Sistem gimbal di dalam telefon pintar menjadi sebuah kebanggaan tahun lalu dengan kehadiran vivo X50, memberi pembaharuan kepada tahap yang hebat pada sesebuah telefon pintar. Sekali lagi, vivo secara rasmi melancarkan siri X terbaru dengan kamera yang bersistem gimbal dan membawa lensa ZEISS pada telefon pintarnya, memperkenalkan vivo X60 terbaru yang mengtakrifkan semula fotografi dan memberi kekuatan dalaman yang hebat!
Seperti tahun lalu dengan memberi ciri minimal dan warna matte yang membuat kami tertarik, nampaknya vivo X60 sekali lagi mencuit hati kami dengan reka bentuk, warna, kuasa dalaman dan sudah tentu yang difokuskan pada telefon pintar ini adalah ciri fotografinya. vivo Malaysia telah menghantar sebuah unit X60 Pro dengan RAM sebesar 12+3GB, Memori sehingga 256GB, berwarna Shimmer Blue yang nampak kecomelanya, sangat-sangat ringan kerana hanya 180g, screen memuaskan siap berlekuk lagi, menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 870, kamera semestinya Gimbal dengan lensa ZEISS dan bateri dengan kapasiti 42000mAh!
Maka tanpa melengahkan masa, kali ini kami nak mengongsikan apa yang ada di dalam X60 ini yang pasti anda akan tertarik untuk menjadikannya pilihan anda!
Masa untuk Unboxing dan lihat sendiri reka bentuk vivo X60 Pro!
vivo menghantar kepada kami sebuah kotak yang agak istimewa untuk X60 Pro ini, dengan memberi kad ucapan, dengan pemegang telefon bimbit, lampu led dan kotak vivo X60 Pro sendiri. Di dalam kotak vivo X60 Pro kami mendapat pilihan warna vivo X60 Pro Shimmer Blue, casing telefon, pengecas 44w, dan penyambung usb Type-C.
Reka Bentuk Ultra Ramping – Keindahan Menjadi Ringan
Temui generasi telefon bimbit 5G yang langsing dan ringan. Dengan kenipisan canggih 7.40 mm dan hanya seberat 177 gram untuk siri yang diterima kami, X60 sememangnya sangat ringan. Dengan permukaan buram AG yang memberikan kilauan seperti kain satin, jangan tanya kenapa hati kami sendiri tergoda dengan pilihan warnanya.
Jika mengikuti pilihan dari vivo sendiri, mereka memberi tema “Summer Bloom” pada siri terbaru mereka ini. Terdapat dua pilihan warna yang anda boleh dapatkan iaitu, “Shimmer Blue” yang memberi rasa harapan abadi matahari terbit, dengan warna biru dan ungu lembut yang mengintip kabut pagi; dan juga “Midnight Black”, warna hebat ini menyelubungi anda di langit malam musim panas yang tenang. Rasakan semangat dan semangat yang tersembunyi di dalam tenaga kehidupan.
Sejujurnya pada pandangan pertama saya di vivo X60 Pro ini, saya sangat tertarik dengan warnanya. Warnanya kelihatan begitu halus dan tidak terlalu berkilat dan pegangan yang licin. X60 Pro benar-benar ringan, kadang-kadang saya terasa takut pula jika jatuh secara tidak sengaja. Ia memang sangat nipis, keseluruhannya vivo X60 Pro kelihatan minimalistik!
Baiklah jika dilihat pada sisi telefon pintar ini, anda tidak akan melihat butang di sebelah kiri telefon dan di atas telefon! Manakala, di sebelah kanan terdapat butang volume dan on/off/unlock. Kemudian di bahagian bawahnya terdapat lubang pembesar suara, port USB Type-C dan port kad sim. Serta satu kamera kecil selfie di depan, tetapi tidak terlalu mengganggu skrin utama.
Untuk diingati, X60 tidak mempunyai audio jack port, jadi anda dah bolehlah sediakan penyambung “Type-C to Audio Jack USB” kemudian atau secara langsung membeli earbud TWS dengan sambungan Bluetooth sahaja untuk lebih mudah. Dan terakhir di bahagian belakang. Di bahagian kamera, 3 jenis kamera utama dalam bentuk segi empat panjang, agak terjojol kedepan, tetapi jika anda menggunakan case telefon, ia mestilah selamat dan tidak ketara kejojolanya. Seperti yang saya katakan ia nampak minimal, dengan warna Shimmer Blue, di bahagian belakang hanya terdapat satu logo vivo kecil.
Beralih pada bahagian spesifikasi dan UI!
Seperti yang dinyatakan di atas, versi vivo X60 Pro yang kami terima diberi kuasa Qualcomm Snapdragon 870 yang sememangnya menewaskan pemproses lalu iaitu 865 termasuk boost 10% di prestasi kedua CPU dan GPU siri ini. Ianya juga menyokong dual-mod 5G bagi kegunaan pengguna dalam 5G seharian.
Lebih menarik, vivo x60 Pro yang kami terima mempunyai RAM sebesar 12+3GB! Jangan rasa pelik, 3GB itu adalah teknologi RAM yang dilanjutkan untuk mmberi kelajuan penggunaan aplikasi yang banyak pada satu waktu yang sama dengan penuh kelajuan. Jika anda membeli versi 8GB Ram, ianya juga mempunyai lanjutan 3GB. Manakala untuk memori yang tersedia pada siri yang saya terima adalah 256GB.
Dengan RAM yang besar, Memori dan menggunakan Qualcomm Snapdragon 870, saya menghormati kehebatan telefon pintar ini. Ini kerana dengan memfokuskan pada fotografi, kekuatan sebesar ini sememangnya mencukupi. Tidak perlu terlalu risau jika telefon akan ketinggalan, tidak perlu memikirkan memori yang tidak mencukupi jika anda mengambil video sepanjang hari. Atau jika anda seorang gamers yang lagi memerlukan memori dan kemas kini yang kerap seperti PUBG Mobile, vivo X60 pastinya mempunyai kekuatan dalaman yang memuaskan.
Jadi saya turut menguji sedikit Benchmark menggunakan 3D Mark bagi ketahanan kekuatan X60 Pro ini. Jumlah skor yang diberikan untuk Ujian Tekanan adalah rata-rata dengan skor 4177. Untuk ujian biasa adalah 4192. Oleh itu, kita dapat melihat ketahanan untuk telefon pintar ini sudah cukup hebat tetapi tidaklah begitu sempurna. Semasa saya menjalani ujian tekanan, telefon akan menjadi terlalu panas. Kemudian untuk ujian ini diperlukan sekitar 20 minit, bateri habis sekitar 15% (dari 100% hingga 85%). Anda boleh lihat hasil ujian di tangkapan skrin di bawah;
Okay kita beralih kepada UI pula, ianya nampak ringkas dengan Funtouch OS dan Android 11, tekstur dengan OS terkini mudah untuk pengguna. Kemudian aplikasi untuk X60, lebih dari cukup. Terdapat satu aplikasi yang disebut iManager, ini adalah aplikasi hebat di mana anda dapat boost telefon anda, membersihkan memori, mengimbas keselamatan, mengimbas pengurusan data telefon dll.
Untuk gamer seperti saya, mod permainan Ultra tersedia untuk anda termasuk untuk penggunaan PiP. Dalam mod ini, anda boleh mengatur tetapan biasa, (Tidak seperti aplikasi ROG Phone atau BlackShark la), tetapi anda boleh mengawal beberapa fungsi seperti anda boleh menguruskan mod Esports (di mana semua notifikasi, panggilan masuk akan dinonaktifkan), anda mempunyai kesan suara yang disesuaikan untuk telinga, di mana ia dapat memperibadikan pengalaman audio anda di antara usia anda. Atau anda boleh menggunakan Eagle Eye View Enhancement, di mana anda secara khusus dapat menyesuaikan prestasi permainan anda.
Tetapan lain seperti pengaturan audio, pengaturan tampilan layar, pengisian dan animasi notifikasi, dan anda bahkan dapat mengubah tema pada UI Anda.
Paparan yang Luas dan Jelas
X60 Pro mempunyai paparan 6.56” dengan FHD + 3D Amoled 120Hz. Tepi sedikit melengkung, dan kelihatan nipis! Kelancaran jari saya di paparan sangat lancar dan lembut, tidak ada masalah lagging atau skrin ketika cuba menukar aplikasi pada masa yang sama.
Dari segi tontonan, siri X60 memberikan flash storage standard UFS 3.1. Oleh itu, anda boleh terus duduk dan berehat sambil mengakses filem, video dan fail besar HD dalam kepantasan untuk pengalaman yang lancar. Video paparan jelas dan kelihatan seperti 3D kerana sedikit lekuk pada X60 Pro, ia cukup mengagumkan. Ini juga termasuk dalam menonton di YouTube, filem dan bermain permainan. Paling penting, mata saya tidak silau apabila beberapa jam menghadap skrin, atau mungkin jika tidak selesa, saya hanya menukar tetapan kecerahan.
Lebih menarik, X60 Pro menyokong dari 120Hz sehingga 240Hz untuk visual ibarat cecair dan interaksi yang lancar. Apabila kadar penyegaran skrin mencapai 120Hz, pengalaman pengguna melonjak ke tahap yang baru dengan kadar bingkai yang lebih tinggi, video yang lebih lancar, dan perincian visual yang lebih rumit. Kadar tindak balas pada 240Hz secara harfiah mengubah permainan. Ini menjadikan skrin sentuh anda bertindak balas lebih pantas daripada sebelumnya sehingga anda dapat menguasai arena permainan.
Secara utama, kadar penyegaran skrin ditetapkan ke mod Smart Switch di mana kadar penyegaran berubah secara automatik agar sesuai dengan senario pengguna yang berbeza dan mengurangkan penggunaan tenaga. Anda boleh memilih antara mod Smart Switch, 60Hz atau 120Hz dalam tetapan sistem. Dalam senario permainan tertentu, kadar pengambilan sampel boleh mencapai 240Hz. Dalam aplikasi atau antarmuka permainan yang berbeza, kadar penyegaran layar dan kadar sampel sentuhan mungkin sedikit berbeza.
Pengalaman saya menggunakan 120Hz, saya sangat menyukainya. Menjadikan telefon lebih baik dalam keadaan lancar, sangat bagus apabila anda boleh menukarnya bila-bila masa saja dalam tetapan. Tetapi saya agak kecewa, kerana di PUBG Mobile, tetapannya tidak mempunyai pertukaran sehingga 90FPS.
Kamera hebat dengan Lensa ZEISS!
Inilah masanya untuk fungsi utama vivo X60 Pro! Sudah tentu kemampuan kameranya. Dicipta bersama oleh vivo dan ZEISS, The Power Behind Powerful Shots, vivo dan ZEISS memasuki perkongsian global untuk bersama-sama mempromosikan dan mengembangkan inovasi terobosan dalam teknologi pengimejan mudah alih, memberikan pengalaman pengguna terbaik. Siri X60 membawa lensa ZEISS Vario-Tessar, tanda dagangan berdaftar Carl Zeiss AG.
Membawa falsafah Pengimejan ZEISS ke telefon pintar. Dengan teknologi dan kepakaran optik ZEISS, menjadikan pengimejan optik mudah alih telefon pintar utama vivo ke tahap yang baru. Juga di X60, ia terus mengkhususkan diri dengan gimbal menggunakan Gimbal Stabilization 2.0 (penstabilan video VIS 5-Axis).
Beberapa ciri dalam mod di kamera X60 Pro adalah seperti berikut:
- Extreme Night Vision 2.0 – Jadikan Malam sebagai Hari Baru
- Dengan algoritma pengurangan kebisingan AI yang diperbaharui vivo, tidak pernah terlambat untuk mengambil gambar malam yang menakjubkan, walaupun di luar yang gelap-gelita.
- HDR Super Night Portrait
- Jangan biarkan kegelapan membayangi kecantikan anda. Tetap menjadi tumpuan dan fokus yang jelas dengan Super Night Portrait yang dioptimumkan.
- Super Night Mode, Ultra-Wide Night Mode, Super Pano
- Menangkap hamparan malam, dan segala yang bersinar di dalamnya.
- Buat karya seni bandar dengan bidang pandangan 120 darjah. Ingin melihat lebih banyak lagi? Beralih terus ke Super Pano.
- Sudut lebar ialah 108 darjah setelah membetulkan untuk distortion.
- VIS 5-Axis Video Stabilization- Kestabilan keseluruhan
- OIS yang dipertingkatkan digabungkan dengan EIS untuk mewujudkan putaran / peralihan paksi X / Y serta putaran paksi-Z. Dunia bergerak tetapi video anda tetap stabil.
- Pro Sports Mode -Tindakan pantas dalam Fokus Cepat
- Algoritma pengesanan gerakan berfungsi dengan Autofokus Objek dan Autofokus EFB sehingga anda dapat mengambil gambar gerakan yang sempurna walaupun dalam mod normal dan potret.
- Kids Snapshot – Kenangan yang Berharga
- Menangkap tenaga dan aktiviti anak-anak anda. Setiap kenangan tidak patut dilepaskan.
- Professional Portrait- Semua Mengenai Diri Anda
- Kanta potret pro mempunyai panjang fokus setara 50 mm. Ia melihat seperti yang dilihat oleh mata manusia, menambahkan keaslian pada semua potret yang ditangkapnya.
- ZEISS Biotar Portrait Style – Dapatkan Flair yang Ikonik
- Siri X60 menghasilkan semula hampir semua kerumitan lensa Biotar, yang merangkumi resolusi pusat legenda dan satu-satunya bokeh putaran Biotar. Teknologi di sebalik kamera termasuk simulasi bokeh progresif dan putaran tempat kabur yang diedarkan.
Sejujurnya selepas bermain-main dengan fungsi yang ada di kamera X60 Pro, jika anda seorang jurugambar, anda terlupa pula nak bawa kamera DSLR anda atau kamera anda kehabisan bateri ketika anda terjumpa sesuatu untuk ditangkap gambarnya, telefon pintar ini adalah sebuah peranti yang sangat membantu.
Pelbagai mod untuk kemudahan sama ada untuk digunakan dalam auto atau menjadi profesional, semuanya tersedia di X60. Seperti sebelumnya, siri yang mempunyai fungsi Gimbal dan penggunaan gimbal lebih menarik apabila dapat menangkap dengan tepat walaupun saya bergerak. Jadi tidak perlu terlalu risau jika gambarnya terlalu goyang atau kabur, kerana X60 Pro akan berusaha memberikan hasil yang terbaik.
Mod lain dalam kamera ini yang saya suka ialah mod malam. Mod malam sememangnya lebih sempurna daripada siri sebelumnya. Gambar kelihatan sangat tajam, lampu bersinar dengan indah, dan jelas! Ini juga termasuk gambar potret, X60 Pro memberikan hasil foto potret yang sangat sempurna tidak kira dalam cahaya terang atau gelap.
Dan saya juga mencuba 10x Zoom. Gambarnya bagus, walaupun dalam zoom 10x, hasil gambar tidak terlalu kabur jika kita melihat gambar dalam satu kilas, tetapi jika anda mengezum kembali gambar tangkapan, anda dapat melihat kaburnya. Sama juga seperti mod panorama, anda akan mendapat hasil yang memuaskan. Selain itu, anda juga dapat menggunakan pelbagai filter yang telah tersedia di dalam vivo X60 Pro.
Kalau anda suka kongsikan makanan dalam seharian anda, X60 Pro memang memberi anda kualiti yang buat anda meliur hanya dengan tenogk gambar makanan itu!
Dari segi video, boleh dikatakan sangat unggul, gambarnya jelas, dan video dapat diambil dengan warna penuh dan kestabilan di bawah cahaya matahari yang mencukupi. Di samping itu, fungsi video dilengkapi dengan lensa optik Zeiss dan anti-goncangan micro-head anti-shake, yang menjadikan penggambaran video pendek lebih hebat.
Anda bukan sahaja dapat memiliki gambar yang stabil, menjadikan gambar lebih jelas dan nampak lebih berwarna. Penjejakan mata yang terbina dalam menjadikan anda tidak perlu risau jika terasa kurang fokus. Kerana kamera X60 Pro memberi hasil yang terbaik pada setiap kegunaan!
RAM besar kan? Mestilah kami mencuba bermain game!
Baiklah, semasa menguji permainan di telefon yang mengfokuskan fotografi, saya rasa saya mendapat hasil pengalaman yang baik dan buruk secara keseluruhan. Oleh itu, dalam percubaan kali ini, saya telah mencuba 3 permainan iaitu Genshin Impact, Blade & Soul Revolution dan PUBG Mobile.
Genshin Impact:
Permainan ini berjalan dengan lancar, tetapi seperti pengalaman pengguna telefon yang lain, semakin lama saya bermain Genshin Impact, saya rasa saya boleh merebus telur di belakang telefon ~ Belakang X60 Pro terasa sangat panas, kadang-kadang saya sampai terasa ia akan meletup ~ Walaupun dengan pemakaian casing, saya dapat merasakan kepanasan. Oleh itu, jika anda mahu bermain Genshin Impact, saya sarankan anda untuk gunakan cooler untuk telefon pintar. Saya bermain permainan ini selama kira-kira 30 minit kerana saya sangat takut dengan kepanasan yang terhasil, tetapi bateri sebenarnya hebat, bermain dalam 30 minit, saya rasa saya hanya menggunakan sekitar 10% penggunaan bateri.
Blade & Soul Revolution:
Berbeza besar dengan permainan RPG yang memberikan pandangan yang bagus dan grafik yang bagus ini. Saya menggunakan tetapan tertinggi, terutama pada grafik dan anda tahu, tidak ada masalah dengan lagging langsung serta kepanasan telefon adalah normal, tidak seburuk ketika saya bermain Genshin Impact!
PUBG Mobile:
Sudah semesti saya mencuba bermain game mobile battle-royale yang sangat popular ini. Mencuba beberapa kali dalam mod klasik, tetapi sayangnya saya hanya mampu menggunakan HDR untuk tetapan, agak kecewa kerana tetapannya tidak mempunyai 90fps untuk telefon ini. Tetapi, walaupun ia tidak menyokong 90fps untuk PUBG Mobile, dengan pengaturan tertinggi, mainkan beberapa permainan dalam waktu sekitar 2 jam, bateri habis sekitar 30% sahaja dan agak menakjubkan, telefon tidak panas sama sekali dan mungkin hanya kadang-kadang terasa panas, kemudian sejuk semula.
Audio? Jelas tetapi…
Dari segi audio pula, sejujurnya saya agak kurang berkenan dengan bunyi audio yang keluar dari speaker X60 Pro ini. Agak kedengaran terlalu tajam dan tidak kedengaran seperti bunyi srrounding. Jadi seperti ketika saya bermain permainan atau menonton video, ia terlalu kuat, dan terlalu menyakitkan apabila dalam volume penuh. Contoh seperti ngilu apabila dengar bunyi besi. Secara peribadi, saya lebih selesa menggunakan fon kepala dengan X60 Pro ini.
Ketahanan Bateri sememangnya menakjubkan!
Walaupun kapasiti bateri 4200mAh dan bukan terlalu kuat seperti beberapa telefon pintar terkini dengan 5000mAh keatas, ia cukup normal dan dapat bertahan lebih dari satu hari dengan penggunaan biasa. Sekiranya saya bermain permainan dan pada masa yang sama saya menggunakan lebih banyak aplikasi, ia masih tidak terlalu cepat kehabisan bateri, sekitar 8 jam anda masih mempunyai kuasa untuk telefon anda. Sebagai contoh, saya bermain beberapa permainan dalam 4 jam, bateri hampir habis sehingga 40% Sekiranya sepanjang hari saya hanya menggunakan kamera untuk menghabiskan masa saya, saya rasa ia hanya berkurangan dari 30%!
Tambahan, pengecasan pantas sangat hebat dengan vivo FlashCharge. Anda boleh mengecas X60 penuh 100% dalam masa kurang dari 1 jam.
Kesimpulannya – Anda harus memilikinya jika anda suka kan fotografi!
Baiklah secara jujur dan keseluruhan, X60 Pro memang merupakan telefon yang sempurna untuk pengguna yang berminat dengan fotografi dan video. Untuk menjadikannya mudah, jika anda seorang pencipta kandungan atau influencer yang suka mengambil gambar, vivo X60 adalah telefon pintar yang paling sesuai untuk anda!
