POCO Global hari ini melancarkan dua telefon pintar utama – POCO F3 dan POCO X3 Pro! Dilancarkan pada 24 Mac, POCO X3 Pro akan tersedia pada harga bermula RM999, manakala POCO F3 akan tersedia pada 27 Mac dengan harga bermula RM1,399. Jom kita lihat apa yang membuatnya istimewa.
POCO X3 Pro
POCO X3 Pro menampilkan Qualcomm® Snapdragon ™ 860. Platform ini dilengkapi CPU Kryo™ 485 yang menawarkan teknologi pemprosesan 7nm untuk prestasi puncak hingga 2.96GHz, bersama dengan GPU Adreno™ 640. Ini membolehkan anda menikmati pengalaman gaming berkualiti tinggi yang sangat lancar, walaupun pengguna bermain game 3D berat pada tetapan tinggi. Bersama dengan UFS 3.1 yang dipertingkatkan, peranti ini menawarkan kelajuan membaca dan menulis yang pantas. Peranti ini juga dilengkapi LiquidCool Technology 1 Plus, yang merupakan solusi penyejukan untuk mengurangkan haba peranti.
POCO X3 Pro mengekalkan paparan 6.67″ FHD+ DotDisplay dengan refresh rate 120Hz dan kadar touch sampling setinggi 240Hz, untuk memastikan pengalaman gaming pengguna sangat responsif dan berlatensi rendah. Paparan ini menggunakan DynamicSwitch untuk mengoptimumkan refresh rate bagi aplikasi-aplikasi berbeza. Paparan POCO X3 Pro juga menggunakan Corning® Gorilla® Glass 6.
Reka bentuk melengkung 3D dengan kemasan pelangi yang menangkap cahaya pada sudut berbeza, bersama dengan logo kroma POCO yang elegan dan jalur di bahagian tengah mencantikkan lagi peranti. Selain itu, POCO X3 Pro menampilkan sensor cap jari yang dipasang pada sisi peranti.
Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,160mAh, POCO X3 Pro menawarkan jangka hayat bateri sehingga dua hari penuh (menurut POCO). Teknologi MMT dan pengecas pantas 33W memastikan peranti dihidupkan dalam tempoh masa sepantas kilat. Setup dua pembesar suara atas dan bawah pula memberikan tahap bunyi yang menakjubkan untuk streaming dan gaming, yang dipadankan dengan getaran yang dihasilkan dari motor linear paksi-Z yang diselaraskan dengan tepat.
POCO X3 Pro mempunyai setup quad-camera yang terdiri dari kamera utama 48MP yang menyokong 1.6 Pixel 4-in-1 Super Pixel, lensa kamera ultra lebar 119 °, dan kamera makro serta sensor kedalaman yang menawarkan fleksibiliti dan kemampuan tambahan.
POCO F3
POCO F3 dikuasakan oleh Snapdragon 870 5G Mobile Platform dan mempunyai CPU Qualcomm® Kryo™ 585 yang capai kelajuan sehingga 3.2 GHz. Bersama dengan GPU Qualcomm® Adreno™ 650, POCO F3 memberikan pengalaman gaming yang luar biasa. Dipasangkan dengan RAM LPDDR5 dan UFS 3.1, ini menjamin kelajuan “read-write” yang lebih pantas untuk multitasking. Prestasi yang ditingkatkan ini juga disampaikan melalui pemproses 7nm serta LiquidCool Technology 1 Plus yang membolehkan peranti capai prestasi puncak yang berterusan. POCO F3 menggunakan sistem Modem-RF Snapdragon X55 5G untuk sambungan 5G dan menyokong Wi-Fi 6, supaya dapat bersaing dengan telefon pintar kelas atas.
Refresh rate 120Hz milik POCO F3 memberikan kelancaran ketika kita bermain pada paparan AMOLED 6.67″-nya yang besar. Di samping itu, kadar touch sampling 360Hz dan algoritma sentuhan yang diselaraskan membolehkan telefon bertindak balas dengan pantas terhadap sentuhan hujung jari. Teknologi MEMC, yang menambah hingga 60fps, meningkatkan lagi kelancaran kandungan video.
Paparan HDR10+, dengan ciri true Display dan true Color, memberikan pengalaman tontonan dengan warna yang cerah dan sangat tepat. Seterusnya, bahan E4 yang ditingkatkan menjadikan kecerahan maksimum paparan kepada 1300 nits, dan membantu mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 15% berbanding dengan bahan E3 generasi lalu. Dengan ukuran hanya 7.8mm nipis dan berat 196g, peranti mempunyai Corning® Gorilla® Glass 5 di bahagian depan dan belakang untuk memberi perlindungan yang kukuh pada telefon.
Ia mempunyai setup dua pembesar suara dengan pembesar suara utama di bawah dan pembesar suara kedua di bahagian atas, serta teknologi Dolby Atmos untuk meningkatkan pengalaman audio bagi video, muzik, dan permainan di format Dolby Atmos, melalui headset dan pembesar suara dalaman. Setup AI triple camera milik POCO F3 pula terdiri daripada kamera utama 48MP dengan piksel besar 4-in-1 1.6μm, lensa ultra lebar 119°, dan kamera telemacro 5MP yang menyokong autofokus 3cm – 7cm. Kamera depan 20MP juga menyokong selfie Night Mode.
POCO F3 mempunyai setup tiga mikrofon dan dilengkapi dengan fitur Audio Zoom. Semasa merakam video, mikrofon ketiga membolehkan peranti “zoom in” ke bunyi bersama dengan imej, untuk menangkap audio yang jelas dari pemandangan jauh dan meningkatkan penerimaan bunyi semasa penggambaran. Pada masa yang sama, motor haptik linear paksi-X memberikan gegaran untuk melengkapkan pengalaman hiburan yang imersif.
POCO F3 mendapat kuasanya dari bateri 4,520mAh yang dapat dicaskan pada kelajuan kilat berkat teknologi Middle Middle Tab (MMT). Dengan pengecas pantas 33W, peranti boleh dicas hingga 100% hanya dalam 52 minit (menurut POCO).
Harga dan ketersediaan
Bermula 24 Mac, POCO X3 Pro akan tersedia dalam dua varian storan; 6GB + 128GB yang berharga RM999 dan 8GB + 256GB yang berharga RM1,299 dalam tiga warna iaitu Phantom Black, Frost Blue, Metal Bronze. Ia boleh dibeli di Xiaomi Official Store Global di Shopee.
Untuk masa yang terhad, bermula 24 Mac (12.00 AM) hingga 25 Mac (11.59 PM), POCO X3 Pro akan tersedia dengan harga istimewa RM899 untuk 6GB + 128GB dan RM1,099 untuk 8GB + 256GB, sementara stok masih ada.
POCO F3 akan tersedia bermula 27 Mac, dan hadir dalam dua varian storan; 6GB + 128GB yang berharga RM1,399 dan 8GB + 256GB yang berharga RM1,699 dalam tiga warna iaitu Arctic White, Night Black dan Deep Ocean Blue. Ia boleh dibeli di Xiaomi Official Store Global di Lazada.
Untuk masa yang terhad, bermula 27 Mac (12.00 AM) hingga 28 Mac (11.59 PM), POCO X3 Pro akan tersedia dengan harga istimewa RM1,299 untuk 6GB + 128GB dan RM1, 499 untuk 8GB + 256GB, sementara stok masih ada.
Spesifikasi
POCO F3 | POCO X3 Pro | |
Display |
|
|
Body |
|
|
Dimensions |
|
|
Bands |
|
|
Performance |
|
|
Storage |
|
|
Heat dissipation |
|
|
Rear camera |
|
|
Front camera |
|
|
Connectivity |
|
|
Unlock |
|
|
Charging |
|
|
Audio |
|
|
Motor |
|
|
System |
|
|
Storage |
|
@gamersantaimy
Discussion about this post