SEGA secara rasmi telah melancarkan DLC berbayar Doma Character Pack untuk game Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles 2.
Dihasilkan oleh Aniplex dan dibangunkan oleh CyberConnect2, DLC ini boleh dimuat turun untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S, dan juga PC melalui Steam.
DLC terbaharu memperkenalkan Doma, iaitu demon Upper Rank Two yang digeruni. Beliau bergantung kepada teknik berasaskan ais dalam combat, dan kini sedia untuk dimainkan dalam Versus Mode.
Pemain boleh membeli Doma Character Pack secara berasingan. Selain itu, watak ini juga boleh didapati sebagai sebahagian daripada set “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle” Character Pass.
Setiap pembelian Doma Character Pack didatangkan sekali dengan beberapa kandungan tambahan digital serta ganjaran:
- Profile Customization: Gambar profile, character quote, dan hiasan latar belakang
- Doma Mastery Reward: Profile frame yang boleh dibuka, custom title, dan Versus Mode System Voice Doma.
Notis: pemain perlu memiliki game asas Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles 2 dan memuat turun update terkini terlebih dahulu untuk mengkases kandungan ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.



![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post