Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GeForce Now Kini Tersedia di Malaysia! Harga Langganan Serendah RM 30 Sebulan!

Maira by Maira
April 18, 2023
in Artikel, Berita, Cloud, Game
0 0
0
GeForce Now Kini Tersedia di Malaysia! Harga Langganan Serendah RM 30 Sebulan!
Share on FacebookShare on Twitter

GeForce Now yang diumumkan pada Disember yang lalu akhirnya tersedia untuk semua gamer Malaysia. Selepas melakukan sesi Beta untuk pelanggan YES, servis cloud gaming itu kini boleh dilanggani oleh semua pengguna tidak kiralah anda pelanggan YES atau pun tidak. Tetapi terdapat perbezaan harga untuk servis GeForce Now ini. Jom kami ceritakan secara ringkas mengenainya.

Melalui laman web rasmi Cloud Gaming, terdapat dua plan yang tersedia untuk anda langgani. Anda boleh rujuk senarai plan bersama harganya di bawah:

  • Standard Annual Plan (secara tahunan)
    • Pelanggan YES 5G: RM300
    • Non-Yes: RM 500
  • Standard Monthly (secara bulanan)
    • Pelanggan Yes 5G: RM 30
    • Non-Yes: RM 50

Banyak juga diskaun yang anda dapat jika melanggan plan GeForce Now secara tahunan. Ia akan menjadi lebih murah jika anda melanggan Yes 5G. Anda boleh lihat lebih lanjut mengenai Yes 5G melalui pautan ini.

Tentang GeForce Now

Ia merupakan servis cloud gaming yang membolehkan anda untuk bermain game yang memerlukan memerlukan sumber hardware yang hebat. Dengan servis ini, anda tidak perlu risau mengenai spesifikasi peranti anda asalkan capaian Internet anda hebat. Ini membolehkan anda untuk bermain game di mana-mana sahaja dengan mudah.

GeForce Now yang dibawa oleh Yes ini dapat menghubungkan banyak platform game yang popular seperti Steam, Epic Games Store dan Ubisoft untuk membolehkan para pengguna mengakses secara terus game yang dimiliki tanpa membeli game itu semula.

Lebih daripada 1500 game boleh diakses melalui GeForce Now termasuk Cyberpunk 2077, francais Assassin’s Creed, Destiny 2 dan lebih daripada 80 game percuma turut disediakan termasuk Fortnite dan Genshin Impact.

Alang-alang GeForce Now sudah tersedia di Malaysia, bolehlah anda mencubanya sekarang. Tidaklah berhabuk lagi game yang anda beli itu. Jika game yang anda beli tiada dalam senarai GeForce Now, jangan risau kerana banyak lagi game baru akan ditambah. Ada kemungkinan besar game anda itu akan ditambah kelak.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai servis cloud gaming ini daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GeForce NowGeForce Now YesNVIDIA GeForce NOW
ShareTweetSend
Previous Post

Pengarah Halo sertai Netflix, ingin bangun game AAA di ‘multiplatform’

Next Post

Serta ujian beta ‘Monster Hunter Now’! Game mobile MonHun tapi gameplay Poke Go!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Serta ujian beta ‘Monster Hunter Now’! Game mobile MonHun tapi gameplay Poke Go!

Serta ujian beta 'Monster Hunter Now'! Game mobile MonHun tapi gameplay Poke Go!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd