Bandai Namco Entertainment Asia hari ini telah melancarkan brain punk action JRPG terbaru mereka, iaitu Scarlet Nexus untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam bermula 25 Jun ini. Pemain kini boleh menyertai barisan Other Suppression Force, iaitu pasukan psionik terbaik yang diketuai oleh Yuito atau Kasane. Pertarungan menggunakan psikokinesik yang mendebarkan dengan perspektif unik kini berada di tangan anda!
Quest untuk “Hidden Codes”, ciri khas yang berkait dengan anime TV Scarlet Nexus.
Quest “Hidden Code” akan diadakan bersempena dengan anime TV Scarlet Nexus yang bakal bersiaran tidak lama lagi di seluruh Asia Tenggara. Sebuah kod untuk memenuhi permintaan Mimi akan tersembunyi dalam setiap episod rancangan anime, dan anda perlu menontonnya untuk mendapatkan kata laluan dalam bentuk teks. Fail rahsia paling tinggi ini ditinggalkan Mimi, jadi pemain perlu mencarinya dan berikan kepada Mutsubi bagi mendapatkan ganjaran in-game. Anime Scarlet akan memiliki 13 episod, jadi pemain perlu membuka 1 quest Hidden Code dari setiap episode.
Untuk pengetahuan anda, Mimi merupakan salah satu watak OSF yang menulis kod untuk dunia anime Scarlet Nexus, tetapi ia tidak akan wujud dari mana-mana bahagian dalam game ataupun anime. Pemain juga perlu mengemaskini game mereka ke versi terkini untuk mendapatkan quest Hidden Code, serta gameplay ini wajib dilengkapkan sehingga Phase 2.
Anime TV Scarlet Nexus akan bermula bersiaran di beberapa platform Asia Tenggara seperti:
- Ani One Asia (Asia Tenggara dan Asia Tengah)
- True Digital (Filipina)
- meWatch dan Catchplay (Singapura)
Scarlet Nexus kini telah pun dilancarkan untuk pemain bermula hari ini! Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh layari laman rasmi game ini, atau ikuti media sosial mereka seperti Facebook dan Instagram. Anda juga boleh membaca ulasan pandangan pertama kami mengenai game ini serta segala liputan berkaitan di pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post