Tencent telah mengumumkan game mobile terbaru bertajuk The Westward: Burning Soul semasa acara Tencent Games Annual Conference. Game ini diadaptasikan dari komik Hong Kong, iaitu Journey to the West yang ditulis oleh Zheng Jianhe dan Deng Zhihui. Ini bukanlah game mobile pertama yang diadaptasikan dari komik tersebut, kerana sebelum ini Abjuice telah membangunkan sebuah game seperti ini yang bertajuk Westward M.
Tencent also announced The Westward: Burning Soul today.
It is a mobile game based on the comic IP of the same name which also has a popular TV animation. It is the first core game developed by Kuaishou's echo game studio.
The IP is based on Journey to the West pic.twitter.com/Y0BuW2HlSL
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 16, 2021
Buat masa ini, kami masih belum dapat memastikan samaada The Westward: Burning Soul ini akan dilancarkan secara global. Memandangkan salah satu genre game seperti ini, iaitu Black Myth: Wukong boleh dikatakan telah mendapat sambutan yang hebat dari peminat, mungkin game ini juga akan mendapat pelancaran secara globalnya akan datang.
Baru-baru ini, acara Tencent Games Annual Conference telah mengumumkan banyak game yang bakal dilancarkan seperti One Punch Man dan Story Of Season. Bagi anda yang ingin tahu lebih banyak lagi mengenai permainan terbaru dari acara tersebut, tekan sahaja pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post