Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Final Fantasy VII Rebirth – Meneruskan perjuangan Cloud! [TGS23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2023
in Action, Artikel, Berita, Preview, PS5, RPG
0 0
0
Preview Final Fantasy VII Rebirth – Meneruskan perjuangan Cloud! [TGS23]
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dikenalkan pada tahun 1997 hingga sekarang, Final Fantasy VII masih dinamakan sebagai salah satu game terbaik yang pernah dibuat, lagi-lagi dengan penambahan Remake. Tidak hairanlah peminat menunggu sekuel di mana Square Enix menghadiahkan Final Fantasy VII Rebirth yang bakal dikeluarkan pada awal tahun depan. Di Tokyo Game Show 2023, kami berpeluang preview Final Fantasy VII Rebirth di reruai Square Enix.

Apakah rupa game ini? Bagaimana dengan gameplay-nya! Berikut adalah pendapat awal kami!

Terdapat dua bahagian kempen yang boleh kami pilih iaitu The Fated Beginnings di mana kisahnya berlaku pada masa lalu ketika insiden Nibelheim yang mana saya boleh bermain sebagai Cloud dan Sephiroth, manakala yang kedua ialah The World of Final Fantasy VII Rebirth di mana jalan ceritanya berlangsung selepas kejadian FFVII Remake di mana parti telah tiba di kawasan Junon.

Untuk bahagian flashback, terdapat dua watak jemputan iaitu Tifa muda yang berbaju koboi klasik dan seorang askar rawak. Gameplay-nya hampir sama dengan FFVII Remake, tetapi mereka menambah baik sistem Synergy yang diperkenalkan dalam episod Intergrade Yuffie. Anda yang pernah bermain pastinya tidak akan rasa asing.

Sekarang kita boleh melakukan Chain Action iaitu serangan khas yang menggabungkan kekuatan dua watak, contohnya Cloud boleh mendapatkan buff magic daripada Sephiroth untuk pedangnya lalu melakukan serangan kuat dengan stagger damage yang tinggi. Pada pendapat kami, ini agak refreshing daripada segi gameplay.

Saya juga perasan bahawa ada lebih banyak abiliti untuk setiap watak dan salah satu serangan terasa seperti Limit Break untuk menentukan berapa lama serangan itu berlangsung.

Animasi untuk mengelak dan serangan balas, sekurang-kurangnya untuk Cloud, juga telah berubah daripada yang ada dalam Final Fantasy VII Remake dan berasa lebih lincah. Saya mencuba Sephiroth sebentar dan dia pun agak seronok dengan serangan pedang yang sangat pantas, tetapi malangnya, abilitinya sangat terhad.

Bagi bahagian kedua demo, saya dapat menerokai kawasan Junon. Malangnya, masa saya kehabisan tidak lama selepas mencuba, jadi saya tidak berkesempatan untuk mencuba ahli parti baru, Red XIII dan menjelaskan tentangnya dengan lebih lanjut dalam preview Final Fantasy VII Rebirth ini.

Sekilas pandang, bahagian eksplorasi jauh lebih besar di kawasan ini dan setiap watak dapat menunggang Chocobo mereka sendiri untuk bersiar-siar. Malah, kita boleh mengubah suai penampilan Chocobo seperti warna dan perisai yang digunakannya.

Sebagai peringatan, Final Fantasy VII Rebirth akan dikeluarkan secara rasmi pada 29 Februari 2024 untuk konsol PlayStation 5. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI atau baca interview eksklusif kami bersama pasukan produksi Rebirth di SINI.

Tags: Final Fantasy VII RebirthPreview
ShareTweetSend
Previous Post

Anime “Reborn as a Vending Machine” Sah dapat Season 2!

Next Post

Preview Dragon’s Dogma 2 – Mencari Naga dalam demo awal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Preview Dragon’s Dogma 2 – Mencari Naga dalam demo awal!

Preview Dragon's Dogma 2 - Mencari Naga dalam demo awal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd