Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Serta ujian beta ‘Monster Hunter Now’! Game mobile MonHun tapi gameplay Poke Go!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2023
in Android, Artikel, Augmented reality (AR), Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Serta ujian beta ‘Monster Hunter Now’! Game mobile MonHun tapi gameplay Poke Go!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom dan Niantic Inc (pencipta Pokemon Go) telah mengumumkan Monster Hunter Now, sebuah ‘AR mobile game‘ baharu berdasarkan francais Monster Hunter tetapi dengan gameplay AR lebih kurang sama seperti Pokemon Go di mana pemain boleh memburu raksasa-raksasa ikonik daripada francais memakai telefon pintar mereka. Sempena itu, pemain berpeluang untuk menyertai ujian beta yang bakal diadakan pada minggu depan.

Info lanjut adalah seperti berikut:

Apa itu Monster Hunter Now?

Bagi sesiapa yang berimpian untuk memburu raksasa di dunia nyata, Monster Hunter Now akan menghidupkan fantasi itu. Kita akan mengambil peranan sebagai seorang Hunter, dan harus meneroka serta bekerjasama dengan pemain lain untuk menumpaskan pelbagai raksasa ikonik daripada dunia MonHun. Memandangkan MH Now boleh dimainkan pada telefon pintar, anda boleh menjemput sehingga empat rakan lain untuk menyertai pengembaraan.

Apa yang membezakan game ini daripada Pokemon Go adalah gameplay. Daripada mengumpul raksasa untuk dikawal dan digunakan, sebaliknya gameplay mengharuskan pemain untuk mendapatkan peralatan dan senjata yang lebih baik demi membantu mengalahkan raksasa yang lebih kuat. Aspek ini mereplikasikan semula gameplay asas daripada judul Monster Hunter yang lain.

Memakai telefon pintar, pemain harus mencari raksasa di dunia sebenar dan kemudian melawan raksasa tersebut dalam pertarungan pendek yang berlangsung maksimum 75 saat. Dalam pertempuran, pemain mempunyai beberapa pilihan serangan – di mana semuanya boleh dilaksanakan secara ‘swipe’ atau ‘tap’ pada skrin telefon. Selepas mengalahkan raksasa itu, anda akan memperoleh ganjaran termasuk duit dan sumber.

Sumber ini boleh ditukar atau digunakan untuk mencipta resipi dan memperoleh/mencipta peralatan baharu. Dengan cara ini, pemain boleh menghadapi raksasa yang lebih kuat secara berterusan.

Cara untuk sertai ujian beta

Monster Hunter Now belum lagi tersedia untuk dimuat turun, tetapi anda boleh mendaftarkan diri untuk ujian beta tertutup melalui laman web rasmi. Ujian beta akan tersedia bermula 25 April untuk kedua-dua pemain Android dan iOS. Pemain yang menerima jemputan akan dimaklumkan melalui emel.


Monster Hunter Now dijangka akan keluar pada September 2023 untuk Android dan iOS secara ‘free-to-play’. Baca segala liputan kami tentang francais MH di SINI.

Tags: ARMobileMonster Hunter Now
ShareTweetSend
Previous Post

GeForce Now Kini Tersedia di Malaysia! Harga Langganan Serendah RM 30 Sebulan!

Next Post

EA Sports PGA Tour (PS5) — Ayun Sehingga Masters!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
EA Sports PGA Tour (PS5) — Ayun Sehingga Masters!

EA Sports PGA Tour (PS5) -- Ayun Sehingga Masters!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd