Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest XI S Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada September 2026, Boleh Tempah Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Dragon Quest XI S Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada September 2026, Boleh Tempah Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix mengumumkan bahawa RPG pujian ramai Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age – Definitive Edition bakal dilancarkan di Nintendo Switch 2 pada 24 September 2026. Diumumkan melalui siaran langsung sempena sambutan ulang tahun ke-40 francais tersebut, tempahan awal untuk game ini telah dibuka di eShop.

Game ini membawakan dunia Erdrea ke konsol terbaru Nintendo, mengisahkan seorang pemuda yang meninggalkan kampung halamannya selepas mendapat tahu bahawa dia adalah “Luminary”: seorang wira legenda yang ditakdirkan untuk menyelamatkan dunia.

Bersama sekumpulan rakan seperjuangan unik, dia memulakan pengembaraan untuk menghalang kuasa kegelapan daripada menghuru-harakan dunia, walaupun dirinya sendiri diburu oleh kerajaan-kerajaan yang cuba dilindunginya.

Walaupun game ini mengekalkan kandungan daripada versi Definitive Edition dahulu, versi Switch 2 memperkenalkan mod optimization baharu. Pemain boleh memilih antara graphic mode yang mengutamakan kualiti visual, atau performance mode yang sasarkan frame rate yang lebih tinggi.

Ciri-ciri lain dalam versi ini termasuklah:

  • Senario tambahan yang memberi tumpuan kepada ahli kumpulan yang lain.
  • Boleh bertukar secara bebas antara grafik 3D moden dan mod 2D retro 16-bit.
  • Suara latar penuh dalam bahasa Jepun serta pilihan bahasa Inggeris.
  • Pilihan untuk mendengar runut bunyi versi orkestra.

Pengumuman ini turut membawa berita yang agak mengecewakan bagi pemain yang sudah memiliki game ini di Nintendo Switch asal. Square Enix mengesahkan bahawa tiada tawaran naik taraf untuk pemilik sedia ada. Ini bermakna pemain yang beralih ke Switch 2 perlu membeli semula game ini pada harga penuh.

Selain itu, save data juga tidak serasi antara versi Switch asal dan Switch 2, yang bermaksud pemain perlu memulakan semula pengembaraan mereka dari awal.

ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Quest Monsters: The Withered World Diumumkan Untuk Konsol & PC

Next Post

Remake STEINS;GATE RE:BOOT Umum Tarikh Keluaran, Pelancaran Dipecahkan Kepada Dua Fasa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Honkai: Star Rail – Version 4.4 Tiba Hari Ini Bersama Himeko • Nova
Berita

Honkai: Star Rail – Version 4.4 Tiba Hari Ini Bersama Himeko • Nova

July 15, 2026
[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage
Eksklusif

[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage

July 14, 2026
[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden
Eksklusif

[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden

July 14, 2026
Next Post
Remake STEINS;GATE RE:BOOT Umum Tarikh Keluaran, Pelancaran Dipecahkan Kepada Dua Fasa!

Remake STEINS;GATE RE:BOOT Umum Tarikh Keluaran, Pelancaran Dipecahkan Kepada Dua Fasa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd