Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Metal Gear Solid: Master Collection Vol.2 – Pakej Berbaloi Buat Peminat Tegar Atau Sekadar Nostalgia?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2026
in 2D/ Pixel, Action, Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Review, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Metal Gear Solid: Master Collection Vol.2 – Pakej Berbaloi Buat Peminat Tegar Atau Sekadar Nostalgia?
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Konami tidak mengeluarkan sebarang game baharu sejak Metal Gear Survive, mereka masih memastikan francais Metal Gear Solid berada dengan tumpuan dengan remake penuh bagi Metal Gear Solid 3: Snake Eater. Kini, Konami meneruskan momentum tersebut dengan Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 2.

Tarikan terbesar kali ini sudah semestinya Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots, sebuah game yang terperangkap secara eksklusif di PlayStation 3 selama hampir dua dekad.

MGS4 bukanlah satu-satunya game di sini. Koleksi ini turut memuatkan Metal Gear Solid: Peace Walker dan Metal Gear: Ghost Babel, menghimpunkan tiga era francais yang sangat berbeza dalam satu pakej. Namun, dengan tumpuan utama terarah kepada MGS4, adakah kandungan selebihnya cukup berbaloi dengan harganya?

Inilah pandangan kami selepas meluangkan masa bersama koleksi ini.

Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots

Mari kita mulakan dengan tarikan utama: Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots, yang asalnya dilancarkan untuk PS3 pada tahun 2008. Sebagai judul utama, ia berfungsi sebagai penutup besar buat kisah Solid Snake, merungkaikan segala plot dan konflik yang terbina sepanjang siri ini.

Dalam babak ini, Snake berdepan dengan masalah “accelerated aging”… sehingga mendapat gelaran “Old Snake”. Dipenuhi momen menyentuh emosi serta penampilan watak-watak yang dikenali, game ini memang direka sebagai grand finale untuk jalan cerita Metal Gear Solid.

Ia turut membawa kemajuan dari segi visual dan combat. Malah sehingga hari ini, MGS4 masih nampak amat mengagumkan bagi sebuah game keluaran 2008. Hideo Kojima memberi penekanan penuh terhadap penceritaan sinematik, menyajikan cutscene yang panjang serta babak naratif yang beralih lancar ke fasa gameplay.

Dari segi mekanik, pemain disajikan dengan formula stealth-action third-person yang sinonim dengan siri ini, di samping pengenalan “Psyche Meter” yang menjejak tahap tekanan fizikal dan mental Old Snake.

Situasi combat yang mencemaskan memberi kesan langsung kepada tubuhnya, mengakibatkan penalti seperti bidikan senjata yang goyah atau sakit pinggang secara tiba-tiba.

Ditambah pula dengan pelbagai gajet menarik dan suasana medan perang yang kucar-kacir, game ini berjaya memberikan perasaan seolah-olah kita benar-benar sedang bertahan hidup di tengah-tengah peperangan sebenar.

Metal Gear Solid: Peace Walker

Seterusnya ialah Metal Gear Solid: Peace Walker, yang mula diperkenalkan pada tahun 2010 dan terhad di platform PlayStation Portable selama bertahun-tahun.

Berlatarkan Costa Rica pada tahun 1974, kisahnya meletakkan semula Big Boss (Naked Snake) sebagai watak utama semasa beliau membina syarikat tentera upahan sendiri, Militaires Sans Frontières (Soldiers Without Borders).

Apa yang membezakan Peace Walker daripada game-game lain ialah mekanik Mother Base. Pengurusan pangkalan di sini bukanlah aktiviti sampingan, malah amat penting kepada keseluruhan pengalaman gameplay.

Kita akan merekrut askar, menaik taraf kelengkapan, dan meluaskan tentera peribadi sebagai persediaan menghadapi jentera perang gergasi kawalan AI, termasuk senjata yang diberi nama Peace Walker seperti nama game tersebut.

Oleh kerana sistem pengurusannya begitu kompleks, Peace Walker terasa seperti dua game dalam satu: gabungan antara aksi stealth-action klasik dan simulasi squad-building yang mengasyikkan.

Koleksi ini turut mengekalkan ciri multiplayer asal melalui mod Co-Ops dan Versus Ops. Mod Co-Op membolehkan kita bekerjasama dengan seorang rakan untuk misi stealth, dan menyokong sehingga skuad empat pemain untuk pertarungan bos kenderaan berat.

Versus Ops pula menawarkan mod kompetitif pelbagai pemain menerusi mod seperti “deathmatch” dan “base capture”. Walaupun kebanyakan pemain mungkin akan menamatkan kempen secara solo pada hari ini, langkah mengekalkan keseluruhan fungsi online wajar dipuji.

Metal Gear: Ghost Babel

Game terakhir yang disertakan ialah Metal Gear: Ghost Babel, yang asalnya dilancarkan untuk Game Boy Color pada tahun 2000. Ia merupakan game pertama dalam siri ini yang dibangunkan khas untuk konsol handheld, yang bermakna ia perlu dibangunkan mengikut batasan perkakasan sebenar.

Walaupun begitu, Konami berjaya memuatkan gameplay Metal Gear klasik ke dalam kartrij mudah alih tersebut, diiringi visual retro yang menawan.

Ramai yang sering tersalah anggap bahawa Ghost Babel hanyalah sebuah port mudah alih yang diringkaskan daripada Metal Gear Solid asal.

Walaupun pada awalnya ia dimulakan sebagai adaptasi MGS versi mudah alih, produk akhir tampil menceritakan kisah tersendiri dalam garis masa alternatif, berlatarkan tiga tahun selepas peristiwa Metal Gear 2: Solid Snake.

Perbezaan itu jelas pada gameplay. Mekaniknya lebih menjurus kepada gaya klasik 2D dari sudut top-down, membahagikan misi mengikut peringkat demi peringkat berbanding rekaan peta bersambung yang ada dalam Metal Gear Solid.

Meskipun menunjuk usia, Ghost Babel mempunyai daya tarikan retro tersendiri yang tidak ada pada dua game lain dalam koleksi ini.

Bagi peminat setia yang gemar jalan cerita, ia merupakan bonus menarik yang berhubung rapat dengan siri klasik 2D berbanding judul-judul utama Solid.

Apa yang Baru dan Apa yang Berubah?

Selain membolehkan tiga judul konsol lama ini dimainkan dengan mudah pada sistem moden, Master Collection Vol.2 memberikan peningkatan taraf remaster standard: resolusi lebih tinggi dan prestasi lebih lancar. Namun, jangan jangkakan sebarang pembaharuan drastik.

Game ini pada dasarnya masih mengekalkan sifat asal, dan ini amat ketara apabila kita bemarin Peace Walker.

Kandungan ekstra digital turut menambah nilai pakej ini. Metal Gear Solid 4 didatangkan dengan Screenplay/Master Book lengkap serta Database penuh. Peace Walker menerima bahan bacaan bonus yang serupa (tanpa pangkalan data). Pemain juga mendapat koleksi runut bunyi jilid kedua yang boleh dinikmati dalam game.

Selain itu, pemain yang mempunyai save data bagi Master Collection Vol. 2 boleh membuka bonus Gold Camouflage dan Uniform dalam kedua-dua game 3D tersebut (walaupun bonus ini tidak dibawa ke Ghost Babel).

Secara keseluruhan, ada banyak kandungan yang memuaskan di sini, dan kehadiran MGS4 sahaja sudah cukup untuk menarik minat ramai peminat. Namun begitu, senarai game ini mempunyai satu kekurangan yang ketara. Mengapa Metal Gear Solid: Portable Ops diketepikan? Memandangkan jalan ceritanya berkait rapat dengan Peace Walker.

Barangkali Konami menyimpannya untuk Volume 3 pada masa hadapan.

Pendapat

Metal Gear Solid: Master Collection Vol.2 menawarkan apa yang dijanjikan. Game berjalan dengan lancar, mudah diakses pada platform moden, dan kandungan digital tambahan merupakan bonus yang dialu-alukan.

Faktor penentu sebenar adalah sama ada anda sanggup membayar untuk judul-judul yang berusia hampir (atau lebih) dua puluh tahun tanpa mengharapkan sebarang remake visual atau gameplay secara besar-besaran.

Jika tiada masalah dengan perkara tersebut, kami mengesyorkan bundle ini; terutamanya kerana Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots akhirnya bebas daripada PlayStation 3 setelah sekian lama. Bagi peminat tegar, itu sahaja menjadikan bundle ini sebagai satu pencapaian yang penting.

Selain MGS4, tawaran selebihnya terasa agak kurang seimbang. Tanpa Portable Ops di samping Peace Walker agak susah untuk diabaikan, manakala Ghost Babel pula lebih kepada bonus retro yang menarik berbanding tarikan jualan utama.

Namun, ia masih menjadi sajian istimewa buat peminat tegar, dan mungkin akan terasa lebih bermakna sekiranya Konami mengeluarkan koleksi khas yang memfokuskan sepenuhnya kepada era klasik 2D francais ini nanti.

Game ini akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch 2, Switch, dan PC (Steam) pada 27 Ogos 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

Metal Gear Solid: Master Collection Vol.2

80% Score

Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 2 merupakan bundle yang sangat disyorkan buat peminat tegar, terutamanya kerana ia akhirnya membebaskan Metal Gear Solid 4 daripada PS3 ke platform moden bersama Peace Walker dan Ghost Babel. Walaupun peningkatan teknikal agak asas, ketiadaan Portable Ops sedikit mengecewakan, dan penggunaan aplikasi berasingan terasa leceh, pakej ini masih berbaloi kerana kesemua game berjalan lancar, masih mengekalkan fungsi online multiplayer, serta dilengkapi pelbagai kandungan bonus digital yang menarik.

PROS

  • Metal Gear Solid 4 akhirnya bebas daripada PS3... tarikan jualan yang sangat besar secara tersendiri
  • Ketiga-tiga game berjalan dengan lancar tanpa memerlukan rombakan visual atau gameplay yang drastik
  • Kandungan digital ekstra yang hebat, terutamanya dengan seluruh database MGS4
  • Metal Gear Solid: Peace Walker masih mengekalkan fungsi online multiplayer
  • Anda mempunyai pilihan untuk membeli game secara berasingan tanpa perlu membayar untuk keseluruhan bundle

CONS

  • Pilihan game selain MGS4 terasa agak terhad, terutamanya tanpa Portable Ops walaupun ia merupakan prekuel kepada Peace Walker
  • Walaupun membeli secara berasingan adalah mudah, pembahagian game kepada aplikasi individu terasa agak leceh; launcher untuk pembeli bundle adalah jauh lebih kemas
  • Peningkatan visual dan quality-of-life agak asas secara keseluruhan

Review Breakdown

  • Rating 0%
Tags: Metal Gear Solid: Master Collection Vol.2
ShareTweetSend
Previous Post

Borderlands 4 – Story Pack 2 Akan Tampilkan FL4K, Vault Hunter Baru & Bounty Pack 5 Pada 10 September 2026

Next Post

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd