Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tekken 8 dedahkan visual next-gen, grafik paling realistik dalam francais

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, PS5
0 0
0
Tekken 8 dedahkan visual next-gen, grafik paling realistik dalam francais
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara State of Play September 2022 hari ini, Bandai Namco Entertainment telah mendedahkan trailer pertama untuk fighting game Tekken 8, yang mempamerkan rakaman visual next-gen secara real-time yang ditangkap daripada gameplay di PS5. Korang boleh tonton trailer ini di bawah:

Bagi mereka yang tidak tahu, Tekken memegang rekod sebagai jalan cerita yang paling lama berjalan dalam mana-mana permainan video. Seperti yang dinyatakan dalam dialog di pengakhiran Tekken 7, sekuel baharu ini akan memfokuskan kepada pertembungan antara bapa dan anak – Kazuya Mishima dan Jin Kazama.

Menurut Katsuhiro Harada, penerbit dan pengarah eksekutif permainan, trailer ini sebenarnya diambil terus dari bahagian tertentu dalam story mode Tekken 8 yang sedang dalam pembikinan. Dalam erti kata lain, semua model watak, latar belakang dan kesan adalah sama seperti apa yang kita dapat lihat dalam permainan.

Walaupun rakaman ini telah ditangkap daripada story mode, ia bukan visual pre-render yang dibuat untuk khas untuk trailer tetapi lebih kepada rakaman real-time, yang berjalan pada 60 bingkai sesaat, sama seperti bagaimana kita mengalami game dalam mod versus battle.

Dalam trailer, anda boleh melihat tahap kualiti dalam model watak yang membezakannya sepenuhnya daripada Tekken 7, dan dalam butiran kecil seperti apabila titisan air mengalir di atas kulit watak.

Selain itu, jika anda memberi perhatian pada latar belakang semasa adegan pertempuran, anda boleh melihat ombak dan puting beliung yang dinamik, kapal tangki besar yang pecah secara beransur-ansur, ribut sangat realistik sehingga anda dapat merasakan tekanan angin, dan ketumpatan hujan.

Ini semua adalah efek next-gen yang kita dapat alami semasa bertarung, khas untuk Tekken 8.

Buat masa ini, Bandai Namco tidak mengumumkan bila Tekken 8 akan dikeluarkan tetapi lebih banyak maklumat dijangka akan diumumkan semasa Tokyo Game Show. Untuk membaca segala liputan kami tentang Tekken, sila tekan pautan ini.

Tags: ps5state of playTekken 8
Previous Post

Theatrhythm Final Bar Line — Game Rhythm Final Fantasy Diumumkan! Akan Hadir 16 Februari 2023!

Next Post

Rise of the Ronin diumumkan, bakal tiba pada tahun 2024 di PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Rise of the Ronin diumumkan, bakal tiba pada tahun 2024 di PS5!

Rise of the Ronin diumumkan, bakal tiba pada tahun 2024 di PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd