Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu The Blood of Dawnwalker – Apabila Setiap Jam & Gigitan Ada Harganya

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2026
in Action, Artikel, Berita, Microsoft, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu The Blood of Dawnwalker – Apabila Setiap Jam & Gigitan Ada Harganya
Share on FacebookShare on Twitter

Kebanyakan game vampire biasanya terbahagi kepada dua konsep: sama ada kisah cinta atau memburu raksasa. Namun, The Blood of Dawnwalker hasil Rebel Wolves mengambil pendekatan berbeza dengan menawarkan pengalaman yang lebih kompleks dan peribadi.

Pihak pembangun menyifatkan game ini sebagai sebuah ‘narrative sandbox’. Pemain bebas untuk sama ada menyelamatkan keluarga atau memburu ‘sang pencipta’ demi menuntut bela.

Terpulang kepada keputusan anda sama ada mahu terus meluru masuk bertarung, mengambil masa untuk bersedia, bergerak secara solo, atau membina sekutu.

Selepas meluangkan masa sekitar empat jam mencuba game ini di PC (yang dibahagikan sama rata antara bahagian prologue dan beberapa side quest awal pada tahap normal difficulty (tahap kedua daripada empat pilihan kesukaran)), saya mendapat gambaran jelas tentang hala tuju game ini.

Ia membawakan satu pengalaman di mana masa sentiasa berjalan, manakala kehidupan sebagai seorang vampire dirasakan seperti satu sumpahan dan juga kuasa luar biasa pada masa yang sama.

Beberapa jam pertama bermain berfungsi sebagai tutorial untuk memperkenalkan kita kepada tiga mekanik utama game ini: combat pedang, kebolehan vampire, dan witchcraft (sihir). Pengenalannya agak biasa sehinggalah mekanik masa dalam game ini bermula.

Ketika itu, kita diberikan tempoh sekitar lapan jam waktu dalam game untuk menentukan langkah seterusnya, dan setiap side quest yang disertai akan mengurangkan baki masa tersebut.

Pilihan-pilihan ini juga membawa kesan; bergantung pada cara pemain menghabiskan masa lapan jam tersebut, watak-watak tertentu (termasuk ibu kepada watak utama) mungkin akan hidup atau mati.

Antara elemen reka bentuk paling menarik adalah tiada quest marker bercahaya. Sebaliknya, kita mendaoat tugasan secara semula jadi hanya dengan berbual dengan NPC, malah kadang-kadang tanpa sedar pun perbualan tersebut telah membuka quest baharu.

Pendekatan ini membuatkan tindakan mendengar perbualan dengan teliti dan meneroka dunia permainan menjadi sangat penting. Kesan daripada pendekatan ini, dua pemain boleh mendapat senarai quest yang berbeza sama sekali, hanya berdasarkan dengan siapa mereka bersembang dan bila perbualan itu berlaku.

Hal ini berkait rapat dengan apa yang dipanggil sebagai “dual gameplay loop,” menawarkan kebolehan berbeza untuk dipilih, misteri untuk dibongkarkan, serta pelbagai jalan untuk mencapai objektif yang sama. Sistem ini mendorong kita untuk bereksperimen dan melihat bagaimana dunia bertindak balas terhadap keputusan anda.

Jakub Szamalek selaku Narrative Director mengesahkan dalam temu bual bahawa reka bentuk ‘hidden quest’ memang disengajakan. Beliau menjelaskan bahawa pihak pembangun mahu menyeimbangkan antara memastikan kandungan tidak tersembunyi sepenuhnya, sambil mengekalkan rasa keterujaan meneroka.

Beliau juga menyebut bahawa tindakan memanjat menara pada waktu malam boleh mendedahkan beberapa tempat menarik (points of interest) pada peta. Ini memberikan alternatif untuk mencari aktiviti sekiranya anda tidak mahu bergantung sahaja kepada perbualan rawak.

Tiga Puluh Hari untuk Melawan Brencis

Sebaik sahaja bahagian prologue tamat, matlamat utama kita bermula: pemain mempunyai 30 hari dan malam dalam game untuk bersiap sedia menghadapi pertarungan terakhir menentang Brencis, ketua vampire di situ. Di sini, masa berfungsi sebagai sumber yang sangat bernilai.

Pihak pembangun menyatakan bahawa bukan semua tindakan akan menggerakkan masa ke hadapan; hanya aktiviti utama sahaja yang berbuat demikian, memberikan kita kawalan ke atas tempo permainan. Mencapai hari ke-30 juga tidak akan menamatkan game.

Walau bagaimanapun, setiap tindakan, masa pelaksanaan, atau apa yang pemain abaikan akan membentuk perkembangan Coen (protagonis) dan dunia sekeliling. Memandangkan kita tidak mungkin dapat melakukan semua perkara dalam masa 30 hari, anda terpaksa menetapkan keutamaan.

Sepanjang tempoh ini, pemain boleh mensasarkan operasi tiga orang lieutenant Brencis: Ambrus, Xanthe, dan Bakir.

Tab ‘Court’ di dalam menu memaparkan hierarki ini, menunjukkan Brencis di tengah-tengah dan dihubungkan dengan tiga orang bawahannya, yang rangkaian serta rahsia mereka ditutup dengan tanda tanya sebelum kita memulakan siasatan.

Ambrus, sebagai contoh, bertanggungjawab ke atas bekalan darah di utara Vale Sangora, menguruskan segala-galanya daripada memerah darah banduan sehinggalah menyimpan stok darah untuk kegunaan kemudian.

Tindakan mengganggu operasi ini akan meningkatkan tahap Infamy. Semakin banyak kerosakan dilakukan, semakin tinggi ‘Anger Meter’ mereka. Apabila meter kemarahan mereka penuh, ia akan membuka satu side quest khas yang memfokuskan kepada lieutenant tersebut.

Namun, anda tidak boleh menimbulkan huru-hara begitu sahaja tanpa balasan; jika terlalu banyak kekacauan dibuat, Brencis akan mengeluarkan arahan untuk mengetatkan kawalan keselamatan, lantas menyusahkan langkah kita yang seterusnya.

Combat Adalah Gabungan Pedang, Sihir, dan Taring

Sistem combat berpusat pada tiga Skill Tree berbeza: Witchcraft, Swordsmanship, dan Vampirism. Setiap satu mempunyai cabang perk tersendiri, termasuk “Ultimate Ability” hebat yang mengehadkan pemain kepada satu pilihan sahaja bagi setiap Skill Tree. Secara praktikal, ia lebih terasa seperti dua playstyle berbanding tiga.

Ini kerana Witchcraft lebih berfungsi sebagai sistem sokongan yang memfokuskan kepada kesan damage-over-time dan utility. Pada waktu siang, kita menggabungkan witchcraft dan swordsmanship, manakala pada waktu malam, loadout akan bertukar kepada swordsmanship dan vampirism.

Kebolehan ini perlu dimasukkan ke dalam ability bar siang dan malam yang berasingan, memandangkan sesetengah abiliti hanya berfungsi pada waktu tertentu.

Witchcraft Spell hanya boleh digunakan pada waktu siang. Cabang ini turut menawarkan bonus pasif seperti diskaun kedai dan kebolehan ‘Necromantic Soul Summoning’. Summon ini bukan untuk bertarung, sebaliknya membolehkan kita bercakap dengan roh untuk menyelesaikan teka-teki atau kes misteri.

Untuk belajar sihir tahap tinggi pula, ia memerlukan masa serta buku panduan khusus.

Swordsmanship pula menjadi pilihan utama kerana boleh digunakan siang dan malam, menjadikannya cara paling konsisten untuk menghasilkan damage. Untuk parry, anda wajib memegang senjata, dan ‘timing’ amatlah penting.

Semasa bertarung, ikon perisai akan muncul sebagai petunjuk untuk parry atau dodge, manakala ikon pedang menandakan peluang menyerang. Apabila ikon tersebut berkelip sepenuhnya, itulah isyarat untuk bertindak.

Anda juga boleh parry mengikut arah (menggunakan input atas, bawah, kiri, dan kanan untuk memadankan serangan musuh), yang akan mendedahkan mereka kepada serangan balas. Tetapi, bukan semua serangan boleh dihadang.

Serangan berat daripada boss atau raksasa mempunyai animasi yang panjang dan tidak boleh dihadang, bermakna anda wajib melakukan dodge. Swordsmanship juga dilengkapi skil ‘crowd-control’ seperti bom asap untuk ‘stun’ beberapa musuh sekaligus.

Pemain juga tidak terikat pada satu cara bertarung sahaja. Game ini menawarkan pilihan kawalan antara traditional combat atau directional combat.

Traditional combat menggunakan lebih banyak stamina untuk menghadang, manakala directional combat memberikan ganjaran berupa buff berguna jika dilaksanakan dengan masa dan arah yang tepat. Di samping Skill Tree utama, ada juga set perk berasingan yang dibahagikan kepada kategori Human, Vampire, dan Shared.

Apabila malam menjelma, kebolehan vampire akan mengambil alih secara automatik bagi menggantikan witchcraft. Dalam mod Vampire, serangan cakar biasa tidak boleh digunakan untuk menghadang serangan, yang merupakan kelemahan besar berbanding menggunakan pedang.

Bagaimanapun, anda boleh memulihkan nyawa dengan menggigit musuh. Tempoh gigitan menentukan hasilnya; sama ada sekadar membuatkan musuh tertidur atau menghisap darah mereka sehingga mati. Dari segi pergerakan pula, kita boleh menggunakan teleportasi seperti “Shadowwalk” atau bertukar menjadi kelawar untuk dodge.

Kebolehan vampire jauh lebih kuat berbanding kemahiran manusia.

Narrative Director menyatakan ini adalah cabaran reka bentuk yang disengajakan; memandangkan bermain sebagai makhluk supernatural pasti menarik, pihak pembangun mahu memastikan combat pedang pada waktu siang terasa sama seronok dan berbaloi, bukannya pilihan alternatif yang lebih lemah dan membosankan.

Ketiga-tiga Skill Tree menggunakan Active Ability yang memerlukan charge. Kita membina charge ini dengan mendaratkan serangan dan melakukan parry, bukannya menunggu ‘cooldown’.

Walaupun pada tahap normal difficulty, pertarungan boleh menjadi agak mencabar, terutamanya apabila berdepan ramai musuh berbaju perisai yang kerap menghadang serangan. Pertarungan juga memakan masa kerana tiada jalan pintas seperti membaling bom atau melakukan ‘stealth assassination’ dari atas.

Anda tidak boleh mengakses kawasan tinggi sebagai manusia (hanya boleh berbuat demikian pada waktu malam dalam bentuk kelawar), dan musuh yang pantas menghadang serangan akan meningkatkan tekanan combat.

Anda akan bertarung menentang manusia, hidupan liar seperti beruang dan serigala, serta makhluk mitos seperti kobold, yang kesemuanya akan menjatuhkan loot selepas ditewaskan.

Bergelut untuk Kekal sebagai Manusia

Apabila matahari terbenam, kekuatan kita datang pada kos yang tinggi. Seiring senja menjelma, nyawa menurun sehingga tinggal sedikit dan rasa lapar terhadap darah mula menguasai diri. Ini bukan sekadar kesan visual sahaja; nyawa yang rendah meningkatkan risiko untuk pemain hilang kawalan semasa berbual dengan NPC.

Jika nyawa jatuh ke tahap kritikal, kehilangan kawalan hampir pasti akan berlaku. Malah ketika baki nyawa masih berbaki satu pertiga sekalipun, sesetengah pilihan dialog biasa akan bertukar secara automatik menjadi serangan menghisap darah, yang boleh merosakkan hala tuju jalan cerita yang anda sasarkan.