Bagi saya yang lebih meminati dalam bermain permainan atau mungkin untuk gamers tegar, X60 Fmasih memerlukan spesifikasi yang lebih menarik untuk ditampung. Yela, seperti bermain Genshin Impact, X60 Pro menjadi terlalu panas. Jadi itu memberikan sedikit tidak keselesaan. Tetapi secara keseluruhan, ianya X60 Pro masih mampu menampung kehebatan game tetapan tinggi seperti PUBG Mobile. Selebihnya, saya sangat kagum dengan reka bentuk dan warnanya, oh ya, X60 Pro juga sangat ringan! Anda boleh lihat spesifikasi siri X60 dibawah;
Spesifikasi vivo X60 Series | ||
vivo X60 Pro |5G | vivo X60 |5G | |
Dimensi | 158.58mm×73.24mm×7.59mm (Midnight Black) 158.58mm×73.24mm×7.69mm (Shimmer Blue) |
159.63mm×75.01mm×7.36mm (Midnight Black) 159.63mm×75.01mm×7.40mm (Shimmer Blue) |
Berat | 177g (Midnight Black) 179g (Shimmer Blue) |
176g (Midnight Black) 177g (Shimmer Blue) |
Warna | (Midnight Black) (Shimmer Blue) |
|
Pemproses | Qualcomm® Snapdragon™ 870 | |
RAM | 12GB+3GB | |
Storan | 256GB | |
Bateri | 4200mAh (TYP) 33W FlashCharge |
|
OS | Funtouch OS 11.1 (based on Android 11) | |
Paparan | Skrin: 6.56 inch, 120Hz refresh rate Resolution: 2376*1080 (FHD+) Type: AMOLED Touch Screen: Capacitive multi-touch screen |
|
Kamera | Camera: Front camera 32MP / Rear camera 48MP+13MP+13MP Aperture: Front camera f/2.45 (32MP), rear camera f/1.48 (48MP) + f/2.2 (13MP) + f/2.46 (13MP) FlashRear: flashlight; front flashlight Scene Modes: Night, Portrait, Photo, Video, 48MP, PANO, Live Photo, Slow-Mo, Time Lapse, PRO, AR Stickers, Super Moon, DOC, Astro, Pro Sports, Long-Exposure |
|
Connectivity | Wi-Fi: Support 2.4G/5G Wi-Fi MIMO Bluetooth: Bluetooth 5.1 USB: USB Type-C, USB 2.0 GPS: Supported OTG: Supported NFC: Supported |
|
Network | SIM Slot Type: Dual Nano Standby Mode: Dual SIM Dual Standby (DSDS) 2G GSM850/900/1800/1900MHz 3G WCDMAB1/B2/B4/B5/B8 4G FDD-LTEB1/B2/B3/B4/B5/B7/B8/B12/B17/B18/B19/B20/B26/B28/B32 4G TDD-LTEB38/B39/B40/B41 5Gn1/n3/n7/n28/n40/n41/n78 |
|
Sensor | Fingerprint In-Display Accelerometer Supported Color Temperature Sensor Supported Ambient light sensor Supported Proximity Sensor Supported E-compass Supported Gyroscope Supported Motor Ordinary |
|
Di dalam kotak | X60 Pro XE710 (3.5mm jack) + Type-C adapter Documentation Type-C to USB Cable USB Power Adapter SIM Ejector Protective Case Protective Film (applied) |
X60 XE710 (3.5mm jack) + Type-C adapter Documentation Type-C to USB Cable USB Power Adapter SIM Ejector Protective Case Protective Film (applied) |
Harga Pasaran | RM3,299 | Harga bermula RM2,699 |
Jadi pada anda yang berminat untuk mendapatkan siri vivo X60, anda boleh mendapatkan pre-order vivo X60 untuk harga RM2699 dan vivo X60 Pro untuk harga RM3299 dalam pilihan warna Midnight Black atau Shimmer Blue . Anda boleh mendapatkan telefon pintar ii di e-store vivo, Lazada dan juga Shopee. Terima kasih vivo Malaysia untuk unit review ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post