Barret Wallace adalah lelaki yang besar dengan hati yang lebih besar. Bersama personanya yang “kuat dan bersemangat”, semua itu dipersembahkan oleh John Eric Bentley. Sebagai ketua kepada Avalanche dalam FINAL FANTASY VII REMAKE, dia kembali sekali lagi dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH.
Game terbaru itu mendalami setiap watak dan hubungan mereka berbanding sebelum ini, di mana anda dapat melihat beberapa peristiwa yang membentukkan Barret serta meneroka hubungannya yang semakin akrab dengan Cloud, Tifa dan rakan-rakan yang lain.
Kami baru-baru ini dapat peluang berbual dengan John tentang apa yang ditunjukkan oleh Barret dalam game terbaru, dan pengalamannya dengan siri ini secara keseluruhan.
FINAL FANTASY VII REBIRTH memperkenalkan dinamik dan hubungan baharu antara watak. Bagaimanakah anda menguruskan interaksi Barret dengan rakan-rakan lain dan adakah mana-mana hubungan ini mengejutkan anda semasa proses rakaman?
John Eric Bentley: Saya selalu kata bahawa peranan Barret adalah seperti seorang point guard dalam bola keranjang, atau quarterback dalam bola sepak Amerika.
Begitu banyak tindakan dan begitu banyak orang berkaitan di sekeliling. Pemimpin Avalanche mestilah seorang askar dan komander yang bersedia untuk mengambil tindakan. Lebih penting lagi, dia harus mempunyai hubungan yang kukuh, dan menjadi kawan dan sahabat yang boleh dipercayai.
Apabila berinteraksi dengan orang lain di luar parti utama, dia mempamerkan hatinya (dan kata-kata) di luar untuk dilihat oleh semua orang. Dia setia dan cepat memerhati dan agak berwaspada.
Satu hubungan yang membuatkan saya terkejut ialah dengan Cait Sith. Saya seronok merakam reaksi pertama mereka antara satu sama lain, melalui dinamik sepanjang perjalanan mereka. Dialog menyeronokkan, dan ia menggembirakan dapat benar-benar bertemu dan meluangkan masa dengan Paul Tinto, pelakon suara watak itu.
Barret mempunyai latar belakang unik yang melibatkan kemusnahan kampung halamannya dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH. Bagaimanakah anda menyalurkan kemarahan dan kesedihannya ke dalam penggambaran watak itu?
John Eric Bentley: Saya rasa kemusnahan dan kemerosotan yang berlaku di Corel… daripada bekerja di lombong, penemuan Mako dan ketamakan yang diciptanya, kesakitan kehilangan orang tersayang, dan banyak lagi… dikaitkan dengan banyak emosi!
Terdapat juga gejala yang berlaku kerana emosi itu, salah satunya adalah ketakutan. Walau bagaimanapun, saya mahu peminat FF7 supaya tidak melihat Barret hanya sebagai seorang yang pemarah, tetapi seorang yang penuh belas kasihan, dengan semangat untuk keadilan, seorang yang mengambil berat tentang manusia dan planet ini.
Saya sendiri suka untuk menaikkan, membina dan menggalakkan orang ramai. Saya cuba hidup setiap hari dengan belas kasihan, empati dan komunikasi yang kukuh untuk orang lain. Jadi melakonkan Barret adalah pengalaman yang hebat kerana ciri-ciri yang serupa itu… pilihan untuk mengambil berat tentang orang lain!
Anda pernah menyebut bahawa salah satu adegan kegemaran adalah tentang Marlene. Hubungan Barret dengan anak perempuannya Marlene adalah aspek utama untuk wataknya. Bagaimanakah anda menyampaikan paras hubungan mereka melalui lakonan suara? Adakah anda membawa sentuhan peribadi kepada watak-watak?
John Eric Bentley: Daripada semua hubungan yang Barret ada dalam game, hubungan yang dia ada dengan Marlene adalah yang paling istimewa.
Begitu banyak yang terikat. Dia adalah anak perempuan kawan baiknya (banyak yang dipertaruhkan dengan hubungannya bersama Dyne). Dia perlu mendapatkan bantuan dan diberitahu oleh Tifa dan pasukan apa yang perlu dia lakukan untuk membesarkan Marlene.
Saya rasa ada kaitan antara cara dia memandang Tifa dan Marlene sebagai anak perempuan. Dia juga satu-satunya yang dia benar-benar menunjukkan sisi lemah apabila berinteraksi. Senyuman ikhlas Barret dan pandangan mesra akan keluar bila-bila masa Marlene ada!
Saya terbayang anak-anak saya sendiri setiap kali dia ada… walaupun hanya disebut dalam sesi rakaman.
Maka, tamatlah interviu ini dan ribuan terima kasih kepada John Eric Bentley sebagai pelakon suara Inggeris Barret Wallace kerana sudi menjawab soalan kami. Bagi mereka yang berminat, FINAL FANTASY VII REBIRTH kini tersedia untuk PlayStation 5.
@gamersantaimy
Discussion about this post