Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Studio Yakuza umum game baru Like a Dragon: Ishin! Akan keluar Feb 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Studio Yakuza umum game baru Like a Dragon: Ishin! Akan keluar Feb 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Ryu Ga Gotoku Studio, pemaju di sebalik francais Yakuza, telah mengumumkan game samurai baru penuh aksi, Like a Dragon: Ishin! – yang bakal dilancarkan secara global pada Februari 2023. Secara ringkas, kita harus jadi tokoh revolusi paling terkenal dalam sejarah Jepun dan menamatkan zaman samurai. Berikut adalah trailer rasmi:

Like a Dragon: Ishin ialah game “action-adventure historical thriller” yang ditetapkan pada tahun 1860-an Kyo (versi fiksyen Kyoto). Walaupun game lain menceritakan kisah lebih awal dalam sejarah Jepun, Ishin membolehkan anda mengalami kisah bagaimana era samurai tamat.

Protagonis dalam game, Sakamoto Ryoma, adalah tokoh sejarah sebenar yang ramai kata memain peranan penting semasa menggulingkan shogun dan membawa Jepun ke reformasi radikal.

Like a Dragon: Ishin membawa ramai wajah ikonik untuk menceritakan kisah sejarah epik ini. Peminat serta merta akan mengenali protagonis kami sebagai Kazuma Kiryu daripada entri terdahulu dalam francais. Dalam Ishin, Kiryu akan menjadi muka Sakamoto Ryoma manakala Goro Majima dan watak Yakuza yang lain menyertai Ryoma sebagai kawan atau musuh dalam dunia fiksyen tersebut.

Berkenaan gameplay, Ishin mempunyai 4 gaya pertempuran aka “Killer Style”. Pertama, anda boleh membunuh musuh dengan katana maut menggunakan Swordsman style atau menembak dari juah dengan revolver menggunakan Gunman style. Seterusnya, anda boleh gunakan senapang dan pedang dengan Wild Dancer style. Jika tidak, korang boleh berdepan menggunakan Brawler style.

Bukan itu sahaja, RGG Studio juga masukkan Heat Action (sejenis finisher) yang menjadi sangat ikonik dalam game Yakuza. Untuk Ishin, kita boleh menyeru harimau untuk menyerang musuh, memaksa jeruk ke dalam mulut musuh, gunakan meriam untuk meletupkan musuh, dan lain-lain.

Selain itu, Ishin ialah game pertama dari RGG studio yang dibina menggunakan Unreal Engine 4, untuk membawa kualiti grafik yang lebih realistik pada gameplay.

Like a Dragon: Ishin akan tersedia pada Februari 2023, jadi nantikan banyak lagi info baru dalam masa terdekat! Untuk membaca segala liputan kami tentang siri Like a Dragon, sila tekan pautan ini.

Tags: Like a Dragon: Ishinps5state of play
Previous Post

Rise of the Ronin diumumkan, bakal tiba pada tahun 2024 di PS5!

Next Post

Project Eve kini digelar Stellar Blade, akan tiba di PS5 pada tahun 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Project Eve kini digelar Stellar Blade, akan tiba di PS5 pada tahun 2023!

Project Eve kini digelar Stellar Blade, akan tiba di PS5 pada tahun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd