Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI bekerjasama dengan UNIVERSITY e-LEAGUE (UEL) untuk melancarkan MGA UEL VALORANT Series!

Dijemput para pelajar sertai!

Nyny.A by Nyny.A
June 25, 2021
in Acara, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Kejohanan esports, Online Game, Tempatan
0 0
0
MSI bekerjasama dengan UNIVERSITY e-LEAGUE (UEL) untuk melancarkan MGA UEL VALORANT Series!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah mengumumkan pelancaran program perguruan baru-baru ini di Asia Tenggara, MSI juga mengumumkan University e-League (UEL) sebagai rakan kongsi mereka di Malaysia. Kerjasama ini menandakan pelancaran MGA UEL VALORANT Series yang dibawakan khas oleh MSI. Kejohanan ini merupakan litar e-sukan yang menampilkan permainan penembakan VALORANT. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari Julai hingga September 2021. Pendaftaran kini dibuka untuk pelajar peringkat kolej di seluruh Malaysia.

Pemenang MGA UEL VALORANT Series akan mewakili Malaysia di MGA University Championship, sebuah kejohanan anjuran MSI yang juga akan disertai oleh pasukan-pasukan VALORANT peringkat kolej dari negara-negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Indonesia, Singapura, dan Vietnam. MGA University Championship akan berfungsi sebagai program payungan kepada MGA UEL VALORANT Series di Malaysia, sementara pasukan dari negara lain akan melayakkan diri melalui kejohanan tersendiri. 


“Matlamat utama penganjuran MGA UEL VALORANT Series adalah untuk memberi peluang kepada pelajar kolej dan universiti di Malaysia untuk mengambil bahagian secara langsung dalam arena e-sukan. Sebagai peneraju antarabangsa dalam sektor gaming, MSI merupakan salah satu jenama yang paling dipercayai dalam industri gaming dan e-sukan. Kejohanan ini adalah inisiatif kami untuk menyokong para pemain di Asia Tenggara yang bercita-cita tinggi dan secara tidak langsung menyumbang kembali kepada komuniti e-sukan.” kata Henry Chung, Pengarah Urusan di MSI Malaysia.

Selain berpengalaman membekalkan perkakasan gaming berprestasi tinggi selama bertahun-tahun, MSI telah menaja lebih daripada 20 pasukan e-sukan di seluruh dunia dan menjadi tuan rumah kepada kejohanan e-sukan terkenal MSI Masters Gaming Arena (MGA). Secara umumnya, MSI mengambil setiap peluang untuk berinteraksi dan memberi inspirasi kepada gamers untuk merealisasikan impian mereka melalui ketekunan, ketepatan, dan prestasi.

Yong-Chul Yun, Ketua Perkongsian di University e-League mengatakan, “Selain daripada berkongsi minat terhadap VALORANT, MSI juga telah membangunkan sejarah dan hubungan yang luar biasa dalam industri e-sukan. Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang terkenal di pentas antarabangsa dan berkongsi visi progresif untuk memelihara ekosistem e-sukan yang sihat pada semua tahap. Kami berbesar hati untuk menganjurkan MGA UEL VALORANT Series bersama MSI dan berasa sangat teruja untuk membawakan aksi kompetitif VALORANT kepada gamers dan peminat e-sukan di seluruh negara.”

Pendaftaran untuk MGA UEL VALORANT Series yang dibawakan khas oleh MSI kini dibuka sehingga 4 Julai 2021. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web UEL dan para peminat VALORANT digalakkan untuk menyertai kejohanan ini. Para peserta akan bersaing untuk membawa pulang hadiah terkumpul berjumlah RM5,000 dalam dua peringkat kumpulan iaitu Peringkat Kelayakan dan Peringkat Akhir yang akan diadakan dari 17 Julai hingga 12 September 2021.

Untuk maklumat lanjut, mengenai MGA UEL VALORANT Series yang dibawakan khas oleh MSI kepada anda, layari https://www.msi.com/Landing/MGAUniversityChampionship atau @UeLMY di Facebook.

MUAT TURUN DISINI!!!
VALORANT
Release Date: 2020-06-02
Microsoft Windows
VALORANT adalah penembak taktikal berasaskan watak 5v5 bersaing untuk PC, yang kini sedang dibangunkan di Riot Games. Akan dilancarkan di seluruh dunia pada musim panas 2020, VALORANT adalah permainan multiplayer yang tepat dan mematikan dengan pelbagai senjata, agen dengan kebolehan yang unik dan peta yang kompetitif untuk ribuan jam bermain.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MGA UEL VALORANT SeriesMSIUELUniversity e-LeagueVALORANT
Previous Post

Sertai pasukan OSF menentang Other! Scarlet Nexus kini telah rasmi dilancarkan!

Next Post

Macam game Werewolf, tapi versi detektif! Ujian beta tertutup CRIMESIGHT kini di Steam!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Macam game Werewolf, tapi versi detektif! Ujian beta tertutup CRIMESIGHT kini di Steam!

Macam game Werewolf, tapi versi detektif! Ujian beta tertutup CRIMESIGHT kini di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd