Kini di Hashira Training Arc, episod terbaru untuk anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Musim 4 akhirnya mendedahkan kisah tragis Hashira Air, Giyu Tomioka!
Merupakan watak penting dalam anime sejak membantu Tanjiro Kamado dalam musim 1; malangnya, kita tidak dapat belajar banyak tentangnya walaupun sudah bermusim-musim diperkenalkan. Namun, peminat akhirnya boleh belajar tentang asal-usul Giyu dalam Demon Slayer Musim 4 Episod 2.
Rumusan: Para Hashira telah bersetuju dengan rancangan Kagaya Ubuyashiki untuk berlatih sebelum pertarungan terakhir menentang Muzan Kibutsuji, tetapi Giyu adalah satu-satunya Hashira yang menentang idea itu dan enggan mengambil bahagian.
Ubuyashiki kemudian meminta bantuan protagonis kami, Tanjiro Kamado untuk cuba dan meyakinkan Giyu agar mengambil bahagian dalam latihan. Di bawah desakan Tanjiro yang berterusan, Giyu akhirnya mengaku mengapa dia tidak ingin mengambil bahagian.
AMARAN! SPOILER UNTUK DEMON SLAYER MUSIM 4 DI BAWAH!!
Giyu dibesarkan bersama kakaknya, Tsutako Tomioka, tetapi semasa masih kanak-kanak, kakaknya mengorbankan diri untuk melindungi Giyu daripada iblis.
Selepas kematian Tsutako, Giyu cuba memberitahu orang lain bahawa kakanya telah dibunuh oleh iblis, namun, dilabel sebagai sakit mental dan dihantar ke salah seorang saudaranya. Giyu melarikan diri dalam perjalanan ke sana dan hampir mati di atas gunung, tetapi dia diselamatkan oleh seorang pemburu, lalu berada di bawah jagaan dan bimbingan Sakonji Urokodaki.
Giyu berumur 13 tahun ketika dia bertemu Sabito (salah seorang roh yang membantu Tanjiro berlatih semasa musim pertama) semasa berlatih di bawah Sakonji, dan mereka menjadi kawan baik kerana berkongsi masa lalu dan umur yang sama.
Bersama, mereka memasuki ujian Final Selection di Gunung Fujikasane. Semuanya tidak berjalan lancar, dan Giyu cedera selepas diserang oleh iblis. Diselamatkan oleh Sabito, Giyu, yang cedera, dihantar ke jagaan calon lain. Tidak enggan putus asa, Giyu cuba untuk mengejar Sabito tetapi tiba-tiba rebah.
Giyu akhirnya bangun seminggu kemudian, dan mendapat tahu bahawa dia lulus ujian Final Selection. Malangnya, rakan baiknya Sabito adalah satu-satunya calon yang mati dalam ujian itu, walaupun berjaya membunuh hampir setiap iblis di gunung itu, dan menyelamatkan semua calon lain seorang diri.
Dia mempersoalkan bagaimana dia, seseorang yang tidak dapat mengalahkan walaupun satu iblis pun dan terpaksa diselamatkan, boleh lulus ujian tersebut. Oleh itu, dia menganggap dirinya tidak layak mendapat gelaran Hashira Air, dan tidak boleh bersama Hashira yang lain. Malah, dia merasa dirinya tidak layak dalam Demon Slayer Corps.
Tanjiro akhirnya bertanya kepada Giyu sama ada dia akan menurunkan apa yang diamanahkan oleh Sabito. Kata-kata ini menyentuh hati Giyu yang mengimbau kembali satu detik manis bersama Sabito.
Seketika dahulu, Giyu meluahkan niatnya untuk mati. Hal ini menyebabkan Sabito menampar pipinya lalu mengingatkan Giyu tentang pengorbanan kakaknya di mana semua yang dibuat oleh kakaknya akan menjadi sia-sia jika Giyu mati. Sabito memberitahu Giyu supaya tidak mati, dan meneruskan kehidupan yang diberikan oleh kakaknya sehingga diberi kepada insan seterusnya.
Giyu tertanya bagaimana dia boleh melupakan perbualan ini, lalu memohon maaf kepada kakaknya Tsutako, dan Sabito kerana bersikap tidak matang.
@gamersantaimy
Discussion about this post