Telefon pintar yang memberi fokus utama pada ciri kamera fotografi seperti yang ditonjolkan pada tahun sebelum ini yang mempunyai kamera pop-up dan ada juga yang mempunyai 3 hingga 4 quads. Macam-macam jenis kita dapat lihat dari zaman ke zaman. Kali ini, secara rasmi dilancarkan di Malaysia pada 16 Julai lalu, kami mendapat peluang sekali lagi dari vivo Malaysia untuk mencuba telefon pintar terbaru mereka dengan ciri kamera gimbal yang terbaru~ Memperkenalkan vivo X50 Pro!
Reka bentuk yang menawan ditemani spesifikasi yang hebat!
Sampai sahaja vivo X50 Pro di tangan kami, kami terasa sangat teruja untuk membukanya. Daripada kotak berwarna biru tua dah cukup eksklusif bagi kami. Bila buka sahaja kotak ini, X50 Pro dibaluti dengan kemas dengan warna kelabu asap atau Alpha Grey, letak sahaja di tangan kami terasa elegan lah pula!
Selain daripada vivo NEX 3 yang sememangnya nampak berkelas seperti yang kami review sebelum ini, vivo X50 Pro pula pastinya merupakan salah satu telefon pintar yang paling menarik dari vivo. Telefon pintar ini mempunyai rupa premium terutamanya dengan reka bentuk lengkung dua dan kemasan belakang matte kaca menjadikannya kurang terdedah kepada kesan cap jari. Beratnya kira-kira 180 gram dan mempunyai ketebalan sekitar 8mm yang menambah penampilannya.
Di bahagian belakang anda mendapat kamera quad dengan cara yang sedikit tidak konvensional. Di sudut kiri atas, kamera diletakkan dalam reka bentuk dua tingkat, yang bermaksud bahawa di bahagian atas penutup belakang pertama terdapat kamera periskopik dan langkah lebih jauh di atas terdapat kamera utama, kamera bokeh dan sudut kamera wide-angel. Nanti dibawah kami akan kongsikan pengalaman kamera yang hebat ini ok!
Beralih pada bahagian sisi terdapat butang volumn dan power betul-betul di belah kanan atas. Butang ini agak lembut disentuh, manakala bahagian bawah terdapat slot SIM beserta lubang speaker dan juga port charging Type-C.
Okay untuk paparan X50 Pro nyata nampak luas kerana reka bentuk dual-curve yang meluaskan lagi lekuknya. Lekuk ini nyata menampakkan lebih premium serta seluruh bahagian tepi mempunyai slim bezels! Secara spesifik, vivo X50 Pro mempunyai layar Super AMOLED 6.5 inci yang menawarkan resolusi 2376 × 1080p dan nisbah skrin-ke-badan 92.%. Panel AMOLED menawarkan warna yang jelas dengan pembiakan warna yang tepat. Kami menggunakan peranti ini untuk menonton video di YouTube, Netflix dan bahkan menambahkan video secara asli dan berpuas hati dengan pengalaman menonton. Telefon pintar ini menawarkan kadar penyegaran 90Hz yang juga cukup menyenangkan dan semakin menjadi spesifikasi asas baru bagi telefon bimbit dalam julat harga ini.
Oleh kerana telefon pintar vivo X50 Pro berjalan pada OS tersuai, dalam tetapan paparan, anda akan menemui sedikit perubahan utama. Anda tidak hanya mendapatkan yang jelas seperti sokongan mod gelap dan penyesuaian tema tetapi juga mendapat pilihan untuk memberi amaran tentang ukuran dan gaya font, pilih mod warna skrin termasuk pelindung mata, mod gelap, ukuran fon, gaya font dan banyak lagi. Seperti kebanyakan telefon pintar kelas menengah dan premium lain, vivo X50 Pro juga menempatkan sensor cap jari pada paparan, penempatannya sedikit lebih dekat dengan bahagian bawah. Tetapi lebih seronok menggunakan face lock untuk membuka kunci.
Untuk spesifikasi dalaman pula vivo X50 Pro menggunakan Funtouch OS 10.5 juga OS Android 10, pemproses Snapdragon 765G, memori 256GB dan RAM 8GB. Pemproses yang berjalan dalam X50 Pro agak memuaskan hati, menggunakannya dengan pekara berat seharian, seperti menonton YouTube tanpa henti, menggunakan kamera untuk merakam dan menangkap gambar, serta bermain game, telefon pintar ini tiada sedikit pun menjadi lagging! Anda boleh lihat juga prestasi Benchmark Antutu yang kami uji pada vivo X50 Pro dibawah ini:
Untuk audio pula ianya dikuasakan dengan audio cip AK4377A. Untuk dengar lagu memang agak lembut bunyo audionya. Tetapi jika buka speaker kuat agak kurang jelas audionya. Pada yang bermain game kami cadangkan gunalah earphone. Tetapi untuk bunyi yang sepadu dengan vivo X50 Pro ini, anda boleh membeli earphone TWS Neo berharga RM359.00. TWS Earphone Neo wireless mempunyai ciri khas Moving-Coil Unit 14.2mm untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat serta bio-fiber composite diaphragm untuk tingkatkan perincian audio. Ianya juga menampilkn Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar untuk diaktifkan.
Nak main game? Selesa juga lah!
Vivo X50 Pro juga menangani konfigurasi permainan dengan baik. Anda bukan sahaja dapat bermain dengan lancar, tetapi tidak ada masalah lagging ketika anda menyentuh paparan, yang membolehkan anda melepaskan kemahiran anda dengan lebih cepat.
Salah satu permainan yang memerlukan spesifikasi yang hebat dari sebuah telefon pintar sudah tentulah PUBG Mobile. Andai kata telefon anda “kentang” maka Toosoon lah anda. Tetapi menggunakan vivo X50 Pro memang tiada sebarang perasaan yang ingin membaling telefon. Permainan sangat lancar, dengan tetapan grafik paling tinggi dan permainan bertahan lebih dari 4 jam walaupun ada terasa sedikit panas. Tetapi, pegangan agak kurang selesa kerana X50 Pro tiada sebarang port jack untuk headphone, jadi anda perlukan sambungan type-c OTG kepada jack anda.
Terdapat satu aplikasi yang tersedia pada semua peranti vivo iaitu vivo Ultra game mode dimana ianya membolehkan anda menyekat panggilan dan notifikasi latar belakang yang menjengkelkan untuk membantu anda memberi tumpuan kepada permainan. Terdapat juga mod Esports untuk permainan seperti PUBG Mobile untuk meningkatkan lagi grafik dan sentuhan.
Tumpuan X50 Pro adalah Kameranya!
“Photography, Redefined” tema pada vivo X50 pro. Apa sebenarnya kelebihan pada vivo ini? Yang paling utama, vivo X50 Pro merupakan telefon pintar pertama yang mempunyai fungsi gimbal! Kamera ini distabilkan dengan persediaan OIS “gimbal” dengan persediaan ini adalah 3 kali lebih baik untuk menghilangkan gegaran tangan berbanding dengan persediaan OIS konvensional.
Kamera utama adalah sensor khas Sony IMX598 48MP dengan bukaan f / 1.6. Sensor sekunder adalah lensa potret 13MP dengan zoom optik 2x dan bukaan f / 2.46. Sensor ketiga ialah lensa zoom periskop 8MP 5X dengan bukaan f / 3.4. Lensa zoom ini menyediakan zoom optik 5x, hibrid 10x, dan 60x. Sensor keempat dan terakhir adalah sensor sudut ultrawide 8MP dengan bukaan f / 2.2. Ini memiliki bidang pandangan 120 darjah dan menyokong fotografi makro dengan bidang fokus hingga 2.5 cm ke lensa. Secara keseluruhan, perkakasan kamera yang digunakan Vivo di Vivo X50 Pro adalah yang terbaik dan setara dengan telefon pintar utama pada tahun 2020.
Apa pula pendapat kami dengan kameranya?
Kamera utama: Sangat MEMUASKAN! Kami agak menyukakan kamera utamanya. Hanya masalah yang timbul adalah warna yang diserlahkan serta ketajaman sesebuah gambar. Jika auto mungkin agak “fake” sedikit gambar yang diambil, tetapi jika anda bermain dengan fungsi manual, anda akan mendapat hasil yang terbaik dari kamera X50 Pro! Tetapi, yang paling kami sukakan adalah gambar Close-up yang memang menyerlahkan terutama pada tangkapan barang atau makanan, serta Potrait mode yang mengfokuskan betul-betul pada model yang diambil. Selain itu vivo X50 Pro turut ada 60x zoom! Anda boleh lihat beberapa gambar makanan dibawah, serta gambar outdoor termasuk gambar zoom untuk rujukan yang diambil oleh kami.
Night Mode: Ternyata sangat hebat! Boleh melihat perbezaan dengan mod malam dihidupkan. Walaupun untuk menangkap gambar yang perlu zoom, logo dari bangunan dapat dilihat dengan jelas. Laluan bercahaya kelihatan sangat bagus, setiap shot dapat dengan betul malah jelas pada tangkapan kereta yang bergerak! Juga tidak lupa lampu-lampu dimalam hari turut jelas kelihatan ok!
Video: Anda memerlukan tangkapan video dimana sahaja anda berada terutama anda adalah pencipta kandungan? Ya resolusi 4K pada X50 Pro sememangnya terlebih cantik dan jelas! Cuma jika digunakan terlalu lama resolusi 4K akan menjadi sedikit panas. Jika kekalkan pada 1080p, jangan risau, hasilnya turut padu!
Gimbal: Yang istimewa pada pada vivo X50 Pro. Ya ianya memberi stabilasi yang bagus. Tetapi tidaklah begitu sempurna. Masih ada bahagian yang tidak menampilkan kestabilan yang benar-benar boleh dibanggakan. Tetapi gimbal vivo X50 Pro masih kuat, masih bertahan dengan gegaran ringan dan tidak akan menjadikan video kelihatan terlalu goyah serta masih agak stabil. Dan sangat berbangga kerana vivo berjaya menghasilkan sebuah telefon pintar dengan kehebatan kamera berfungsi gimbal!
Jadi untuk keseluruhan pengalaman dalam penggunaan kamera kami agak puas hati dengan hasilnya. Hanya vivo perlulah gilap lebih sedikit kerana mempunyai fungsi hebat seperti gimbal ini. Stabiliti harus dipertingkatkan lagi. Itu sahaja.
Selebihnya yang ada pada kamera
Pro Sports Mode Motion AF Tracking- Motion AF Tracking membolehkan anda memilih objek dalam bingkai dan tetap fokus padanya, walaupun ia berada di luar jangkauan dan kembali lagi. Dengan Autozoom, anda boleh memilih subjek dengan mudah dan kemudian menyimpannya di tengah bingkai. Penjejakan Suara 3D juga mengikuti suara yang datang dari subjek pilihan anda di mana sahaja.
Extreme Night Vision- Lebih baik lagi, Extreme Night Vision, disertai dengan algoritma AI denoise baru kami yang inovatif, bermula secara automatik apabila kegelapan yang melampau dikesan. Bersama-sama, mereka menembusi malam paling gelap dan menangkap apa sahaja yang ada di bawahnya
Astro Mode- Selain itu, hidupkan Super Night Portrait mode agar kecantikan anda bersinar sepanjang malam, atau Mode Astro untuk merakam bintang yang berkelip.
Wide Angle– Dapatkan kejelasan pada gambar yang lebih luas!
Berapa lama pula ketahanan Bateri?
X50 Pro berkuasa tertinggi berkat kekuatan kuat bateri berkapasiti besar dan 33W FlashCharge 2.0 vivo. Dapatkan semula tenaga dengan serta-merta supaya permainan, kerja dan kehidupan anda dapat terus berjalan lancar.
Dengan penggunaan biasa, seperti hanya bermain Facebook, atau hanya bermain dengan kamera, bateri boleh tahan hampir 3 hari. Tapi kalau main game boleh tahan 1 hari la. Pengecasan Pantas masih memberi kelajuan pengecasan untuk kegunaan kecemasan, dari jam 5.10 petang 0% hingga sekurang-kurangnya 1 jam 15 minit untuk pengecasan penuh.
Kesimpulannya~ Adakah berbaloi ataupun tidak dengan vivo X50 Pro?
Dengan mempunyai 5G, harga vivo X50 terbaru adalah RM2,399.00 manakala X50 Pro adalah RM3,199.00. Jika anda ingin mengfokuskan telefon pintar anda hanya pada bergaming, mungkin anda boleh mencari telefon pintar lain. Tetapi jika anda sukakan fotografi, X50 Pro adalah salah satu telefon pintar dalam pilihan atas tangan anda! Bila-bila masa, vivo X50 Pro akan menjadi peneman anda tidak kiralah anda seorang vlogger yang memerlukan rakaman video, ini sememangnya pilihan anda! Lagi satu, anda memang tidak perlu rasa malulah nak keluarkan vivo X50 pro ini untuk merakam apa-apa, sebab memang nampak eksklusif ok!
Dan Spesifikasinya~
Spesifikasi vivo X50 Pro | |
Warna Produk | Alpha Grey |
Dimensi | 158.46 × 72.80 × 8.04mm |
Berat | 181.5g |
Harga | RM 3,199 |
Pemproses | Processor Snapdragon 765G |
RAM | 8GB |
Storan | 256G |
Bateri | 4315mAh (TYP) |
Fast Charging: | vivo FlashCharge 2.0 (33W) |
Operating System: | Funtouch OS 10.5; Android 10 |
Paparan | Screen 6.56-inch, 90Hz; Resolution 2376 × 1080 (FHD+); Type AMOLED; |
Skrin Sentuh | Capacitive multi-touch |
Kamera
|
Camera- Front 32MP / Rear 48MP + 13MP + 8MP + 8MP Aperture; Front f/2.45 (32MP), Rear f/1.6 (48MP) + f/2.46 (13MP) + f/2.2 (8MP) + f/3.4 (8MP); |
Flash- Rear flash, Selfie lighting; | |
Scene Modes- Super Night Mode, Astro Mode, Pro Sports Mode, Portrait (Art Portrait, AI Makeup, Filters, etc.), AR Stickers, Slow Motion, Live Photo, Time-Lapse, Video, Supermoon Mode, DOC, Panorama, Pro Mode, etc. | |
Sambungan
|
Wi-Fi 2.4G + 5G Wi-Fi MIMO |
Bluetooth- Bluetooth 5.1 | |
USB- Type-C(USB2.0) | |
GPS- Supported | |
OTG- Supported | |
NFC- Supported | |
Network:
|
SIM Slot Type- Dual Nano-SIM slot |
Standby Mode- Dual SIM and Dual Standby | |
2G GSM- 850/900/1800/1900 | |
3G WCDMA- B1/B2/B4/B5/B8 | |
4G FDD-LTE- B1/B2/B3/B4/B5/B7/B8/B20 | |
4G TDD-LTE- B38/B40/B41 | |
5G- n41/n77/n78 | |
Cap Jari Sensor | Supported |
Accelerometer: | Supported |
Ambient light sensor: | Supported |
Proximity Sensor: | Supported |
E-compass: | Supported |
Gyroscope: | Entity |
Media Hi-Fi Chipset: | AK4377A |
Audio Playback: | WAV, MP3, MP2, AMR-NB, AMR-WB, MIDI, Vorbis, APE, FLAC |
Video Playback: | MP4, 3GP, AVI, MKV, TS |
Video recording: | MP4 |
Voice Recording: | Supported |
Location: | GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo |
Dalam kotak X50 Pro
|
Earphone (XE710 (3.5mm jack) + Type-C adapter) |
Documentation | |
Type-C to USB Cable | |
USB Power Adapter | |
SIM Ejector | |
Protective Case | |
Protective Film (applied) |
@gamersantaimy
Discussion about this post