Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Neverness to Everness – Open World Yang Utamakan Kebebasan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 6, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, Preview, PS5, RPG
0 0
0
Previu Neverness to Everness – Open World Yang Utamakan Kebebasan
Share on FacebookShare on Twitter

Di Tokyo Game Show 2025, kami meluangkan masa selama sejam dengan Neverness to Everness (NTE), dan tanggapan pertama saya ialah game ini benar-benar menerapkan idea open world luas, yang membolehkan pemain menikmati kebebasan mengikut rentak mereka sendiri.

Sejak dari awal lagi, sesi previu ini tidak mengongkong saya untuk mengikut satu laluan yang tetap. Sebaliknya, saya bebas untuk meneroka bandar, memandu, mengambil misi, atau mencabar bos tersembunyi.

Sebagai konteks, Neverness to Everness menonjol sebagai sebuah RPG open urban free-to-play, yang menggabungkan anomali supernatural dalam sebuah metropolis bernama Hethereau. Tidak seperti game gacha open world fantasi lain seperti Genshin Impact, NTE lebih menekankan kehidupan bandar moden.

Ini termasuklah kenderaan yang boleh dipandu dan diubah suai, memiliki hartanah, pengurusan kedai, dan pergerakan unik berasaskan ‘Esper’ yang membolehkan anda memanjat bangunan, berenang, dan menyelesaikan teka-teki persekitaran berkaitan dengan anomali.

Sepanjang sesi satu jam saya, saya telah menguji pelbagai aspek game ini, daripada penerokaan dan pemanduan sehinggalah ke misi utama cerita dan pertarungan bos. Dari segi struktur, game ini terasa tipikal bagi genre ini, tetapi dengan sentuhan uniknya tersendiri.

Anda boleh membentuk satu parti dengan empat watak, dan menukar mereka secara bebas untuk menyesuaikan diri dengan sebarang situasi. Untuk demo ini, ada sekitar dua belas watak berbeza yang tersedia, setiap satu mempunyai peranan tersendiri seperti DPS, Burst damage, Shield, atau watak Support yang boleh mengalihkan aggro.

Walaupun sistem gacha sebenar tidak tersedia dalam previu ini, variasi watak yang ada sudah cukup untuk memberi gambaran tentang potensi pembinaan pasukan.

Eksplorasi adalah satu lagi bahagian utama. Dunia ini direka seperti open world moden tetapi digayakan dengan estetika anime. Saya boleh bergerak bebas merentasi bumbung, melompat antara bangunan, atau sekadar memandu di jalan dengan kereta saya.

Sistem pemanduan adalah antara bahagian paling unik—bukan kerana cara kawalannya, tetapi kerana ia sebati dengan visual gaya anime. Ia terasa bergaya, dinamik, dan sangat seronok untuk sekadar bersiar-siar.

Selain memandu, anda boleh teleportasi ke lokasi yang ditanda, menemui misi sampingan, mengumpul bahan, dan terserempak dengan bos tersembunyi yang bertaburan di seluruh peta.

Dengan dua zon berasingan yang tersedia dalam demo dan peta khas “Anomagram” untuk mendedahkan pentas rahsia, dunia ini terasa hidup dan penuh dengan aktiviti.

Sistem combat pun terasa cukup fast-paced. Setiap watak mempunyai serangan biasa, skil, dan skil ultimate yang boleh digunakan ke dalam satu kombo lancar. Dodge adalah mekanik utama, membolehkan anda mengelak serangan musuh dan, pada masa yang tepat, melancarkan serangan balas yang kuat.

Pertembungan yang paling tidak dapat dilupakan semasa demo ialah pertarungan bos menentang makhluk bernama Bopp. Pada mulanya, Bopp muncul sebagai figura aneh seperti lukisan yang terlekat di dinding, memaksa saya untuk mengurangkan nyawanya sedikit demi sedikit semasa ia menyerang dari kedudukan statik.

Tetapi dalam fasa kedua, ia memecah keluar dari dinding dan mula meluncur dengan pantas di sekitar medan perang di atas ombak halimunan, menjadikan pertarungan lebih kelam-kabut. Ini memerlukan kemahiran mengelak yang tepat, refleks yang pantas, dan penggunaan skil watak yang bijak untuk menewaskannya.

Walaupun sistem gacha belum diaktifkan, pihak pembangun menjanjikan model yang mesra pemain tanpa sistem pity 50/50 atau banner senjata yang berasingan, membolehkan penaiktarafan watak dan kelengkapan yang lebih fleksibel.

Secara keseluruhan, walaupun hanya dengan sejam masa bermain, Neverness to Everness meninggalkan kesan yang cukup postitif. Penekanan game ini terhadap kebebasan, penerokaan yang bergaya, dan sistem combat yang menarik berinspirasikan anime membezakannya dalam pasaran yang sesak.

Ini pastinya sebuah game yang wajar dinantikan.

Neverness to Everness akan dilancarkan di PlayStation 5, PC, iOS, dan Android, namun tarikhnya masih belum diumumkan. Untuk maklumat lanjut atau pra-pendaftaran, layari laman web rasmi.

Tags: Neverness to Evernesspreviu
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS25] Previu Ninja Gaiden 4 – Pantas, Ganas, dan Bergaya!

Next Post

[TGS25] Apa Yang Diperlukan Untuk Menghayati Watak Atsu Dalam Ghost of Yōtei? Interviu Bersama Pelakon Utama Erika Ishii

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
[TGS25] Apa Yang Diperlukan Untuk Menghayati Watak Atsu Dalam Ghost of Yōtei? Interviu Bersama Pelakon Utama Erika Ishii

[TGS25] Apa Yang Diperlukan Untuk Menghayati Watak Atsu Dalam Ghost of Yōtei? Interviu Bersama Pelakon Utama Erika Ishii

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd