Baru saja haritu PlayStation Store buat jualan Spring Sale sempena musim bunga, hari ini dorang buat Extended Play Sale pulak. Kalau jualan haritu PS Store bagi hampir 70% diskaun masa Spring Sale, di Extended Play Sale ini, dorang bagi hampir 80% DISKAUN! Bagi pemain konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4, inilah masanya untuk anda dapatkan game yang diinginkan dengan potongan harga yang sangat berbaloi.
Jualan Extended Sale bermula minggu ini dan akan berlangsung dan akan berakhir pada 26 Mei. PlayStation Store juga menawarkan pemain dengan hampir 230 game yang boleh dipilih termasuk permainan AAA dari pelbagai genre dan penerbit dalam wishlist anda, serta DLC dan tambahan lain.
Kepada semua pengguna PS4 dan PS5, ini adalah peluang untuk anda mendapatkan permainan baru. Jika anda mempunyai duit lebih untuk belanjakan, ini adalah masa yang tepat untuk anda melihat permainan apa yang menarik minat anda.
Beberapa permainan popular yang tersenarai untuk anda dapatkan sempena Extended Play Sale di PlayStation Store:
-
Bloodborne™ The Old Hunters Edition (PS4) – RM62.55
-
FIFA 21 Champions Edition (PS5 & PS4) – RM101.70
-
Assassin’s Creed Odyssey – Digital Deluxe Edition (PS4) – RM59.20
-
DEATH STRANDING Digital Deluxe Edition (PS4) – RM98.70
-
WRC 9 FIA World Rally Championship (PS5 & PS4) – RM94.05
-
Destiny 2: Beyond Light (PS5 & PS4) – RM107.20
-
Need for Speed™ Heat Deluxe Edition (PS4) – RM95.10
-
NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM LEGACY (PS4) – RM67.50
-
Days Gone Digital Deluxe Edition (PS4) – RM62.70
- 「Far Cry 5 – Digital Gold Edition」+「Far Cry 4 – Gold Edition」+「Far Cry 3 Classic – Digital Standard Edition」Bundle (PS4) – RM111.80
Anda juga boleh layari laman web PlayStation Store untuk melihat pelbagai lagi permainan menarik yang boleh didapati di jualan Extended Play Sale. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, dapatkan salah satu game dari senarai tersebut sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post