Ketika ditayangkan pada tahun 2019, The Boys mengubah genre adiwira seratus peratus. Daripada hero yang mulia, ia memaparkan selebriti berkuasa super yang sangat korup dan pentingkan diri, sambil berselindung di sebalik imej korporat yang licik.
Siri ini bukan tentang misi menyelamatkan dunia, ia memfokuskan sisi gelap kemasyhuran dan kuasa, serta apa yang berlaku bila orang yang ada kuasa boleh membuat sesuka hati sambil dunia bersorak untuk mereka.

Season 5 adalah penamat bagi siri ini, di mana kami berpeluang menonton enam episod pertama daripada keseluruhan lapan episod sebelum tayangan perdana pada 8 April 2026. Homelander kini memegang kawalan penuh, bertindak mengikut ego besarnya dan mood yang tidak menentu.
Hughie, Mother’s Milk, dan Frenchie terkurung dalam “Freedom Camp.” Annie pula bergelut untuk mengetuai penentangan terhadap Supes (individu-individu yang mempunyai kuasa), manakala Kimiko tidak dapat dikesan.

Tetapi Butcher kemudian muncul dengan pelan: iaitu satu virus yang boleh menghapuskan Supes sepenuhnya. Ini mencetuskan tindak balas yang mengancam untuk mengubah dunia dan semua orang di dalamnya.
Walaupun kami belum menonton dua episod terakhir, enam episod pertama sudah terasa besar, di mana ia mendesak semua watak dan menyediakan pentas untuk aksi finale pada 20 Mei 2026.
Kisah Setakat Ini

Kalau melihat balik, memang gila apabila melihat betapa banyak yang berubah kepada siri ini dan watak-watak. Pada musim pertama, orang awam benar-benar percaya wira-wira super ini adalah orang baik.
Realitinya, para Supes sangat korup, dilindungi oleh Vought International: syarikat besar yang lebih mementingkan keuntungan daripada membuat perkara yang betul. Selepas seorang Supe membunuh teman wanita Hughie Campbell, dia tertarik masuk ke dalam perang Billy Butcher menentang Vought.
Pada masa yang sama, Annie “Starlight” January menyertai The Seven dan bergelut untuk menjaga moralnya dengan ahli pasukan.

Sepanjang beberapa musim lepas, keadaan bertukar daripada dendam kepada perang politik besar-besaran. Homelander – iaitu muka depan The Seven dan Supe paling kuat- menjadi semakin tidak stabil dan gila kuasa. Pakatan bertukar ganti, dinamik kuasa berubah, dan Soldier Boy diperkenalkan untuk mengacau-bilaukan keadaan.
Pada Season 4, Homelander sudah mengawal kerajaan Amerika Syarikat, lalu memecahbelahkan negara kepada puak-puak huru-hara. Pergaduhan bukan lagi fizikal; ia melibatkan propaganda, undang-undang tentera, dan perebutan kuasa.
Pada penghujung Season 4, negara menjadi kucar-kacir, Vought memegang kawalan penuh, dan dunia berada di ambang diktator Supe sepenuhnya.
Gambaran Musim 5
Menyambung terus selepas pengakhiran Season 4, jalan ceritanya langsung todal boleh dijangka dan asyik bertukar rentak. Tidak seperti musim-musim lepas di mana plotnya kadang-kadang meleret, episod-episod baru ini penuh dengan saspens dan tidak memberi peluang untuk bernafas.

Satu pilihan menarik musim ini adalah betapa lajunya suntingan yang dibuat, melompat dari satu sudut pandangan ke sudut pandangan lain. Ini mengekalkan tenaga dan betul-betul menonjolkan betapa rosak dan kelam-kabutnya dunia sekarang.
Contohnya, ada satu babak kelakar pada awal musim di mana Butcher merentas benua, dan siri ini memotong perjalanan itu dengan beberapa jump cut yang mengejutkan. Ia nampak pelik pada mulanya, tapi masuk akal kerana menyerlahkan betapa besar dan berpecahnya konflik yang sedang berlaku.

Secara keseluruhan, suasana musim ini lebih besar, lebih gila, dan lebih tidak masuk akal dari biasa. Homelander dulu sukar dijangka, tapi sekarang dia betul-betul menganggap dirinya tuhan, dan itu membuatkan perwatakannya sangat menakutkan.
Dulu kita dapat melihat tanda-tanda yang dia hampir gila, tapi sekarang dia tidak cuba sorok atau ragu-ragu dengan diri sendiri lagi. Dia benar-benar percaya yang dia patut mengubah dunia ini mengikut acuannya. Ini menjadikan dia seorang antagonis yang sangat epik.

Walaupun begitu, siri ini ada juga memperlahankan rentak sekali-sekala untuk fokus pada watak sampingan. “Rehat” sebegini sebenarnya membantu mengembangkan cerita dan memberi kesan emosi, bukannya melambatkan aksi. Bila cerita mula rancak balik, aksinya memang padu, dan tekanannya sangat sesuai untuk sebuah musim terakhir.
Butcher membuat beberapa pilihan yang sangat meragukan kali ini, yang menaikkan ketegangan dan betul-betul membuat kita terfikir siapa sebenarnya “orang baik” sekarang ini.
Watak dan Lakonan
Barisan pelakon masih memberikan lakonan terbaik. Frenchie betul-betul menyerlah musim ini; apabila Butcher terlalu taksub hendak menjatuhkan Homelander, Frenchie ambil alih untuk satukan pasukan.
Hughie dan MM masih berkembang sebagai watak, dan kita boleh nampak hal ini dalam babak-babak yang lebih santai. Kimiko sudah ada ‘suara’ baru, yang memberi lapisan baharu kepada wataknya.

Supes di pihak Homelander juga berdepan dengan drama mereka sendiri. The Deep dan Firecracker bertindak balas terhadap kegilaan Homelander dengan cara berbeza; ada yang ikut secara membuta tuli, dan ada yang mula goyah di bawah bulinya.
Soldier Boy kembali, masih kasar dan biadap macam biasa, dan mencuri tumpuan setiap kali muncul di skrin. Watak yang tiada jalan cerita besar pun masih menambah banyak warna pada siri. Ada banyak cameo dan kemunculan kecil yang menghiburkan dan mengingatkan kita betapa rawaknya siri ini.

Satu-satunya kekecewaan di sini ialah Starlight. Dia rasa diketepikan, lebih-lebih lagi bila memikirkan betapa besarnya peranan dia dalam siri spin-off Gen V serta sering disebut oleh watak-watak lain “setiap lima minit”. Namun begitu, seluruh barisan pelakon memberikan yang terbaik ketika watak mereka diuji menjelang penamat siri ini.
Produksi, Visual, dan Aksi
Season 5 seakan filem blockbuster. Pertarungannya kreatif dan brutal, menampilkan kuasa super yang gila serta persekitaran yang musnah. Ia rasa realistik tapi pada masa yang sama, sangat tidak masuk akal.
Kerja kameranya mantap, beralih daripada wide shot yang menunjukkan kemusnahan kepada close-up yang menunjukkan betapa takut atau marahnya watak-watak tersebut.

Kesan khas memang hebat, menggabungkan CGI dan letupan dunia sebenar. Ya, elemen gore sangat melampau, tapi bersebab untuk menunjuk betapa bahayanya sesuatu situasi atau untuk menyampaikan lawak gelap. Sama ada pertarungan brutal atau bangunan runtuh, elemen ini tidak pernah menenggelamkan jalan cerita atau emosi watak.
Anda sentiasa tahu apa yang sedang berlaku, walaupun dalam babak yang paling kelam-kabut.

Reka bentuk set dan rupa keseluruhan juga sangat hebat. Kita dapat melihat semuanya, dari jalanan yang rosak hinggalah ke bilik mesyuarat Vought yang mewah, dan semuanya nampak sangat terperinci. Pencahayaan, bunyi, dan suntingan semuanya bekerjasama untuk menghasilkan babak yang lebih padu.
Pendapat
Kelebihan paling besar musim finale ini ialah lakonannya yang hebat, lawak yang tajam, dan risiko yang sangat tinggi. Dunianya terus berkembang dalam cara yang mengejutkan, dan rentaknya yang laju buat kita senang duduk. Malah, ia menyeimbangkan aksi dengan tema cerita dengan sempurna.

Sebaliknya, rentak penceritaannya agak pelik sikit. Pada awal musim, keadaan jadi agak tergesa-gesa, dan jalan ceritanya kadang-kadang rasa sedikit serabut. Selain itu, ada beberapa watak yang perlukan lebih masa untuk dikembangkan. Tapi sejujurnya, ini cuma aduan kecil.
Jalan ceritanya masih sangat mencengkam, dan tenaga itu selalunya melampaui hal-hal negatif.

Akhir kata, The Boys Season 5 hampir sempurna dari semua sudut. Berdasarkan enam episod pertama ini, kami sendiri tidak sabar untuk lihat bagaimana ia berakhir. Season 5 boleh mula ditonton pada 8 April 2026 di Prime Video.
The Review
The Boys: Season 5
The Boys Season 5 cukup epik dan mendebarkan. Pertembungan antara Homelander yang gila kuasa dan Butcher dipadatkan dengan aksi brutal, serta komedi gelap yang tajam. Walaupun ada sedikit isu pada rentak penceritaan dan kekurangan screen time untuk watak seperti Starlight, lakonan mantap serta plot penuh kejutan menjadikannya sebuah musim yang cemerlang.
PROS
- Babak lawan dan pertarungan super sangat menakjubkan dari segi visual, kreatif, dan cukup brutal untuk buat kita tak senang duduk.
- Watak macam Butcher, Homelander, Frenchie, dan Kimiko mendapat jalan cerita yang kompleks dan berkembang dengan cara yang tak dijangka.
- Siri ini masih kelakar dan berani macam biasa, menampilkan jenaka politik, kritikan media, dan elemen yang sangat tak masuk akal.
- Walaupun kelam-kabut, siri ini terasa hidup dan nyata, dengan watak-watak sampingan menambahkan lagi daya tarikannya.
CONS
- Segelintir watak, terutamanya Starlight, tidak mendapat screen time yang cukup, membuatkan jalan cerita mereka terasa sedikit tidak lengkap.









Discussion about this post