hedgehog
- Vector the Crocodile
- Zavok
Sonic Rumble sedang dibangunkan oleh Rovio Entertainment, studio game terkenal dari Finland yang mencipta siri Angry Birds. Syarikat itu dibeli oleh Sega pada 2023, lantas menjadi anak syarikat bahagian Sega Europe. Ini menandakan game pertama yang dikerjakan oleh Rovio berikutan pemerolehan Sega.
SEGA berhasrat untuk mengembangkan lagi jenama Sonic the Hedgehog dalam pasaran mobile gaming menggunakan kepakaran dan pengalaman pemasaran Rovio.
@gamersantaimy
Discussion about this post