Hal ini penting kepada perkembangan diri Coen. Game ini memantau pilihan pemain dan mencerminkannya pada personaliti protagonis. Jika anda hilang kawalan dan menghisap darah orang tidak bersalah, Coen pada mulanya akan berasa ngeri dengan tindakannya.

Jika sentiasa melakukannya berulang kali, dia akan mula menerima sisi gelapnya, lalu mengubah keseluruhan perwatakan Coen.

“Jadi anda boleh melihat dirinya dan hubungan dengan sisi raksasa dalam dirinya mula berubah,” jelas Szamalek dalam temu bual kami.

Jika mahu mengelak daripada membunuh manusia, ada jalan alternatif. Anda boleh menghisap darah haiwan kecil seperti tikus, arnab, dan itik yang berkeliaran di dalam peta. Walau bagaimanapun, menghisap darah haiwan akan meningkatkan tahap Corruption.

Walaupun bunyinya negatif, Corruption sebenarnya diperlukan untuk membuka bahagian tertentu dalam Vampire Skill Tree sebagai alternatif kepada buku panduan.

Pendapat Setakat Ini

Disebabkan had masa, hidden quest, dan pergelutan moral saling mempengaruhi antara satu sama lain, kemungkinan besar tiada satu pun sesi playthrough akan serupa. Anda boleh berakhir dengan jalan cerita dan sejumlah quest yang berbeza sama sekali.

Saya juga rawsa watak mentor sihir, Anca, sebagai watak paling menyerlah sepanjang uji cuba ini, dan beliau mempunyai potensi besar untuk menjadi kegemaran ramai sebaik sahaja game ini dilancarkan.

Dengan Skill Tree yang luas, sistem hierarki yang menjejaki sasaran anda, serta usaha berterusan untuk menyeimbangkan rasa lapar dan kemanusiaan, The Blood of Dawnwalker dilihat sebagai sebuah game vampire bergenre RPG yang bercita-cita tinggi.

Sunggupun susah untuk menilai keseluruhan skop game ini hanya daripada beberapa jam di bahagian prologue dan kawasan awal, ia menunjukkan potensi yang sangat besar.

Game ini akan dilancarkan bermula 3 September 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC melalui Steam serta Microsoft Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: previuThe Blood of Dawnwalker
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Granblue Fantasy Relink: Endless Ragnarok – Segala Kelemahan Game Asas Dibaiki Untuk Expansion

Next Post

Jangan Silap Langkah Dalam The Blood of Dawnwalker, Kita Boleh “Termakan” Rakan Sendiri

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Jangan Silap Langkah Dalam The Blood of Dawnwalker, Kita Boleh  “Termakan” Rakan Sendiri
Temuramah

Jangan Silap Langkah Dalam The Blood of Dawnwalker, Kita Boleh “Termakan” Rakan Sendiri

July 8, 2026
Reviu Granblue Fantasy Relink: Endless Ragnarok – Segala Kelemahan Game Asas Dibaiki Untuk Expansion
Review

Reviu Granblue Fantasy Relink: Endless Ragnarok – Segala Kelemahan Game Asas Dibaiki Untuk Expansion

“Indonesia Pun Boleh Menang Lawan Brazil” – Bagaimana Captain Tsubasa 2: World Fighters Mengubah Gameplay
Temuramah

“Indonesia Pun Boleh Menang Lawan Brazil” – Bagaimana Captain Tsubasa 2: World Fighters Mengubah Gameplay

July 7, 2026
Next Post
Jangan Silap Langkah Dalam The Blood of Dawnwalker, Kita Boleh  “Termakan” Rakan Sendiri

Jangan Silap Langkah Dalam The Blood of Dawnwalker, Kita Boleh "Termakan" Rakan Sendiri

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd