Berita baik untuk semua pemain dan peminat PUBG Mobile! Anda kini boleh mula membuat pendaftaran untuk PUBG Mobile National Championship 2021 (PMNC 2021). Prize pool sebanyak RM100 ribu untuk dimenangi di kejohanan PMNC kali ini menanti anda!
Seperti kejohanan PMNC yang berlangsung tahun sebelum ini, acara ini sangat berjaya dan menarik ramai peserta. Pendaftaran PMNC 2021 bermula pada 16 Mei sehingga 30 Mei ini, manakala kemasukan kelayakan bermula pada 1 Jun sehingga 12 Jun. Bagi peringkat akhir zon, ianya bermula pada 11 Jun sehingga 12 Julai dan Grand Final kejohanan ini akan bermula pada 16 sehingga 18 Julai 2021.
Menariknya tentang PMNC 2021 ini, ia akan terbuka kepada tiga kategori iaitu Squad, Solo dan Ladies. Namun, perlu diingatkan yang kategori Ladies tidak membuka slot untuk PMNC Grand Final atau PMPL MY/SG Musim ke-4 nanti. Tetapi bagi skuad wanita yang ingin memasuki peringkat ini perlu mendaftar melalui kategori Squad di bawah Zone mereka.

Pendaftaran kejohanan ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia, dan setiap negeri mempunyai zon mereka sendiri seperti Zone A Erangel, Zone B Miramar, Zone C Karakin dan Zone D Sanhok. Anda boleh rujuk zon setiap negeri di bawah:
- Zone A Erangel (Sabah, Sarawak dan Kelantan)
- Zone B Miramar (Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Kedah)
- Zone C Karakin (Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan)
- Zone D Sanhok (Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu)

Berikut adalah butiran pendaftaran:
- Kumpulkan rakan-rakan anda untuk membentuk skuad.
- Daftarkan skuad anda melalui laman web rasmi PMNC 2021.
- Wakil pasukan perlu menyemak email mereka untuk saluran Discord.
- Wakil pasukan perlu mengesahkan pendaftaran skuad mereka di saluran Discord yang diberi.
Untuk maklumat lebih mengenai kejohanan PMNC 2021, anda boleh layari laman rasmi mereka disini. Jadi, tunggu apa lagi? Siapkan M416 serta M24 anda, dan sedia untuk meratakan pasukan lain di PMNC 2021!









Discussion about this post