Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Assassination Classroom: Our Time – Kami Bertemu Semula Kelas 3-E Selepas Sedekad!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 6, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
Ulasan Assassination Classroom: Our Time – Kami Bertemu Semula Kelas 3-E Selepas Sedekad!
Share on FacebookShare on Twitter

Menonton Assassination Classroom: Our Time ibarat hadir ke sebuah “majlis reunion”. Pejam celik, sudah sedekad berlalu sejak siri anime asalnya tamat. Filem ini membawa kita semula ke Kelas 3-E untuk mengimbau zaman persekolahan mereka; dan ternyata segala detik gila, lucu, dan menyentuh hati masih ada. Inilah ulasan penuh kami

Kisah Tentang Nilai Didikan, Bukan Misi Membunuh

Sebagai penyegar ingatan, filem ini masih mengekalkan jalan cerita yang sama: Kelas 3-E, iaitu kelas tercorot di Kunugigaoka Junior High School, diberikan misi gila untuk membunuh guru kelas mereka sendiri. Tambah pelik, guru tersebut ialah Koro-sensei… makhluk asing berupa sotong yang dilabel sebagai “makhluk paling berbahaya di Bumi.”

Namun, apa yang membuatkan plot pelik ini sangat berkesan bukanlah misi pembunuhan itu, sebaliknya cara didikan. Menerusi kaedah pengajaran yang pelik, kelakar, tapi penuh kasih sayang, Koro-sensei membantu anak-anak muridnya mengatasi kelemahan diri dan berkembang menjadi manusia yang lebih baik.

Di sebalik semua unsur komedi, cerita ini sebenarnya padat dengan mesej tentang usaha mencari jati diri.

Latar masa filem ini bermula cuma 15 hari sebelum hari pengijazahan. Ia tidak menampilkan satu plot baharu, sebaliknya banyak diceritakan menerusi adegan para pelajar lepak bersama sambil berkongsi memori tentang Koro-sensei.

Sebab itulah ia lebih terasa macam himpunan episod pendek atau video kompilasi berbanding sebuah filem tradisional dengan struktur biasa.

Rindu Suasana Harian Sekolah

Bahagian awal filem ini penuh dengan koleksi kisah slice-of-life pendek yang betul-betul mengembalikan vibe yang kita rindu dari abune asal. Anda akan dapat melihat mereka mengacau Koro-sensei, membantu rakan sekelas berdepan dengan orang yang menjengkelkan, dan berani bersuara melawan pembuli.

Semua ini bukanlah misi untuk menyelamatkan dunia, hanya momen biasa budak sekolah. Tetapi, di situlah letaknya keistimewaan filem ini. Ia berjaya menangkap mood manis pahit pelajar yang meluangkan masa di kelas sebelum hari pengijazahan, bergurau senda, dan terkenang memori indah.

Masuk separuh kedua filem, mood cerita mula berubah rentak. Ia beralih fokus kepada kisah percutian musim sejuk Koro-sensei yang melibatkan empat orang pembunuh upahan. Segmen ini lebih panjang dan menghiburkan, tetapi agak terputus daripada rutin harian pelajar Kelas 3-E. Terus-terang, bahagian ini lebih terasa seperti episod bonus.

Memandangkan filem ini berkonsepkan sambutan ulang tahun ke-10, pertukaran fokus ini rasa agak janggal. Ramai peminat pasti lebih gembira jika masa tayangan itu dimanfaatkan untuk melihat pelajar Kelas 3-E berinteraksi sesama sendiri.

Ke Mana Perginya Watak-watak Utama?

Filem ini wajar dipuji kerana bertindak adil dengan memberi peluang kepada hampir semua pelajar dan guru untuk membuat kemunculan.

Pun begitu, memandangkan penceritaannya asyik melompat-lompat, watak-watak kegemaran ramai seperti Nagisa Shiota, Karma Akabane, dan Kaede Kayano tidak mendapat masa tayangan yang betul-betul fokus dan mendalam.

Selain itu, oleh sebab filem ini terlalu banyak bergantung pada babak flashback, kita kurang mendapat peluang melihat interaksi nyata antara Koro-sensei dan anak-anak muridnya. Perkara ini sedikit sebanyak mengurangkan impak emosi yang sepatutnya boleh dibawa oleh filem ini.

Visual dan Audio Sama Seperti Dulu

Dari segi animasi dan bunyi, semuanya memang ‘perfect’. Gaya visualnya seratus peratus serasi dengan anime asal, muziknya menusuk kalbu, dan kualiti lakonan suaranya kekal mantap seperti biasa. Menontonnya buat kita rasa seolah-olah inilah Assassination Classroom yang kita selalu kenal.

Untuk sebuah filem tribute sebegini, mengekalkan elemen familiar bukanlah satu kelemahan, malah itulah yang kita mahukan. Mereka tidak cuba untuk mengubah apa-apa, sekadar mahu menghidupkan semula anime kegemaran ramai ini.

Pendapat

Jelas sekali Our Time tidak berniat untuk menjadi satu sekuel filem yang gah. Ia lebih tertumpu kepada mengimbau nostalgia dan memberikan satu penutup yang memuaskan.

Dengan mengadaptasi beberapa baki bab manga yang tidak sempat dimasukkan ke dalam siri anime sebelum ini, filem ini memberi satu peluang terakhir untuk peminat meluangkan masa bersama Kelas 3-E.

Assassination Classroom the Movie: Our Time bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 9 April 2026!

The Review

Assassination Classroom: Our Time

8 Score

Assassination Classroom: Our Time tampil sebagai reunion 10 tahun yang penuh nostalgia dan emosi buat peminat. Walaupun formatnya lebih menyerupai kompilasi episod pendek dan separuh kedua lari daripada fokus Kelas 3-E, filem ini cemerlang mengekalkan visual, audio, serta aura siri asalnya. Ia sebuah penutup manis yang wajib ditonton demi mengimbau kenangan indah bersama Koro-sensei.

PROS

  • Berjaya menyentuh emosi dan betul-betul terasa macam sedang berjumpa semula dengan kawan-kawan lama
  • Memberikan vibe yang sama seperti siri asal
  • Format cerita pendeknya sangat mesra penonton dan mudah dilayan, walaupun untuk tontonan santai

CONS

  • Lebih kepada video kompilasi atau himpunan klip berbanding sebuah filem
  • Separuh kedua lari daripada fokus Kelas 3-E, membuatkan keseluruhan plot rasa kurang seimbang

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Assassination Classroom: Our Timereviu
ShareTweetSend
Previous Post

One Piece – Wajah Sebenar Imu Akhirnya Terbongkar!

Next Post

Reviu The Boys: Season 5 (Finale) – Aksi Paling Ganas Sebelum Melabuh Tirai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Reviu The Boys: Season 5 (Finale) – Aksi Paling Ganas Sebelum Melabuh Tirai!

Reviu The Boys: Season 5 (Finale) - Aksi Paling Ganas Sebelum Melabuh Tirai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd