Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remake STEINS;GATE RE:BOOT Umum Tarikh Keluaran, Pelancaran Dipecahkan Kepada Dua Fasa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Steam, Visual Novel, Xbox Series X|S
0 0
0
Remake STEINS;GATE RE:BOOT Umum Tarikh Keluaran, Pelancaran Dipecahkan Kepada Dua Fasa!
Share on FacebookShare on Twitter

Spike Chunsoft telah mengumumkan tarikh pelancaran dan platform untuk STEINS;GATE RE:BOOT, sebuah versi remake bagi visual novel sci-fi klasik daripada pembangun MAGES. Untuk Malaysia, pelancaran game ini akan dibahagikan kepada dua fasa.

Bagi pemain PC (melalui Steam) dan Xbox Series X|S, game ini akan dikeluarkan secara digital bermula 19 Ogos 2026.

Sementara itu, bagi platform PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch, dan Nintendo Switch 2, ia kemungkinan besar akan dilancarkan pada 29 Oktober 2026 mengikut tarikh pelancaran global rasmi, melainkan ada sebarang perubahan pada masa akan datang.

Halaman rasmi di PlayStation Store mahupun Nintendo eShop masih belum diadakan lagi, jadi kami akan mengemas kini maklumat apabila maklumat lanjut diumumkan.

Sentuhan Moden Pada Karya Klasik Terkenal

Mula dilancarkan pada tahun 2009 untuk Xbox 360, game original STEINS;GATE mencetuskan fenomena besar dalam genre visual novel, dengan jualan melebihi empat juta unit di seluruh dunia.

Kisahnya mengikut perjalanan Rintaro Okabe, seorang pemuda yang menggelar dirinya sebagai “saintis gila” yang mempunyai “Future Gadget Laboratory” di daerah Akihabara, Tokyo.

Apabila Okabe dan rakan-rakannya tidak sengaja mencipta gajet yang mampu menghantar mesej teks ke masa lalu, mereka tanpa disedari telah mengubah garis masa, sekali gus menarik perhatian sebuah konspirasi global yang berbahaya.

STEINS;GATE RE:BOOT dibina terus berdasarkan asas ini. Dengan menggunakan skrip daripada STEINS;GATE ELITE sebagai titik permulaan, pihak pembangun telah menambah baik senario cerita untuk meningkatkan kelancaran pembacaan dan penyampaian plot.

Edisi ini membawakan jumlah teks yang lebih padat, dialog serba baharu, serta worldline dan senario pengakhiran yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Selain daripada kemas kini jalan cerita, MAGES. turut memberi nafas baharu kepada visual dan audio game ini:

  • Pereka watak asal, huke, kembali untuk melukis semula semua watak, latar belakang, dan event still (CG), memberikan barisan watak ikonik ini penampilan yang lebih moden. Berbanding versi asal 2009, versi remake ini hampir menggandakan bilangan babak CG dan meningkatkan kepelbagaian visual latar belakang sebanyak kira-kira 20%.
  • Berbanding imej statik semasa dialog berlangsung, versi remake menyatukan perisian animasi 2D dikenali sebagai “E-mote”. Teknologi ini menghidupkan sprite watak dengan butiran yang halus dan natural, seperti pernafasan, kelipan mata, dan ekspresi wajah secara real-time.
  • Setiap baris dialog watak telah dirakam semula dalam bahasa Jepun oleh pelakon suara asal, manakala keseluruhan runut bunyi pula digubah semula oleh komposer siri ini, Tsuyoshi Abo.

Sistem gameplay masih kekal sama seperti asal. Pemain akan mengawal perjalanan Okabe di Akihabara menggunakan sistem “Phone Trigger”.

Sepanjang bermain, keputusan anda untuk menjawab, mengabaikan, atau membalas e-mel dan panggilan telefon yang masuk pada telefon bimbit Okabe akan mengubah garis masa, seterusnya mencabangkan jalan cerita kepada beberapa pengakhiran yang berbeza.

STEINS;GATE RE:BOOT dianggarkan menawarkan playtime sekitar 30 hingga 50 jam.

Tags: Steins;Gate Re:Boot
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Quest XI S Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada September 2026, Boleh Tempah Sekarang!

Next Post

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles 2 – Watak DLC “Doma” Kini Tersedia Dalam Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles 2 – Watak DLC “Doma” Kini Tersedia Dalam Game!

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles 2 - Watak DLC "Doma" Kini Tersedia Dalam Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd