Berikutan dengan acara State of Play bulan September, mereka telah umumkan banyak game baru dan salah satunya adalah Rise of the Ronin. Dibangunkan oleh Team Ninja, ia adalah sebuah game action RPG yang membawa anda mengembara sebagai Ronin dan akan dilancarkan pada tahun 2024 secara eksklusif di PS5.
Rise of the Ronin adalah game open-world action RPG yang tertumpu kepada pertempuran dan berlaku di Jepun pada penghujung Edo Period selama 300 tahun atau lebih dikenali sebagai “Bakumatsu”. Game ini akan berlatarkan pada penghujung abad ke-19 semasa Jepun sedang menghadapi masa paling gelap kerana ia bergelut dengan pemerintahnya yang menindas dan dalam masa yang sama penyakit maut menyerang.
Bukan itu sahaja, pengaruh barat juga sangat besar ketika perang saudara dan sekali gus berkecamuk antara “Tokugawa Shogunate” dan “Anti-Shogunate factions.”
Semasa kekacauan itu berlaku, seorang pahlawan yang tidak mempunyai kuasa dan bebas untuk buat pilihan sendiri muncul sebagai Ronin. Dalam game ini, anda akan diberikan satu pengalaman baharu di mana dunia yang diilhamkan dari segi sejarah dan dalam masa yang sama memfokuskan kepada aksi pertempuran yang terkenal dengan pedang Katana dan senapang yang menggambarkan personaliti unik sepanjang game ini dimainkan.
Buat masa sekarang, game ini masih dalam fasa pembangunan dan banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Team Ninja. Mereka telah memulakan projek ini pada tujuh tahun lalu dan sejak itu perkembangan game ini bergerak secara perlahan dan bebas.
Setakat ini, itu sahaja maklumat yang didedahkan dan sudah pasti ramai yang tidak sabar nantikan game ini pada tahun 2024. Anda boleh layan trailer Rise of the Ronin di bawah.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post