Akan dilancarkan pada 10 September 2026, kemas kini terbaharu Borderlands 4 padat dengan pelbagai kandungan menarik; termasuk expansion kedua iaitu Story Pack 2: FL4K and the Last Resort, seorang playable Vault Hunter serba baharu bernama Loveless the Hacker, serta Bounty Pack 5: Amara and the Vile Shadows. Selain DLC berbayar tersebut, semua pemain turut akan menerima kemas kini percuma Version 1.10 yang meningkatkan had level cap maksimum sebanyak 10 level.
Story Pack 2: FL4K and the Last Resort
Story Pack kedua membawa para pemain ke Providence, sebuah pulau peranginan tropika yang bersebelahan gunung berapi aktif. Pulau ini kaya dengan sumber berharga yang dikenali sebagai Ordonite, lantas menarik perhatian korporat Tediore yang kejam.
Dipimpin oleh lima pengurus elit di bawah arahan Lieutenant Harmony, pasukan tentera Tediore telah menceroboh pulau tersebut dan mengubah gunung berapi berkenaan menjadi kubu pangkalan operasi mereka. Pemain akan berganding bahu dengan beastmaster kegemaran ramai, FL4K, untuk mengajar korporat Tediore dan menyelamatkan rakan skag kesayangannya, Mr. Chew.

- Musuh Baharu: Berhadapan askar Tediore berkotak exo-suit yang masih terus melawan walaupun teras biologi mereka sudah ditumpaskan, di samping mecha gergasi yang berupaya memberi buff kepada sekutu serta melakukan digistruct untuk memanggil bantuan bala tentera.
- World Event Gunung Berapi: Gunung berapi aktif ini akan memuntahkan lahar berisi Ordonite ke seluruh peta secara berkala, di mana hentaman batuan cair akan mencetuskan pertembungan miniboss dinamik.
- Mobiliti Tinggi dengan Zipline: Pemain boleh berpaut pada zipline di sekitar hutan untuk meneroka kawasan kanopi pokok, mendapatkan sudut pandangan tinggi, serta menumpaskan musuh dari atas.
- Penyusupan Digiverse: Satu aktiviti baharu yang membolehkan pemain memuat naik diri terus ke dalam server digital Tediore bagi menghapuskan gelombang musuh sebelum mereka sempat menjelma ke dunia sebenar.
- Loot Eksklusif: Bertahan hidup di pulau ini memberi peluang untuk memperoleh dua senjata Pearlescent baharu dan 18 item Legendary gear baharu.
Playable Vault Hunter Baharu: Loveless the Hacker
Turut tiba bersama kandungan jalan cerita ini ialah watak playable terbaharu Borderlands 4, Loveless the Hacker.
Merupakan bekas ejen Anshin yang sekarang bertukar menjadi pembunuh upahan, Loveless dilengkapi dengan pengubahsuaian sibernetik serba canggih. Gameplaynya bertumpu kepada virus digital berakal ciptaannya sendiri, yang berkongsi minda dengannya dan boleh melakukan digistruct menjadi entiti fizikal untuk membantu di medan pertempuran.
- Pembelian Berasingan: Loveless serta set kosmetiknya boleh dibeli secara berasingan sekiranya anda tidak memiliki pakej Story Pack 2. Watak ini juga disertakan dalam Borderlands 4 Super Deluxe Edition dan Vault Hunter Pack.
- Gameplay: Gearbox akan mengadakan siaran langsung khas untuk menjelaskan skill tree dan abilitinya dalam acara Gearbox DevCast pada 3 September 2026.
Bounty Pack 5: Amara and the Vile Shadows
Buat pemain yang meminati cabaran dan naratif endgame, Bounty Pack 5 bakal menggandingkan anda bersama Siren yang hebat, Amara.
Selepas peristiwa di Kairos yang dicetuskan oleh ketibaan bulan Elpis, kestabilan planet tersebut kini semakin runtuh. Amara telah menjejaki gangguan Phase ke sebuah makmal terbengkalai milik Vile Lictor yang dipenuhi dengan Order Synth. Kisah ini menyelami lebih mendalam tentang misteri Siren ketika Amara berdepan risiko hubungannya dengan Phase terputus buat selama-lamanya.

- Misi Boleh Diulang: Teroka semula Elpis dan dimensi Phase menerusi sesi endgame run yang boleh diulang main.
- Bos & Musuh: Menampilkan satu main boss, dua mini-boss baharu, dan variasi musuh Vile yang segar.
- Ganjaran & Gear: Membuka Skin Vault Hunter (boleh digunakan untuk semua watak), kenderaan baharu, skin ECHO-4 Drone, satu senjata Pearlescent baharu, serta enam item Legendary baharu.
- Vault Card 5: Boleh didapati sebagai sebahagian daripada pek ini (atau dibeli berasingan), menawarkan 24 item kosmetik bertemakan era angkasa dan empat item gear yang boleh di-reroll untuk dibuka melalui perkembangan gameplay.
Kemas Kini Versi 1.10 & Perubahan Digital
Dilancarkan pada hari yang sama (10 September), kemas kini percuma Versi 1.10 membawakan pelbagai penambahbaikan sistem dan quality-of-life untuk semua pemain:
- Peningkatan Level Cap: Had level cap maksimum dinaikkan sebanyak 10 level, memberikan pemain lebih banyak skill point untuk mencuba pelbagai character build yang lebih fleksibel.
- Pilihan Pembelian DLC: Bermula dengan kemas kini ini, kandungan daripada Story Pack 1 dan Bounty Pack 2 boleh dibeli secara berasingan. Pemain konsol di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S yang sudah memiliki sebahagian daripada pek ini perlu melayari platform digital masing-masing pada 10 September untuk memuat turun semula fail kandungan yang telah diasingkan tersebut.
Borderlands 4 boleh didapati di Malaysia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam serta Epic Games Store).








Discussion about this post