MIsteri dan tidak banyak yang diketahui, Vincent Valentine merupakan anti-hero kegemaran semua peminat dalam francais FINAL FANTASY. Asalnya boleh dimainkan sebagai watak optional dalam FINAL FANTASY VII original, dia masih muncul di dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH, tetapi bukan watak yang boleh dimainkan tetapi masih cukup penting.
Merupakan bekas Turk dengan sejarah silam yang gelap, rahsia Vincent sebenarnya berkaitan dengan antagonis utama dalam siri FINAL FANTASY VII, iaitu Sephiroth. Cloud dan rakan-rakan lain temui Vincent, yang sedang tidur di dalam keranda di ruang bawah tanah Shinra Mansion, lalu dia menyertai mereka dalam usaha untuk memburu Sephiroth.
Di sini, kami berpeluang bercakap dengan Matthew Mercer, pelakon suara prolifik yang meminjamkan suaranya kepada Vincent Valentine dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH, untuk membincangkan bagaimana dia mempersembahkan watak tersebut.
Vincent Valentine adalah watak yang misteri dan enigma. Bagaimanakah anda menangkap personalitinya yang suram dan latar belakang yang rumit dalam lakonan anda? Adakah anda bermain Dirge of Cerberus: FINAL FANTASY VII untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang watak itu?
Matthew Mercer: Saya memang telah main Dirge of Cerberus, dan siap bermain apabila ia mula-mula keluar lagi!
Bagi saya, meneliti latar belakang Vincent dan mempertimbangkan kisah tragisnya membantu saya mencapai keadaannya, secara emosi, apabila Cloud dan kru pertama kali bertemu dengannya.
Dia jauh lebih berhati-hati, tidak percaya, dan dingin kerana sejarah dan traumanya, jadi saya ingin menandakan titik permulaan itu supaya kita dapat menikmati pembukaan hatinya, secara perlahan-lahan, kepada yang lain melalui game ini dan akan datang.
Memahami dari mana dia berasal, dan ke mana dia harus pergi, membantu saya menepati perasaannya dan suramnya dengan betul.
Dalam game original, Vincent mempunyai pelbagai transformasi untuk Limit Break. Yang mana satu kegemaran anda? Adakah anda mula membayangkan bagaimana bunyinya?
Matthew Mercer: Sukar untuk mengalahkan Chaos, bukan semata-mata kerana jalan cerita, tetapi reka bentuk keseluruhannya memang MENAKJUBKAN. Sekadar melihat apa yang mereka lakukan dengan Galian Beast dalam Rebirth, saya tidak sabar untuk melihat di mana kita akan pergi untuk yang seterusnya. Dan anda boleh yakin saya telah bermain dengan pelbagai jenis bunyi yang mungkin dia ada.
Mengapa anda memilih Sephiroth sebagai cosplay pertama anda? Adakah anda mahu cosplay sebagai Vincent?
Matthew Mercer: Sebahagiannya kerana saya mempunyai keserasian dengan watak itu dan reka bentuknya yang anggun serta peribadinya yang gelap dan jahat.
Saya mahu mencipta semula itu dan menjelmakannya. Maklumlah, ia untuk Halloween pada tahun yang sama FF7 dikeluarkan, dan saya mempunyai sedikit pengalaman dengan kostum berbanding dengan diri saya pada sedekad kemudian.
Saya bersyukur dapat reka semula kostum Sephiroth saya dan menjadikannya lebih mirip dalam fikiran saya. Saya juga perlu mencuba Cloud! Saya ingin cuba cosplay sebagai Vincent suatu masa nanti. Maksud saya… saya kini hampir sesuai dengan usia, hehe.
Adakah anda rasa pengalaman sebagai Dungeon Master membantu anda dalam lakonan suara?
Matthew Mercer: Saya rasa ia pasti membantu!
Dungeon Mastering saya di sekolah menengah yang membantu saya meneroka pelbagai suara, serta berlatih membuat persembahan dan improvisasi perwatakan. Seperti beberapa kaedah latihan, DM boleh menjadi saluran untuk mengasah kraf anda sebagai penghibur.
Ia sama sekali bukan pengganti untuk latihan formal, tetapi ia pastinya tidak mengganggu!
Maka, tamatlah interviu ini dan ribuan terima kasih kepada Matthew Mercer sebagai pelakon suara Inggeris Vincent Valentine kerana sudi menjawab soalan kami. Bagi mereka yang berminat, FINAL FANTASY VII REBIRTH kini tersedia untuk PlayStation 5.
@gamersantaimy
Discussion about this post